Hari tu (lupa hari apa) aku menonton sedikit rancangan "Tanyalah Ustaz". Tajuk yang dibincangkan pada hari itu ialah "Cemburu".
Ada 1 bahagian dalam rancangan tu, ustaz jemputan tu menjelaskan pengertian cemburu dan dengki..
Cemburu = Perasaan apabila kita memiliki sesuatu dan kita dapati seseorang cuba bersaing untuk mendapatkan apa yang kita miliki
Dengki = Perasaan apabila kita nampak seseorang memiliki sesuatu dan kita nak memilikinya.
Baru aku sedar. Selama ni, aku ingatkan aku seorang yang kuat cemburu. rupa-rupanya aku seorang yang pendengki! adeh!!! Serius aku takde niat untuk menjadi seorang pendengki. Cuma, kalau aku tengok orang dah pergi New Zealand, aku pun nak pergi sana. Kalau orang dah ada rumah, Aku pun jeles. Huhuhu ..
Maafkan aku kerana menjadi seorang pendengki selama ini. Aku tiada niat buruk.. hurmm...
semua orang ade hasad dengki. tapi orang yang bijak, mampu menjadikan dengki itu sbg dorongan untuk mendapat sesuatu
BalasPadamterima kasih kerana buat aku rasa sedikit lega. lepas ni aku akan jadikan hasad dengki aku sebagai pendorong utk berjaya =)
BalasPadamMaksudnya saya pun pendegki jugalah.. pantang ada entry baru kat blog orang lain, saya pun nak ada entry baru! hehe
BalasPadambaru saya tau... Anif pun pendengki!! ada geng! hehehe
BalasPadamwah aku pun pendengki rupanya! haha
BalasPadamisk isk..
BalasPadamxpatut...
fadh: hahaha.. ok la tu.. si pendengki kawan dengan pendengki..
BalasPadamkita la pendengki abadi!! (nape aku bangga?)
mie: xpatut ke?? aku selalu dengki dengan ko.. dengki ko dapat pergi negeri org.. dengki gaji x kena cukai.. hehe..
BalasPadambesh juga dengki2 ni ngehx3.......
BalasPadammari kita dengki secara berjemaah.. yey!
BalasPadam