KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 17 Januari 2011

Dinner Hotwheel Collector Club

Siapa rindu aku angkat tangan!!! Tinggi-tinggi! Huh! Takde? Kecewa betul aku!

Kisahnya, aku telah keluar untuk sesi 'perasan cun' bersama A dan seorang kawanku di Taman Tasik Titiwangsa. Kenapa aku kata sesi 'perasan cun'? Sebab untuk memberikan riak yang selamba kepada jurufoto, seseorang itu memerlukan keyakinan diri yang tinggi. dan aku rasa, kalau seseorang tu tak perasan yang diri dia cun, mesti susah untuk dia bergaya di hadapan jurukamera. Mesti nak tergelak la.. Tak pandai beraksi la.. Teragak-agak.. tak percaya? Hahaha.. Cuba la bergambar di tengah orang ramai dengan aksi-aksi tertentu.

Selepas sesi perasan cun, kami telah melawat ke Balai Seni Lukis. Sempatlah aku membeli beg Balai Seni. Aku suka sangat!!!

Yang aku nak cerita sebenarnya adalah aktiviti petang/malam aku. pada hari Sabtu yang sama, En. Kerol telah meminta aku untuk menemaninya pergi ke jamuan makan malam Kelab Pengumpul Kereta Hotwheel Malaysia di restoran puteri, Damansara. Dia dah beli 3 tiket, tiba-tiba 2 orang yang sepatutnya menemaninya tidak dapat hadir..

Aku? Aku tak kisah la apa sebab aku terpilih, kalau orang dah ajak makan, ok je. Semasa mendaftar, kami diberikan sebuah kereta (mainan) seorang. Kereta itu akan kami gunakan untuk acara perlumbaan yang akan diadakan nanti.

En. Kerol mengajak aku pergi bersolat dulu. dia telah memperkenalkan aku kepada 2 orang rakannya iaitu Hud dan Xeifu. yang paling mencairkan aku ialah, mereka bersolat maghrib secara berjemaah.. Aiyok! Cair nyah!

En. Kerol pula beberapa kali berulang alik ke keretanya untuk memilih kereta untuk dilumbakan dalam acara 'garrage car' (setiap orang mempertaruhkan kereta terbaik yang mereka ada. Tidak kira sama ada yang asal atau telah diubah suai). Huhu.. ternyata, mereka semua ni agak serius dalam memilih kereta untuk dipertandingkan. berat kereta, saiz tayar, jenis tayar, saiz kereta semuanya diambil kira. Aku agak terkejut. tapi, takpelah, hobi mereka..
antara koleksi yang dipamerkan.

Oh, untuk pengetahuan korang, peminat kereta hotwheel ni bukan sekadar mengumpul kereta tersebut. mereka juga mengubahsuai (mengecat, menukar tayar dan memasang pelekat baru) kereta mereka. Tinggal mereka tak hantar kereta itu untuk diservis sahaja. Memandu? Kalau ada lampu pengecil, mereka pandu kot..


antara kereta-kereta yang diubahsuai oleh Daniel H
Jamuan dimulakan dengan aktiviti makan-makan. Perlu diingatkan di sini, terdapat lebih kurang 75 orang dalam majlis tersebut dan di kalangan itu hanya ada 4 orang perempuan termasuk aku.. Aku terus menyerbu spaghetti yang disediakan.. Sedap! Simple and nice! Ada juga buah tembikai, sate (10 cucuk je. Mula-mula aku ambil lebih, lepas tu aku pulang balik), soto, cheezy potato (sedap gila! Aku ulang 3 kali), salad dan air oren. Ada lagi yang lain tapi aku sebut yang aku makan je. haha..

Sepanjang sesi makan-makan, perlumbaan kereta Basic (kereta yang kami dapat masa mula-mula sampai) diadakan secara kalah mati. Kereta aku out pada saringan awal lagi.. huhu.. sambil itu, turut diadakan cabutan bertuah.

Selepas acara perlumbaan Basic Car, acara Garrage Car pula diadakan secara liga. Masa ni aku memang tak berapa kisah dah. Maklumlah, tak mendaftar.. maka aku tumpukan perhatian terhadap cheezy potato aku.. Hehe..

En. Kerol kalah dalam perlumbaan. Tu yang penting. Tapi lain halnya dalam acara lelongan. En. Kerol mempertaruhkan banyak wang untuk mendapatkan kereta-kereta idamannya (beetle VW, Nissan Fairlady, Mini..) aku tak ingat tapi ada 8 buah semuanya yang telah dibeli oleh En. Kerol. Memang la dia ni.. Aish.. Kereta-kereta ini telah diubahsuai dan diberi wajah baru.
koleksi lagi..

Selepas acara lelongan, sesi bergambar dan balik rumah.. huhu.. Kalau la aku boleh stay, boleh aku makan lagi cheezy potato tu.. Tapi jam sudah pukul 10.30 malam. Kena balik. Nanti mak marah.


Salah satu kereta yang en. kerol berjaya bida. Beetle VW. cuba tengok, kereta tu macam tersenyum kan?
p/s: sorry, takde gambar makanan. aku tak nak la nampak pelik. mereka semua fanatik tangkap gambar kereta, aku pulak tangkap gambar makanan. tolong faham masalah aku. aku juga tak tangkap gambar en. kerol dan orang lain sebab.. mereka lelaki ok!! pelik kalau aku beria tangkap gambar diorang! aish!!! tu pun nak kena beritahu ke?
kereta untuk dijual. siapa nak beli???

p/p/s: kalau aku dapat komen atau permintaan untuk cerita pasal kegilaan pengumpul Hotwheel ni, aku akan cerita lain kali. Dan aku akan minta en. Kerol proof-read dulu tulisan aku.

p/p/p/s: Aku dan en. kerol hanya kawan sekolah rendah. dia terfikir nak bawa aku kerana aku kuat makan. rasa berbaloi di bawa ke buffet. aku rasa aku makan sikit je. Tapi orang lain makan lagi sikit. mereka lebih hairan dengan kereta kecil berbanding sate, spaghetti, soto dan CHEEZY POTATO!

9 ulasan:

  1. bape speket kete tue?

    klu beli lebih dari 10 ade diskaun tak?

    *good for intership*

    BalasPadam
  2. yg gmbr last tu, 1 buah rm5 dorang jual. kalau beli kat carrefour, 7E, giant, tesco dll, retail price around rm6-rm8

    BalasPadam
  3. Aiseh.. Menarik event tu. Rugi tak dapat join! :) Saya pun pengumpul kenderaan die cast!

    BalasPadam
  4. wah!! x sangka awak pun suka kumpul kereta. apa kata awak buat entry pasal hobi awak ni?

    BalasPadam
  5. oh really? tq for info..hi3 baek2 hot item ni Daa..

    *suri cik mai skrg kena focus pd sumtink well nk wish terima kasih byk2 psl kain pelikat n buku tue...:p

    BalasPadam
  6. ish2 cantiknyer vw beetle tue... tengah senyum :)

    BalasPadam
  7. kan? dah la dorang buat lampu tu mcm mata.. memang comel sangat.. =)

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama