KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 20 Februari 2011

Contest : Kisah Pelaut Terlampau Pilihan

Kalau korang semua perasan, aku lebih suka baca blog lelaki. Kenapa? Senang je jawapannya. Sebab aku perempuan. Hahahaha... Ok, aku tau ramai yang sakit hati dengan jawapan aku. Tapi serius aku lebih suka baca blog lelaki dari blog orang perempuan. Especially lelaki yang baik.. (Yes!! Up sikit kawan-kawan blog aku!)

Termasuk la seorang mamat ni. Nama dia Mie. Aku rasa, aku tak follow dia, dia pun tak follow aku. Tapi aku memang simpan link ke blog dia. Aku tak pasti kalau dia buat begitu. Kenapa aku suka pergi blog dia? Sebab dia rajin balas komen orang yang pergi blog dia (kalau dia dapat online la). Dan dia suka cerita pasal kerja dia yang agak berbeza dengan orang lain. Dia adalah nelayan pelaut (apa maksud kerja ni, aku masih tak tahu)

Lupa nak bagitau, aku tulis entry ni sebab nak masuk pertandingan yang dia adakan. Hadiahnya adalah cenderamata yag dia kutip sepanjang pelayaran dia. Jadi ini bukanlah blog review ya. Aku tak layak nak review blog orang.


Tugasan aku ialah:
1- Buat entry dengan tajuk seperti di atas (macam surat rasmi tak ayat aku?)
2- Letakkan banner pertandingan dan link ke entry pertandingan ni. (So, korang bolehlah klik gambar tu. terus korang ditransport ke entry dia)
3- Pilih 1 entry berkaitan kisah pelaut terlampau yang aku suka dan berikan sebab.
Tugasan ni payah sikit. Sebab, nyata sangat yang aku suka baca blog dia sebab nak baca kisah dan pengalaman dia. So, aku memang suka baca semua. Dan kalau diingat balik, rasanya dulu aku study (baca dari awal) blog dia.

Tapi ada 2 entry yang paling aku suka iaitu:
1- Dari Bintulu Ke Pasir Gudang - Sebab, aku jatuh cinta dengan kegagahan tugboat (gambar akhir). Yup, kecil tak bermaksud lemah..
2- Seri Anggun (chapter 4) - Sebab aku suka bahagian yang mereka terdengar ada kapal nak tenggelam dan mereka cuba selamatkan (walaupun tak sempat sebab kapal lain sampai dulu). Aku suka bila Mie kata "...itu la, semangat seafarer.... saling tolong menolong walaupun berlainan company.." Aku memang jenis cepat terharu dengan semangat tolong-menolong ni..

=====================================
Kepada penganjur pertandingan:
1- Siapa yang selalu tolong tangkap gambar ko ek?
2- Macam mana nak minta kerja atas kapal? Adik aku asyik tanya sebab dia pun nak berlayar.
3- Pastikan aku menang. Kalau tak cukup hadiah pun, ko tambah je untuk aku.

4 ulasan:

  1. wow!!
    join juga akhirnya...
    nak kena jawab ke pertanyaan ni?
    1. Ada aku yg tangkap, ada membe2..
    2. Try la apply dari mana-mana shipping company , search internet boleh juga tapi kena berkaitan dengan bidang la
    3. Alamak!! itu tunggu dan terus menunggu...

    contest approved!!

    BalasPadam
  2. ngehx3 setuju dgn statement ni..

    "Kalau korang semua perasan, aku lebih suka baca blog lelaki. Kenapa? Senang je jawapannya. Sebab aku perempuan. "


    hye pe kbr?

    BalasPadam
  3. hai.. kabar baik... bz nampaknya awak eh?

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama