KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 27 September 2009

10 fakta menarik (part 2)

1- Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

2- Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

3- Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

4- Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

5- Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Academy of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

6- Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

7- Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

8- Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

9- Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

10- Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama