hahaha.. tiba mlm ni byk lak yg aku nk tulis. maybe sbb idea dah lama ada tp xde mood. tiba mlm ni, dah mula menaip, apa lagi, xleh stop la gamaknya.
berapa kali korang pernah jatuh cinta pada seseorang? berapa kali lak korang pernah suka org? minat? apa beza suka dgn cinta? mcm mana korang tau itu cinta? kalau katakan kita syok gila la kat seseorang tapi dia xbalas, boleh x perasaan kita tu dipanggil cinta? ke panggil suka? minat? syok sendiri?
aku rasa, aku ni jenis cepat minat kat org. xyah tipu la.. kalau baru jumpa dah berkenan, of course la sbb rupa. tapi, klu org tu x hensem pon, tapi orgnye mmg best, lama kelamaan aku akn suka dia.hurmm.. aku confuse sebenarnya.. aku xsure... aku suka ke minat.. mana yg lebih tinggi? yg aku tau, utk menjadi org yg aku suka, atau minat, org tu perlu la menjadi org yg aku respek.
apa yg boleh buat aku respek dia? sifat2 baik dlm diri dia la.. rajin, x putus asa, xtamak.. baik, sabar, xcepat marah..(semua itu adalah sifat yang berlawanan dari aku), pencapaian yg hebat, dll...
cinta... aku rasa aku pernah cintakan org sekali kot.. tu pon kalau boleh dikatakan cinta la.. sebab aku tepuk angin sorang2.. nape aku kata aku cinta kat dia? sbb aku rasa aku xpernah rasa mcm tu pada org lain. tapi, mungkin aku tersilap. aku pon xsure. sbb aku xtau apa rasa cinta tu. aku rasa, xramai antara kita pon yg tau sama ada dia betul2 cintakan org tu ataupon sekadar suka yg teramat (sila maklum bahawa cinta yg dimaksudkan di sini adalah cinta adam dan hawa. aku xnk komen la pasal cinta pada ibu bapa, agama, rasul dan lain2.. tu wajib)
so, cuba renung balik. org yg korang .... (cinta/ suka/ minat) tu mmg korang cintai atau sekadar suka? mcm mana nk beza cinta dan suka? kalau korang ada jawapan utk soalan2 aku ni, tolong la gitau aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama