KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 14 Februari 2011

Ramalan Zodiak Tahun 2011 ikut tahun kelahiran... (aku jadi nenek nujum)

Aku suka bagitau korang semua berita lapuk. Seronok tau bila aku lebih pantas dari orang lain.. haha.. yo yo je kan?

2 minggu lepas aku telah pergi ke IKEA bersama kawan aku. Dia baru berpindah ke rumah baru. Maka dia agak excited untuk menghias rumahnya.

Sampai di sana, sudah pastilah kami membeli belah. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Yang aku nak ceritakan ialah, aku telah mengambil edaran yang memberi ramalan zodiak bagi tahun ini...

So, mari kita baca ya. Oh, mak aku kata, benda macam ni kalau buruk jangan percaya.. Percaya yang elok-elok je.. hehe

================================================

Si Arnab (lahir 2011, 1999, 1987, 1975, 1963, 1951)
Tahun yang mengejutkan dan paling digemari terutamanya dari segi kerjaya. Si arnab mungkin dapat naik pangkat, naik gaji, dapat hadiah ataupun boleh buat duit dengan minatnya (contoh: suka tangkap gambar  boleh jadi jurukamera.. hehe). Kalau nak tukar kerja pun, ha.. bolehla mula tengok semua pilihan yang ada. Dari segi sosial, bulan Ogos, September dan Disember ni, kamu akan penat sikit.

Si Naga (lahir 2000, 1988, 1976, 1964, 1952, 1940)
Naga perlu slow down sikit tahun ni. Ramai antara mereka akan mengalami perubahan dalam kerjaya. rentak 2011 yang lebih tenang juga membantu mereka untuk bertapak. Naga patut mengikuti latihan yang diberi dan buat dengan serius. Apa yang mereka dapat tahun ini akan menjadi asas/permulaan yang baik untuk untuk prospek bagi tahun mereka pada tahun depan.

Si Ular (lahir 2001, 1989, 1977, 1965, 1953, 1941)
2011 akan menonjol buat Si Ular sebagai tahun yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti. Si Ular patut lakukan sesuatu yang dia suka atau hebat. Bulan Februari, Mac dan Oktober merupakan pintu peluang anda. Tahun 2011 juga sesuai untuk anda menghias rumah dan duduk di rumah habiskan masa bersama keluarga.

Si Kuda ( lahir 2002, 1990, 1978, 1966, 1954, 1942)
Fokus anda pada tahun ini sepatutnya adalah terhadap kerjaya dengan peningkatan yang tidak dijangka dan peluang kenaikan pangkat untuk anda. Anda perlu peka dan bertindak segera apabila peluang muncul. Perhatikan bulan April, Mei, Oktober dan November. Tahun ini merupakan tahun terbaik untuk anda menjaga kesihatan dan perhatikan semula diet anda dan segala bagai.. Tahun ini merupakan Tahun yang menggembirakan anda dan rakan-rakan terutama pada bulan Mei, November dan Disember.

Si Kambing ( lahir 2003, 1991, 1979, 1967, 1955, 1943)
Jika anda sedang mencari atau merancang untuk menukar kerja, kemungkinan yang menarik sedang menunggu anda. Bulan Mac, April dan September adalah bulan yang baik untuk lakikan perubahan. Tahun ini, anda akan dapat ramai kawan dan kerap menghadiri majlis sosial. Yang masih single, tahun ini adalah tahun yang agak mencabar. bagi yang sudah berpunya, inilah masanya untuk melangkah setapak ke hadapan (kalau betunang, kawin le.. kalau baru bercinta, bertunang le)

Si Monyet ( lahir 2004, 1992, 1980, 1968, 1956, 1944)
Si Monyet yang terlibat dalm bidang kreatif (misalnya penulisan) akan lebih berinspirasi dan dihargai. Semasa mencari kerja, perhatian terhadap perincian akan memberi anda lebih peluang. So, buat kerja dengan beria ye? Bulan Februari, September dan November merupakan bulan terbaik untuk kerjaya anda. Anda perlu melupakan semua perkara yang mengecewakan anda dan maju ke hadapan. Pada bulan Mac-Mei dan bulan Disember anda berpeluang untuk berjumpa dengan Mr/Miss Right (kalau single lagi la) melalui kawan-kawan anda atau disebabkan oleh kerjaya anda.

Si Ayam ( lahir 2005, 1993, 1981, 1969, 1957, 1945)
anda perlu mengawal kemwahan dan keberiaan anda. Anda perlu bekerja dengan baik dengan rakan sekerja dan meningkatkan lagi kemahiran networking anda. Ini berguna untuk bulan Mac, April, November dan Disember di mana perkembangna positif yang baik akan berlaku dan membawa hasil pada tahun 2012. Pertimbangkaan juga peluang untuk sambung belajar ye.

Si Anjing (lahir 2006, 1994, 1982, 1970, 1958, 1946)
Tahun 2011 merupakan tahun yang agak bertuah bagi anda (aku la tu!). Terutamanya dalam hal peribadi. Kalau dah berpunya, hubungan akan lebih berkembang dan bermakna. Bagi yang single (aku la tu!), anda berpeluang untuk bertemu dengan si dia (yeay!!) terutamanya pada bulan April, Jun, Ogos dan Disember. Anda juga berpeluang untuk naik pangkat tahun ni. Bulan yang baik untuk kerjaya anda ialah bulan Mac dan September-November. Anda juga lebih sihat tahun ini (lebih slim? haha)

Si Babi (lahir 2007, 1995, 1983, 1971, 1959, 1947)
Jaringan sosial anda akan berkembang dengan jayanya dengan bulan Mei, Jun, Julai dan Oktober menjadi bulan yang paling menyeronokkan. Yang Single akan bertemu dengan Mr/Miss Right melalui kawan atau melalui family gathering. Beberapa peluang untuk meningkat dalam kerjaya juga akan muncul terutamanya pada bulan Mac, April dan September. Anda seorang yang kuat berusaha. tahun ini, anda pasti mendapat kejayaan.

Si Kerbau (lahir 2008, 1996, 1984, 1972, 1960, 1948)
Tahun yang menggalakkan bagi anda. kepada yang bercadang untuk menukar kerjaya atau sekurang-kurangnya bercadang untuk mengubah hala tuju kerjaya, bulan Februari, Mac dan September adalah masa di mana peluang menarik untuk anda akan tiba. Yang masih single akan bertemu dengan kekasih hati. yang berpunya pula, hubungan anda akan menjadi lebih teguh pada tahun ini. Anda perlu aktif secara sosial agar dapat menjaga hubungan anda dan dapat mencari kenalan baru terutamanya pada bulan Mac, Ogos dan September.

Si Harimau (lahir 2009, 1997, 1985, 1973, 1961, 1949)
Tahun ini merupakan tahun yang berkuasa untuk anda (sila nyanyi eye of the tiger!) nampaknya ramai antara anda yang merancang untuk kahwin pada tahun ini. Tahniah ye! hehe.. Dari segi kewangan juga, tahun ni nampaknya lebih baik. rancang kewangan anda betul-betul, anda pasti dapat rasa hasilnya nanti.. Kalau boleh, gi jalan-jalan dengan kawan terutamanya pada bulan Ogos dan September ye.

Si Tikus (lahir 2010, 998, 1986, 1974, 1962, 1950)
Masa untuk pembangunan peribadi, serta mengembangkan hobi dan kemahiran yang akan menggembirakan anda. Anda mesti sabar dan tenang sepanjang tahun ini. Segala pengetahuan dan pengalaman anda akan dihargai. Bulan Julai, Ogos, dan Disember agak istimewa buat anda. ada keraian di situ.. Mungkinkah meraikan perkahwinan anda?

================================

Hahaha.. yo yo an je.. Hari tu, aku tengok kat TV pasal feng shui, orang tu kata tahun ni tahun yang kurang ong. Tiba baca ni macam ong belaka pula.. takpe lah.. belasah je la.. Sekali lagi, sila amalkan dasar emak aku.. Percaya yang best sahaja. Yang tak best sila abaikan.. =)

6 ulasan:

  1. Pada bulan Mac-Mei dan bulan Disember anda berpeluang untuk berjumpa dengan Mr/Miss Right (kalau single lagi la) melalui kawan-kawan anda atau disebabkan oleh kerjaya anda. <----yg nilah tambah excited ni ngehx3.....

    BalasPadam
  2. Zodiak saya tahun Arnab sudah 2 tahu tidak naik gaji :-(

    BalasPadam
  3. huhu.. moga tahun ini, nasib kita lebih baik.. =)

    BalasPadam
  4. wow! sy si harimau! memang merancang untul kawin.. sape tiru sape nih? ramalan tiru sy ke sy tiru ramalan?? hehehe

    BalasPadam
  5. hahaha.. dia bajet ramai org kawin la awk.. hahaha

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama