KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 5 Februari 2011

Kenapa Let's Get Itchy?

Masa aku sekolah menengah dulu, teacher (cikgu bahasa inggeris) kami mendapati, kami susah betul nak menulis karangan dalam bahasa inggeris. Aku pun tergolong dalam golongan tersebut. Entah apa agaknya tsunami yang melanda kami (aku lupa), semasa kami tingkatan 5, kami sangat suka nak menulis karangan BI. tetapi semua karangan kami pasti mempunyai unsur-unsur gedik.

Maksud aku gedik ialah, kami menulis seperti kami ini adalah seorang mat saleh. Mat saleh kalau umur 17 tahun, mesti ada kisah cinta kan? ha.. kiranya, karangan yang kitorang tulis tu memang sangat sarat la dengan unsur-unsur cinta ala-ala hi school di luar negara.

Memang best! Masa ni la kami berangan rambut blonde.. ada kuasa sihir.. kahwin dengan billionaire.. kahwin dengan artis (seorang kawan aku menulis pasal perkahwinan dia dengan penyanyi Westlife!).. 

Apa yang kami tulis dalam karangan sebenarnya sangat berkait dengan bahan bacaan kami pada masa itu. untuk menarik minat kami terhadap bahasa inggeris, kami baca buku Sweet Valley High (sebab tu berangan blode dan cun macam Alizabeth dan Jessica), buku Christopher Pike (sebab tu kami juga suka buat cerita orang nak bunuh la, sihir la..) dan yang seangkatan dengannya.


Teacher kami tak menghalang. Malah dia galakkan kerana dari karangan yang nampak macam perasan dan sangat tak berpijak di bumi nyata tu, dia dapat mengajar kami bagaimana nak gambarkan suasana dan situasi dengan terperinci. Misalnya kawan aku yang perasan kahwin dengan artis tadi, dia berjaya huraikan suasana, keadaan tempat, perasaan dia masa tu dengan baik sekali.


Bahan bacaan yang entah apa-apa itu juga membuatkan kami lebih kreatif dalam bercerita. Satu perkara yang aku suka tentang penulisan bahasa inggeris kerana aku boleh bercerita tentang kawan aku yang hendak membunuhku kerana cemburu.. atau bercerita tentang sihir voodoo.. atau bercerita tentang pertemuan manis dengan seseorang di kedai buku. Percayalah, kalau cerita-cerita seperti itu ditulis dalam BM oleh kami, pasti buruk rupanya. Namun, oleh kerana  ia ditulis dalam bahasa inggeris, segalanya nampak mungkin.

Sebab itulah, aku menulis entry Let's Get Itchy tu. Aku nak cuba asah balik kebolehan aku menulis dengan menggunakan teknik yang satu masa dahulu berkesan untuk buat aku lebih kerap menulis.. Ya, bahasa aku mudah. Ya, ceritanya simple dan dangkal. Tapi aku tak kisah asalkan ia boleh melatih aku untuk membina ayat dengan lebih baik. Lagipun, aku bukannya bercadang hendak menulis tesis dalam masa terdekat ni.

Jadi, akan ada susulan entry Let's Get Itchy tu.. Tolong jangan berbulu. Hanya itu kaedah yang aku tahu. Hendak menulis isu berat atau fakta? Tunggulah peperiksaan PTD. Pasti aku akan boleh menulis karangan fakta mengikut tajuk yang dikemukakan. Tapi bukan pada masa lapang aku. Tidak!

So, untuk entry Rabu akan datang ni.. Aku harus sambung cerita Let's Get Itchy tu atau buat cerita baru je? Jangan risau.. mesti cerita gedik punya!! Tu aku jamin.. hahaha!!! Jangan marah ha!!

2 ulasan:

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama