Memang penipu la kalau ada antara korang ni yang kata dia tak pernah sekolah. Setiap orang pernah merasa zaman persekolahan. Zaman di mana hidup penuh dengan peraturan. Baju kena seragam, kasut kena bersih, kuku kena pendek, kena baca buku.
Zaman sekolah juga masa korang semua dok cinta monyet. Aci kerat jari, kebanyakan korang semua pernah bercinta masa sekolah. Aku je tak (aku memang baik). Masa ni juga korang banyak tak puas hati dengan orang lain (remaja.. jiwa memberontak katakan).
Disebabkan korang semua pernah melalui zaman sekolah, aku nak korang tolong bagitau aku, apakah respon korang tiap kali berhadapan dengan situasi di bawah. Sila bayangkan korang ada di situ. Sila jawab dengan tulus. Aku tak nak jawapan sekarang, tapi jawapan kalau korang masih di sekolah.
Situasi 1
Murid menyanyikan lagu Negaraku dengan lemau sekali. itu senario biasa di sekolah. Belum lagi kira mereka yang patah kaki. Tak pernah berdiri tegak masa lagu patriotik. PK Koku tidak puas hati dengan nyanyian murid-murid. Sampai satu tahap, PK Koku menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat. Beliau cuba menunjukkan nyanyian yang bagaimana yang beliau harapkan.
Apakah respon murid (anda)?
Situasi 2
PK 1 menyuruh semua murid membeli stokin bertulis nama sekolah di koperasi sekolah. Ini kerana, apabila tidak diberi arahan seperti itu, murid-murid memakai stokin mengikut kehendak mereka. Rata-rata stokin di bawah paras buku lali. Malah ada yang stokinnya tidak kelihatan langsung dari luar kasut.
Macam-macam alasan diberikan oleh murid apabila disuruh membeli stokin. Sampai 1 tahap, PK1 berkata yang dia akan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan itu. PK 1 berkata "Tingkatan yang mula-mula sekali yang saya hendak periksa mesti pakai stokin sekolah ialah murid tingkatan 5. Mereka ini sepatutnya menjadi contoh kepada adik-adik mereka. So, form 5, boleh tak saya nak awak semua pakai stokin sekolah pada hari Isnin ini?"
Apakah respon murid (anda)?
Situasi 3
PK1 sedang berucap semasa perhimpunan. Dia sudah berkali-kali mengingatkan murid agar senyap atau murid tersebut akan dipanggil ke hadapan. Namun masih ada pelajar yang bersembang. Akhirnya, PK1 telah memanggil seorang pelajar yang bercakap datang ke hadapan perhimpunan dan berucap (kerana murid itu bercakap semasa beliau berucap)
Apakah respon murid (anda)?
==============================================
Aku bukan seorang pelajar yang baik Tapi aku tahu bila aku patut diam dan bila aku patut menjawab. Aku juga tahu bila waktu untuk melawak dan bila waktu untuk serius. Namun, aku tak rasa budak sekarang macam tu. Pada mereka, cikgu sepanjang masa adalah melawak. Perkataan maaf memang jaranglah nak dengar walaupun terang-terang mereka salah (buat apa nak minta maaf? Kan cikgu dah selamat dah marah kan?)
Pada budak sekarang, cikgu dah macam kawan yang boleh disorak-sorak bila ko rasa dia menghiburkan. Korang boleh jawab dengan jawapan yang bodoh bila ditanya dengan serius asalkan korang dapat jawab (as long as you got the last word right?). Korang boleh bertepuk tangan dengan bangga bila ada kawan korang yang boleh menjawab atau membalas apa yang cikgu tu cakap. Korang tak cuba pun nak faham apa yang cikgu tu cuba sampaikan. Korang lupa yang cikgu tu sebaya malah mungkin lagi tua dari mak ayah korang.
Tu belum lagi aku cerita pasal budak lain bangsa yang suka mengutuk cikgu dengan bahasa dia sendiri. Mentang-mentang cikgu tu tak faham, ko tipu cikgu tu bila dia tanya balik. Serius aku kesian dengan manusia macam tu. Malanglah kalau korang semua yang aku maksudkan dalam entry kali ni tak berubah. Kalau korang tak pandai respek orang, jangan harap orang akan respek korang di lain waktu.
Ye, pukul kuat-kuat. Mentang-mentang tak boleh pukul, masing-masing naik lemak! |
Serius aku muak dengan diorang (murid yang tak faham ajar)ni. Kalau budak kelas aku, memang aku dah pukul laju-laju dah.
freaky yang penah jadi murid pun banyak x dengar cakap cikgu dan suka langgar undang2 :D
BalasPadambagaimana pula cara awak bereaksi dengan cikgu awak? if cara awak sama dengan cara murid sekolah saya, then too bad... I guess budak zaman sekarang memang tak faham ajar!
BalasPadamCabaran bagi seorang yang bergelar guru..
BalasPadamKerjaya lain tentu lain bentuk cabarannya..
Apa pun janganlah patah semangat...
mencabar jadi cikgu zmn skg ni...
BalasPadamAnif: saya tak terasa hati sebab yang dorang buat pasal tu bukan dgn saya tapi sangat kecewa.. Kalau orang tua pun dorang dah boleh buat macam tu, macam mana kita nak harap dorang respek org lain?
BalasPadamSuhida: tugas cikgu tetap macam tu lah. Ajar dan tegur apa yang tak betul. Kalau budak dah tak nak ikut, nak kata apa kan? Maklumlah, zaman sekarang ni, murid lebih betul dari cikgu