hurmm..
jumaat lepas, aku bercadang untuk berjumpa dgn seorang kawan. well, klu ikut bahasa org lain, skandal la kot.. tapi aku x rasa ada skandal antara kami. kawan je.. dan aku harap kami akan kekal begitu.. insyaAllah..
tapi, xtau la apa yg Allah dah rencanakan utk aku. selepas solat asar, aku dapati, kunci kereta xde dalam beg.. arghh! lagi sekali! dulu dah kena dah mcm tu.. tension aku.
turun bawah, aku nampak nizam n pak akob.. aku tanya nizam, pejabat dah tutup ke? nizam jawab ye. aku mengeluh tapi xpe la.. dah memang silap aku.. cuma, hari isnin ni, nampak gaya, terpaksa la aku naik lrt dan bas.
jam menunjukkan pukul 4.45 petang. sambil berjalan ke perhentian bas, aku tepon kwn aku yg aku janji nk jumpa. aku pelik, nape dia xbalas 2 sms aku tadi. rupanya, mmg something wrong dgn no tu.. aku dail no dia lagi 1. dapat.. aku kabo kat dia yg xjadi jumpa sbb aku kena balik naik bas.. kunci kereta tertinggal kat dlm bilik guru..
kwn aku tu marah kot, sbb sebelum ni, klu call dia pasti akan tamatkan dgn, "ok.. take care.. assalamualaikum..." tapi petang tu dia jez "ok la.." aku x ingat dia bagi salam ke x..
aku tunggu bas.. dan aku bukan la seorang penunggu yg baik.. aku pernah togelkan cat di tangga pudu sementara tunggu ayah aku datang.. aku x suka menunggu.. nak hilangkan bosan, aku sms kwn aku tu minta maaf.. aku bagitau dia bas x sampai lagi.. x lama lepas tu, terus dia call
"awk kat mana sebenarnya?"
"tengah tunggu bas..."
"tunggu bas kat mana?"
"depan sekola la.."
"ada ke bas lalu?"
"ada kot.."
"saya ingatkan awak dah naik bas.."
"xde la.. saya gitau awak masa kat sekolah..sori la bagitau lambat..saya sms awk x balas..saya call takut awk dah sampai.."
"mmg dah sampai pon.."
"sori..xtau.."
"xpe la.. take care.. assalamualaikum"
"waalaikumsalam"
bas yang lau ada 4. 2 adalah bas ke maluri. 1 bas sekolah..x pon, bas rapid yg x terima org. aku niat, klu leps ni xde bas gak, aku naik je bas ke maluri.. naik lrt kat maluri.. last2 mmg aku naik bas ke maluri... masa tu dah pukul 5.30..
dalam bas, dapat sms dr kwn aku tu. 'jam teruk' katanya...'ok, kita lumba sape dulu sampai rumah' balas aku..
lumba hamende.. 6.30, aku x sampai lagi ke jln tun razak.. stuck kat jln yap kwan seng. huh.. dasat tul jem.. sempat la aku tido.. aku xtau la tah bape ramai yg merenung aku yg tido nyenyak dalam bas masa tu.
kul 7 lebih baru aku sampai ke stesen LRT maluri.. naik LRT, turun kat Cempaka, tunggu lak teksi penuh.. kul 7.30 agaknya baru kami gerak..
sampi umah, aku letak beg, amik wudhu terus maghrib. habis maghrib, dah kul 8.. so, aku bajet, aku sampai umah dalam kul 7.45 mlm...
cuba kira. aku kuar sekola 4.45 ptg.. aku sampi umah 7.45 mlm... 3 jam aku habihkan kat jalan semata2 kerana kecuaian aku.. rasa2nya mcm kena buat rantai la kat kunci tu lepas ni...
awk, saya minta maaf ye.. xde niat nk susahkan awk. lain kali, saya lak gi jumpa awak.. kalau awk berani la.. huhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama