KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 8 Februari 2011

Sesi merungut..

Hari ini kali pertama aku mengajar murid tingkatan 4 aku amali secara individu. Huhu.. dibandingkan dengan akak tingkatan 5 mereka, tingkatan aku memang nakal. Tak cukup dengan itu, sebahagian besar daripada mereka juga kurang faham Bahasa Malaysia.

Aku mulakan kelas dengan menyuruh mereka mencari topi dan apron. Ada seorang budak, aku tak tahulah sama ada sangat blur atau terlalu takutkan aku, hanya membatukan diri sahaja. Hinggakan kawannya yang memakaikan tudung untuknya (ye, seperti mak pakaikan tudung pada anak). Aku pula yang blur jadinya.

Hari ini juga merupakan hari pertama aku terpaksa mengajar menggunakan gambarajah (aku lukis di papan putih ok!!) kerana anak murid aku tidak faham apa itu rendam, apa itu masak.. Tepung pun dirujuk sebagai 'benda yang putih-putih itu'.

Dah la aku memang batuk dan tak berapa bersuara sekarang. Terpaksa pula aku menjerit separuh nyawa. Bekalan air 1 liter pun habis pada suku pertama. Huhu.. Kelas tahun ini memang akan mencabar minda aku.

Kalau kawan-kawan aku di negeri lain merungut terpaksa mengajar budak lelaki, boleh tak aku merungut kerana terpaksa mengajar sekumpulan warga asing? Ye lah.. membaca tak lepas. Aku cakap pun tak berapa nak faham sampai kena lukis. Aku sendiri tak tahu berapa lama kami ( aku dan budak-budak itu) boleh bertahan dengan situasi ayam-itik kami ni.

Doakan yang terbaik untuk aku ye.. Aku harap aku dapat buat yang terbaik. Dah la mood aku untuk bekerja tahun ini memang kurang. Satu-satunya perkara yang membuatkan aku bersemangat ialah Rumah Bendahara.

So, Bendahara, tolong la pastikan awak semua buat dengan beria! Saya pergi sekolah sebab awak semua tau!

Jangan salah faham.. kelas MPV, saya sayang awak semua juga. Kalau awak tak buat saya mengamuk selalu.. hahaha!!!

p/s: Aku takut dengan bos aku tahun ni dan aku tak suka perasaan takut ini. tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku sedar yang aku tak cukup bagus? Sorry bos.

p/p/s: dialog aku dengan budak aku..
Aku: Ambil kain ni, basahkan dulu, baru guna..
Murid: Basahkan itu apa?
Aku: Err..err.. Letak air. lepas itu perah (sambil beraksi)

4 ulasan:

  1. Susaha juga apabila ada masalah komunikasi. Saya tidak pasti awak mengajar dinegeri mana mungkin perlu belajar loghat tempatan

    BalasPadam
  2. saya mengajar di KL... masalahnya, saya kena ajar budak2 cina yang tidak faham BM..

    BalasPadam
  3. why not cri pembantu translate?

    BalasPadam
  4. huhu.. kalau kita turutkan sangat budak2 tu, nanti mereka tak berusaha untuk faham BM..

    tu pendapat saya

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama