KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 17 Februari 2011

Kenapa beli roti di kedai runcit?

Pada akhir bulan Januari yang lalu, sekolah aku telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa. Sebagai ketua rumah sukan, tak tahu kenapa, terdetik di hati aku, yang aku perlu membelikan roti untuk budak-budak rumah Bendahara. Baca betul-betul.. BELIKAN ya. Bukan BERIKAN.

Aku pun berpakat dengan ketua penasihat rumah sukan yang lain. Maka kami pun sepakat untuk membelikan roti untuk semua murid.

Sebagai seorang yang bijak, korang semua pasti akan beli roti tu direct dari lori Gardenia. Ye la.. membeli roti yang berjumlah hampir 1000 buku, kalau beli terus dari lori, pasti akan dapat harga murah. Tapi aku tidak berbuat begitu. sebaliknya aku tempah 480 buku roti dari kedai runcit  Mini Melur (pemiliknya pakcik India) dan 470 buku lagi aku tempah dari penjual roti yang menaiki motor.

Kenapa aku berbuat demikian?

Mini Melur dah wujud semenjak aku dah pandai pergi kedai runcit. Tiada apa yang menarik dengan kedai tersebut. OK aku tipu. Aku selalu membeli Super Ring dan Bon Bon di kedai tersebut (aku rasa la). Apabila aku semakin besar, semakin banyak kedai runcit lain yang muncul. Keadaan semakin parah apabila Carreour, Tesco, Speedmart99 turut dibina di taman-taman berhampiran. Aku sendiri semakin jarang membeli di Mini Melur. Iya lah, dari segi harga, lebih baik membeli di Carrefour atau Speedmart99.

Aku sedar, Mini Melur semakin kurang pengunjung. Aku cuba tebus kesalahan aku dengan sekali sekala membeli bahan mentah untuk amali dari kedai itu. Namun, membeli menggunakan duit sendiri agak menyulitkan. Maka, aku mencari pembekal bahan mentah tetap. Semenjak aku sudah ada pembekal barang mentah tetap, aku sangat sudah jarang membeli di Mini Melur.

Sehinggalah seminggu sebelum Merentas Desa, ibuku memberitahu keadaan Mini mleur yang agak tidak terurus. Daripada isteri tauke, emak mendapat tahu yang tauke sedang sakit. dia menghidap paru-paru berair. Pernah juga emak memberitahuku yang tauke itu memang sudah nampak kurus. Mungkin kerana penyakit yang dihidapinya.

Kerana itu, aku tekad untuk membeli roti krim coklat dari pakcik India tersebut. Ya, selama ini aku beria menyuruh emak membeli daripada orang Islam tapi kali ini, aku pula yang beria nak membeli dari Mini Melur. Kenapa? Jawapannya mudah. Aku kasihan kepada pemilik Mini Melur. Sudahlah perniagaannya semakin merosot, kesihatannya juga merosot kerana kuat bekerja.

Aku takkan lupakan bagaimana air muka Tauke Mini Melur apabila aku memberitahunya yang aku hendak membeli 480 buku roti krim darinya. Dia kelihatan begitu gembira walaupun aku tahu hakikatnya dia mungkin hanya mendapat untung tak sampai 10 sen pun dari setiap roti. Air muka yang sama aku dapat dari Azri si penjual roti bermotor. Mereka kelihatan gembira kerana sekurang-kurang mereka tahu ada barang mereka yang akan terjual pada hari esok.

Aku harap, aku dapat lihat senyuman itu lebih kerap daripada semua orang... =)

12 ulasan:

  1. patutlah aku tgk uncle tu mcm muka x ceria jer. eh husin da benti eh?
    kedai tu pun da lama xde barang basah. aku ingat sbb kedai seblah dia tu da jual brg basah tu yg dia x jual da

    BalasPadam
  2. Nama bangla tu husin eh? hehe. Isteri pakcik tu cakap diorang (pekerja) selalu ponteng. mak aku bajet sebab isteri tokei tu garang. hehe

    pakcik tu sakit.. kan dah kurus je tu.. tu yg aku sian tu

    BalasPadam
  3. si husin bangla tu yg awal2 kje dgn dia dlu. aku kureng suka dia. berlagak tokey. dia pnh gaduh dgn mak aku. sejak tu mak aku x g kedai dia. tiap kali aku g sana, isteri tokey slalu tanya "mak sihat? da lama x nampak dia" dan setiap kali itulah aku terpaksa menipu. hahaha

    BalasPadam
  4. aah.. dia la bangla itu.. yg garang dengan semua orang.. huhuh.. dia cair dengan adik aku je (adik aku berjaya mencairkan ramai orang kedai runcit!)

    yang lain semua india yg keje situ

    BalasPadam
  5. emm...klu sume mcm awk...heavennye :p

    *pestime bace senyum tapi air mata titis2 jatuh*

    BalasPadam
  6. wah... awak mudah terharu.. hihihi.. =)

    terima kasih atas pujian..

    BalasPadam
  7. Waaaahhh, bagusnya mai! Tak sia2 mak ko besarkan ko jadi manusia yang berguna dan bertimbang rasa ;)

    BalasPadam
  8. hahaha... tq tq.. mesti ko bangga ada kawan macam aku kan? hahaha

    lama giler ko senyap..

    BalasPadam
  9. Tuh la, aku terlalu asyik bekerja, main futsal dan tgk tv. Tapi memandangkan aku tgh cacat dan takleh keje dan main futsal, aku substitute la dgn aktiviti melawat blog kawan2. hahahah.

    BalasPadam
  10. hahaha... nasib baik sikit je.. waa.. dapat MC lama ke?

    BalasPadam
  11. MC 2 minggu. hehehe... best tuh...

    BalasPadam
  12. yup.. best.. kalau ko mc masa aku cuti, memang aku dah ajak ko jalan2.. huhu

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama