KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 18 November 2009

senang giler jadi cikgu..

kerja guru sering dianggap mudah oleh org lain. maklumla, balik setengah hari. cuti banyak... kan? tapi, sedar x korang, keje ni pon lebih kurang sama je tension mcm keje2 lain. maybe lagi tension kot sebab kami mmg deal dengan manusia sahaja. kiranya, sama tahap la dengan pengurus artis.. bezanya, pengurus artis jaga sorang, kami jaga ramai org.

malah, kelemahan jawatan guru yg paling besar ialah walaupun kami adalah pegawai grd A(41 dan ke atas) kami x layak untuk sahkan sijil2 org. hanya pentadbir kami yg layak. ini berbeza berbanding dgn pegawai A di tempat lain.. punya la kami punya cop pengesahan ni xde nilai.

sekolah juga merupaka institusi yg mempunyai paling banyak pegawai berjawatn 41 dan ke atas tetapi paling banyak dikecam.. mungkin kerana kami xde lif kot?atau mungkin kerana bilangan komputer di sekolah tidak banyak seperti di pejabat lain. kami cikgu ada 80 org.. komputer 4.. semuanya digunakan untuk tujuan key in markah peperiksaan (hujung tahun) dan merancang serta membuat kertas kerja program.

tahukah korang, bahawa tugasku sebagai guru menuntutku:
1- menyiapkan buku rekod
2- masuk ke kelas. mengajar dan memastikan anak muridku menyiapkan segala kerja pentaksiran dan kemudian menandanya
3- menyediakan kertas soalan
4- menanda kertas soalan
5- memberi markah dan menentukan kedudukan pelajar dlm kelas
6- menyediakan analisis peperiksaan
7- sekarang, aku perlu menjaga peperiksaan SPM sehingga 9 Disember

oleh kerana aku adalah ketua panitia (panitia sebatang kara iaitu aku seorang). aku perlu:
1-menyediakan 12 buah fail pengurusan
2- menyediakan 4 minit mesyuarat setahun
3- menguruskan segala stok panitiaku (dan harta bengkel aku sgt banyak)
4- menguruskan perbelanjaan panitia
5- membuat kertas kerja bagi segala urusan baik pulih untuk bengkel
6- merancang segala program untuk tahun depan dan memberi alasan serta sebab musaba kejadia tahun semasa

itu belum ditambah dengan tugasku sebagai s/u 3K sekolah (inilah jawatan paling aku xlarat). di mana aku perlu:
1- memikirkan tentang ke'cun'an sekolahku
2- menjaga fail2 keceriaan

aku juga adalah guru kelab. aku perlu:
1- mengisi buku laporan koko kerana s/u kelab sekarang sgt hampeh.. nama je s/u tapi semua cikgu buat
2- merancang segala aktiviti kelab. tambahan lagi, waktu perjumpaan kelab adalah serentak dengan waktu amaliku
3- mengiring pelajar serta memastikan mereka selamat semasa mengikuti program sekolah

itu belum lagi dikira dengan khidmat pelanggan kami iaitu:
1- melayan kerenah ibu bapa yang terlalu percaya dengan kata2 anak mereka.
2- membentuk mereka yang bernama pelajar remaja (yg obviously berada dalam keadaan keliru) untuk menjadi insan berguna.

untuk cikgu2 lain yang menjaga kelas. mereka perlu:
1- menjadi akauntan kelas. semua bayaran yuran mereka yg kutip, tulis resit, rekodkan, kejar klu ada budak x bayar.. tu belum lagi jadi bendahari koperasi atau PIBG.. lagi la
2- menjadi pegawai HR. segala maklumat pelajar perlu di update. dah la budak suka auta no tepon mak ayah. takut dihubungi kalau buat hal.

aku yakin, ada cikgu lain yg mempunyai penglibatan yang lebih dahsyat dari aku.. tolong la jangan anggap keje kami ini mudah dan banyak waktu senggang.

aku tau keje lain pon susah.. (lagi susah la kot kan..? sebab tu gaji jauh lagi besar dr gaji cikgu)..sebab tu aku x pernah anggap mana2 jawatan yg dipegang oleh korang sebagai mudah.

selain daripada apa yg korang baca, paling utama tugas cikgu ialah menjadikan seseorang itu insan yg berguna.. tu yg paling besar.. bukan takat pandai je.. cikgu gak kena tolong mak ayah utk pastikan yg budak2 ni menjadi anak yg diharapkan.. senang cerita, bak kata Usman Awang, adanya semua org yg berjawatan grand arini, semuanya kerana seorang cikgu.

aku bukan nk korang sanjung giler2 jawatan cikgu ni.. cukup la sekadar korang buang2 jauh2 dari kepala otak korang tu anggapan yg kerja cikgu ni mudah. seriously, kalau aku dapat elak jawatan ni, mmg aku elak.. berat tanggungjawab cikgu ni.. aku xtau berapa byk yg aku hutang kat budak2 ni sebenarnye.. ye la.. kalau dorang xpandai, mmg sebahagiannya adalah salah aku. kalau dorang jahat, ada la silap aku tu..

kepada semua anak murid aku... GUDLAK SPM ye!

p/s: padan muka korang. hahaha.. baca la sampai bosan.

10 ulasan:

  1. mai,ini mcm luahan perasaan betul2 ni.hehe..

    BalasPadam
  2. suke suke suke...suke 'cerita' akak ni. kadang geram jugak yg kata keje cikgu mudah..huhuh. nak terangkan pun, takde maknenye. hanya yg berada dlm kasut kita akan merasainya. tanggungjawab manyakss! wan paling terkilan bila tak dapat fokus pada student semata2 nak siapkan keje2 pentadbiran yg lain...betol! sgt terkilan..huk huk~~ kasihan mereka.

    BalasPadam
  3. huhuhu... sesungguhnye, nak mengingatkan diri sendiri jek.. byk lagi hutang nk kena setel.. kunun cuti tapi nampak gaya kena baertapa kat sekola la gamaknye...

    as for budak, aritu beria kunun marah kat dorang. pastu baru teringat.. kita yg hutang dia.. dah tugas kita ngjar dia... huhuhu

    BalasPadam
  4. wan: apa mcm? keje sumer suda setel ka?

    su: sebenarnye menjawab fb kawan.. dok marah dorang main fb waktu keje.. dia plak kata cikgu byk masa nk main fb kat sekola... huhuhu

    BalasPadam
  5. ada lagi kak oii..n bakal bertambah di musim cuti ini. wan kene naik turun sekolah. seb baik dok pahang,tambang bas sedang2 je. kalau tak...abesh fulus ku ini mengalir khas buat syarikat2 bas yg terlibat itu...heh!

    BalasPadam
  6. ko pon 1 wan.. da tau sekola sygkan ko.. yg ko gatal balik selalu watpe? balik la bila da setel keje.. isk dia ni.. jadi x projek hujung thn? akak jaga exam sampai 9/12 je

    BalasPadam
  7. wooOo...wann ikut jadual. ada mggu kene kerja, ada mggu rest. pastu, ada mmgu kena duty kat pusat KOKO. so, no cuti panjang...uwaaa~~

    BalasPadam
  8. erk?? pusat koko pon kena pergi? hebat.. mmg la berkira gaji yg diberi.. hehe...

    eh, cikgu baru ada dtg keje x? td akak xnmpk pon dorang?

    BalasPadam
  9. ada je dtg. diorang pun tak terlepas..hahaha~~ kena datang jugak.. =)

    BalasPadam
  10. lambat sangat.. dah nampak dgn mata kepala dah td yg dorang dtg.. huhuhu

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama