1- Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.
2- Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.
3- Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.
4- Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.
5- Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.
6- Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
7- Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.
8- Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.
9- Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
10- Beberapa negara di dunia diambil nama tokoh. Negara-negara tersebut adalah - Bolivia, diambil dari nama Simon Bolivar; Colombia diambil dari nama Christopher Columbus, Nicaragua diambil dari nama kepala suku Nicarao, Liechtenstein diambil dari nama Johann von Liechtenstein, Saudi Arabia diambil dari nama Raja Saud, dan Filipina diambil dari nama Raja Phillip. Amerika Syarikat pun namanya diambil dari nama seseorang, iaitu nama penjelajah Amerigo Vespucci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama