KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 20 Januari 2011

ANAK LELAKINYA SANGAT MANIS 3

Ingat tak dulu aku cerita tentang anak Kak Roziah yang sweet sangat tu? Masa tu, aku cerita tentang Amir (si adik). Kali ni aku nak cerita tentang Ashraf pula (si abang)

Kisahnya, salah seorang anak Kak Roziah ni tengah melanjutkan pelajaran di Mesir. Jadi, masa cuti sekolah hujung tahun lepas, mereka sekeluarga (Keluarga yang besar ok! Anak Kak Roziah ada 9 orang! Dragon Ball pun kalah!) telah berkeputusan untuk ke Mesir. 

Rancangan mereka untuk ke Mesir sampai ke pengetahuan ustazah si Abang. Maka, ustazah tu pun pesanlah pada si Abang, "Asyraf, pergi Mesir nanti, jangan lupa bawa balik unta umtuk ustazah ye?"

Mereka sekeluarga pergi ke Mesir..
Memang seronok kerana pada waktu itu adalah musim sejuk. Mereka telah melawat piramid, kilang kristal, dan.. err.. aku tak ingat. Banyak sangat gambar.

Sehinggalah mereka pergi ke salah satu pasar. ada macam-macam benda di situ. Termasuklah patung unta. apa lagi, mula la si Asyraf merengek-rengek minta dibelikan patung unta untuk ustazahnya.
antara patung unta di bazar di mesir.. tapi bukan unta ni yang si Abang nak

Asyraf: mama.. nak beli unta untuk ustazah..
Kak Roziah: eh.. takkan nak beli yang ni kot.. tak boleh..
Asyraf: nak jugak.. ustazah dah minta abang belikan unta untuk dia..
Kak Roziah: Kita belikan yang lekat-lekat kat peti sejuk (fridge magnet) untuk ustazah ye..
Asyraf: tak nak.. nak beli ni jugak..
Kak Roziah: tak boleh la.. Nanti malaikat tak masuk rumah. Mesti ustazah abang tak nak.
Asyraf: Malaikat tak masuk rumah kalau ada patung eh mama?
Kak Roziah: Aah.. kita beli yang lekat kat peti sejuk tu ye?
Asyraf: oo..ok..
Amir bersama unta yang si Abang nak beli.. huhu.. tak ke haru? (gambar ihsan Kak Roziah)
Fuh.. setel...

p/s: Budak sekolah rendah memang sentiasa nak puaskan hati cikgu dia. tak kira apa cikgu dia nak, dia mesti nak cuba bagi.

p/p/s: masa di mesir, si Asyraf dapat naik unta. dia cakap pada emaknya, "Abang dah naik kuda.. dah naik unta. Keldai je belum mama" (faham-faham je la.. maksud dia) tapi di mesir, keldai adalah untuk mengangkut barang. bukan untuk tunggangan.

p/p/p/s: Cerita dan skrip asal adalah benar tetapi telah ditokok tambah oleh aku sendiri (aku mana ingat ayat sebenar)

2 ulasan:

  1. teringat bank dulu2 yg ade unta...lupe dah namenye..!!

    BalasPadam
  2. arab malaysia finance a.k.a ambank

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama