KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 30 September 2011

Hari ni...

1- Majlis graduasi tingkatan 5.. Huhu.. Budak pakai jubah biru (macam masa aku konvo maktab). Aku sebagai guru kelas pakai jubah maroon (sama macam UPM). Aku jadi tukang baca nama murid kelas..

2- Aku dah lama sangat tangguh nak daftar pergi haji. Sebab tak sempat. Hari ni berniat nak pergi. Google la cawangan terdekat (yang tak sesak - Bandar Baru Ampang penuh sentiasa). Hasilnya? Rupanya boleh daftar haji secara online.. Kenapa la aku tak tau selama ni? Disebabkan lambat daftar, aku dijangka akan menjadi hajah pada tahun 1462H (masa tu aku umur 59-60 tahun.. uhuk3!!!)

3- Aku nak pergi bayar zakat KWSP.. Tiba-tiba, masa orang tu minta kad pengenalan, aku dapati, wallet aku takde. Tertinggal di sekolah la tu. Dulu tertinggal kunci. Kali ni wallet pulak! Aishh!!! Terpaksa tunda nak bayar zakat. Harap-harap Isnin ni sempat.

4- Aku dah janji dengan ayah nak beli lauk tapi sen takde. Macam mana? Terpaksa la aku tebalkan muka, pinjam duit kat Saufi. Dah la adik dia ada sekali masa tu. Jatuh air muka aku... adeh..

5- Sampai rumah, pintu kunci. Ayah solat di masjid. Aku tak boleh masuk. Kenapa? rupa-rupanya, kunci rumah pun tertinggal.. Aishhh...

6- Disebabkan takde IC dan lesen, aku batalkan date aku dengan sorang mamat yang perasan hensem.. huhu

7- Aku telefon mak sementara tunggu ayah balik. Mak kata esok ada open lane. Lusa ada kenduri pakcik Mokhtar. Mak pesan bagi duit becek. Aku nak bagi pakai duit apa? Oh, mak aku balik Johor jaga nenek aku baru pembedahan..

8- Aku tengok tiket Airasia pergi Korea tengah murah. Tapi aku takde geng yang nak pergi. Ada yang sanggup dengan syarat aku dahulukan duit dan aku kata boleh je. Sehinggalah aku sedar...

9- Duit dalam akaun aku tinggal RM800 lebih je. Tiket koman-koman RM765.. Aku nak bayar pakai apa????

Ahad, 25 September 2011

Choc Moist Cake Yummeh~

Resepi ni aku pau dari kawan sekolah aku. Dia tampal kat fb dia.. aku ambil supaya senang aku nak rujuk kemudian hari.. Sebenarnya haritu dia ada bagi aku resepi yang bahannya disukat guna penimbang. Tapi katanya resepi ni lebih mesra rakyat terutamanya rumah yang takde penimbang.. Oh, yang resepi pakai penimbang tu aku dah try.. memang jadi dan sedap. Resepi yang ni belum try lagi. Gambar kek yang aku letak ni pun, si Ai ni yang buat..

p/s: Ai ni pandai mekap.. Sangat cantik dia mekap tau..

Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair/susu segar
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak/minyak jagung
1 sudu nescafe (xletak pon xpe)

Bahan B
3/4 cwn tepung naik sendiri diayak
4 biji telur dipukul
gambar ehsan Aizura

Cara2nya;
1- Bahan2 A dimasak atas api perlahan. Tak perlu sampai menggelegak.
2- Rehatkan kejap adunan. Sambil2 tu bole pukul telur.
3- Pastu campur bahan A berselang seli dengan bahan B
4- Tapis adunan kalau rajin..
5- Boleh kukus 30-45minit atau bakar 160-170 darjah selama satu jam.
*recommended kukus la. lembut sgt dan sedap dan yummeh2 :p*

pastu bole siram dengan coklat masakan. hias ikut kreativiti korang :D

Sabtu, 24 September 2011

Mari minta duit hantaran banyak-banyak!!!!

Tadi aku pergi ke persatuan Salah Cakap. Dia ada la post tentang hantaran untuk perempuan. Berapa RM untuk orang taraf pendidikannya mana. Lepas tu, ada la dia buat sikit dialog lelaki yang minta kurang dan bila last sekali, lelaki tu seperti samakan perempuan dengan kereta. Dia kata, apa kata, dia buat downpayment 2k. Balik rumah, dia test drive, kalau puas hati lepas tu dia bayar bulan-bulan. Kalau tak, dia pulangkan sahaja, ambillah RM2k tu.

Aku menyelar post itu dengan mengatakan, Sedapnya samakan perempuan dengan kereta. No wonder kalau tiba dapat baby, tak nak, buang sahaja di tepi jalan.

2 lelaki membalas. 1 berkata, "tepuk sebelah tangan tidak berbunyi". 1 lelaki pula mengatakan, sebaik-baik perempuan adalah yang rendah maharnya. Lagipun, hantaran mahal-mahal, tiba-tiba tengok tak pandai memasak"

Dah tentu la aku balas balik. Aku kata, kalau ikutkan tanggungjawab laki yang sediakan makan pakai.

Haha.. dan aku diselar sebagai Perempuan Moden.

Ok, sebenarnya, aku juga anggap yang aku perlu ada pengetahuan buat kerja rumah sebelum berkahwin. Tapi, seriously guys, adakah pandai memasak adalah prasyarat pertama untuk perempuan menjadi isteri korang? Kalau ye, kenapa tak pastikan dari awal yang bakal isteri anda tu pandai memasak? Kenapa komplen lepas tu?

Dan, kalau korang boleh berprasyarat nak isteri pandai memasak, maknanya kami pun bolehlah letak prasyarat kami juga kan? Dan, setahu aku, bukan tugas isteri memasak dan buat kerja rumah. Benda tu jatuh jadi wajib bila suami dah sediakan semua bahan dan bagi arahan untuk memasak. Itu pun jatuh hukum wajib sebab isteri kena patuh arahan suami. Bukan sebab isteri pandai masak.

Ye, aku tahu, mesti ada orang yang bengang dengan statement aku ni. Sekali lagi aku ingatkan, aku bersetuju yang perempuan perlu bersedia sebelum kahwin. Tapi, janganlah jadikan alasan yang orang tu tak pandai memasak untuk korang komplen. Benda tu boleh selidik dari awal.

Untuk orang yang masih keliru.. Hantaran bukanlah mas kahwin. Duit hantaran biasanya digunakan oleh keluarga perempuan untuk buat kenduri. Ye, aku pun tak rasa yang orang perlu demand dut hantaran banyak-banyak. Buat sekadar yang termampu. Tapi, dengan kos sara hidup sekarang, bergantung juga dengan lokasi kenduri nak diadakan, aku rasa, logik je jumlah duit yang diminta. Dan aku rasa, rata-rata pihak perempuan minta RM10k. Kalau lebih tu, sebab mereka tahu pihak lelaki mampu (ataupun sebenarnya nak tolak cara halus.. sengaja letak hantaran tinggi dengan harapan pihak lelaki give up). 

Aku bukan benci lelaki.. Aku cuma benci dengan sesetengah sikap lelaki yang suka kritik habis-habis sikap perempuan. Kata perempuan leceh la.. slow la.. tak pandai masak la. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mereka suka cari kelemahan perempuan?

Syukur, tak semua lelaki begitu. Ada je kawan-kawan aku yang tak pandai masak tapi hidup bahagia dengan suami mereka. Give and take la.. Yang perempuan cuba improve diri. Yang laki cuba terima dan dalam masa yang sama, bagi galakan pada isteri. Bukan kondem tak habis-habis.

Dan kalau tengok betul-betul, yang biasanya suka kondem ni, orang bujang kan? Orang dah kahwin tak banyak songeh.. Hahahah. 

Isnin, 19 September 2011

Alone - My Girl OST

Hahaha.. kegilaan terhadap lagu Korea menjadi-jadi balik. jap lagi nak karaoke puas-puas.


Korean Version


Kwaen-cha-nha nul kuroh-ke hangsang hamchayotdon konanya
Hajiman onurun wae jakku-man sulpochinun konchi

Chombuto achuman-hi norul chuhwa-haetotdon gon anya
Jakkuman chugumshik nae mame niga turo oryohae

Kaggumshik ne gyote kaga-i nol pogo issomyon
Nege amu kotdo haechul su optdange
Nae maumi nomu apa

Onul harurado norul katgo shipo
Naega olmana saranghanunchi
Saenggangmankumina pyoh-yonhal su omnun
Nae jashiniomu paboran gol arasso

To isang honjaranunke apujiman anulkoyo
Hanchamul kottapomyon onusae no-ege kago isso

Kaggumshik ne gyote kaga-i nol pogo issumyon
Naege amukotdo haejul su optdanunge
Nae maumi nomu apa

Onul harurado norul katgo shipo
Naega olmana saranghanunchi
Saenggangmankumina pyohyonhal su omnun
Nae jashini nomu pabo paboran gol

Norul chamshirago ggur-o-ango shipo
Naega olmana chohwahanunchi
Pyohyonmankumina chaeng-imchil su omnun
Nae jashini nomu paboran kol arasso
===================================================

English Version

It's all right, I wasn't always alone like this
But today, I don't know why I keep getting sad

It's not like I'd liked you a lot since the beginning
It's just that you kept entering my heart little by little

Sometimes, when I see you as I am near you
The fact that I can't do anything for you
Hurts my heart so much

Just for today, I want to have you
How I love you so much that
I can't express how much through my thoughts
I knew that I was a fool

Being alone hurts, but I will not cry
If I walk for a long time, somehow I start to walk towards you

Sometimes, when I see you as I am near you
The fact that I can't do anything for you
Hurts my heart so much

Just for today, I want to have you
How I love you so much that
I can't express how much through my thoughts
I knew that I was a fool

I want to hold you tight, even for just a moment
How I like you so much that
I can't take responsibility for any of my expressions
I knew that I was a fool

Ahad, 18 September 2011

Because I'm stupid - Boys Over Flower OST (BM translation)

Tadi angin jiwang datang. Tengok youtube sebab nk tgk MV OST My Girl. Tiba-tiba jumpa klip ni.. Best la pula.. oh, aku memang suka lagu frust-frust ni. Aku tak tahu kenapa..

Selasa, 13 September 2011

Lovefool - The cardigans


1st time aku dengar lagu ni adalah masa menonton cerita Romeo and Juliet (Leonardo di caprio dan Claire Danes). Seriously, aku rasa Claire Danes sangat cantik masa tu.. Sangat! DApat pulak lagu comel. So, aku agak suka la cerita tu.. Tapi disebabkan banyak scene dalam gereja, maka agak banyak salib la dalam filem tu.. 

Tajuk: Lovefool
Singer: The Cardigans

Dear, I fear we're facing a problem
you love me no longer, I know
and maybe there is nothing
that I can do to make you do
Mama tells me I shouldn't bother
that I ought to stick to another man
a man that surely deserves me
but I think you do!

So I cry, I pray and I beg

Love me love me
say that you love me
fool me fool me
go on and fool me
love me love me
pretend that you love me
leave me leave me
just say that you need me
Love me love me
say that you love me
leave me leave me
just say that you need me
I can't care 'bout anything but you...

Lately I have desperately pondered,
spent my nights awake and I wonder
what I could do have done in another way
to make you stay
Reason will not lead to solution
I will end up lost in confusion
I don't care if you really care
as long as you don't go

p/s: Nope, takde gambar! Tak nak letak gambar orang kissing! Tak nak!

Ahad, 11 September 2011

Pondan nak masuk yang mana?

Ni bukan cerita aku sebenarnya. Tapi diceritakan oleh kawan aku. Kononnya dia nak buat blog tapi sampai ke sudah takde apa cerita.. isk3...

Pada suatu hari, kawan aku ni pergi jalan-jalan.Nak dijadikan cerita, mereka anak-beranak singgah ke tandas awam. Dia nampak ada seorang hamba Allah ni macam temangu-mangu, tak tahu nak masuk tandas mana. Disebabkan kes kecemasan, kawan aku masuk tandas selesaikan dulu urusan dia.

Bila dia keluar, dia tengok, hamba Allah yang sama masih confuse.. Tahu kenapa dia confuse?

Dia seorang pondan. Dia tak pasti tandas mana dia patut masuk. Tandas laki ke perempuan?

So, pada pendapat korang, tandas mana dia patut masuk??? Hehehe


p/s: Lelaki lembut, pondan, gay adalah 3 benda berbeza..

Sabtu, 10 September 2011

Makan Sabun

Ini kisah makcik aku dan anaknya. Aku tak sure yang mana..

Sekarang kan ada iklan sabun lifebuoy yang ada sorang perempuan ada kulit kering lepas tu ada doktor yang asyik tegur, "Lina, jaga kesihatan ye". Tengok tak? 1 hari, selepas beberapa kali menonton iklan itu, adik saudara aku bertanya emaknya (makcik aku).

Adik saudara: Mak, mak, sabun tu ada banyak vitamin eh?
makcik aku: aah..
Adik saudara: Elok la kan banyak vitamin?
Makcik aku: Aah..
Adik saudara: Dia asyik kata banyak vitamin, banyak vitamin, sabun tu kena makan eh mak?
Makcik aku: Errr.....


Selasa, 6 September 2011

BUNUH LAMPU

Pada suatu malam, selepas makan malam, aku tengok ayah atuk macam dah nak terlelap. Aku pun tanya  tanya la pada atuk aku.

Aku: Ayah atuk nak tidur dah ke? Nak Along matikan lampu ke?
Ayah Atuk: Takpe takpe.. Kejap lagi ayah atuk nak turunkan tilam.. nak pasang kelambu.. Takpe, dah siap nanti, ayah atuk BUNUH sendiri lampu. Ko matikan kipas je.
Aku: Ooo.. ok... (bunuh lampu???)

Sampai sekarang aku tak pasti, ayah atuk aku serius atau bergurau guna perkataan bunuh tu.. Tapi aku tengok, lampu boleh menyala lagi esok.. Mungkin atuk aku pengsankan je lampu tu kot... =p

Jumaat, 2 September 2011

Catatan Syawal 1432H Bahagian 1

Lama aku tak update. Ada macam-macam sebab. Sebab utama adalah aku takde idea. Takde cerita sangat. Hinggalah aku balik beraya.

Raya kali ni agak sederhana. Mungkin kerana hakikat yang duit aku pun agak sederhana amaunnya. Ya, aku dapat bonus setengah bulan gaji.. Dan aku dapat tunggakan selama 8 bulan. Memang best! Masa tengok akaun bank... WALAWEH!!!! 
Agak-agak berapa RM ada ni?

Tapi, setelah ditolak hutang (jangan berhutang tanpa sebab ye kawan-kawan) dan membaiki En. Ken kesayangan (hurmm.. haritu aircond je prob. Tiba-tiba semalam dengan bau hangit, asap putih, aircond bocor.. apakah?) maka duit aku tinggal tak berapa banyak la.
Asap putih ye.. en. ken? bukan..

Tahun ni aku dapat menganyam ketupat dengan jayanya. Aku juga dapat memasukkan beras dalam ketupat (dengan dibantu oleh adik saudara aku). Aku juga dapat tengok CSI (yang diulang-ulang) di ASTRO. Tahun ni kami tak gerak ke mana-mana. Sekadar duduk di rumah menunggu tetamu sebab dah menjadi kebiasaan, sanak saudara yang akan mengunjungi rumak atuk aku sebab atuk aku merupakan Pak Long/ Abang Long.

Jahat tak jahat, kami di rumah yang menjadi tukang bancuh air dan mencuci gelas, mengira, berapa rombongan yang dah datang, dan berapa lagi yang akan datang =) (penat woo basuh gelas..)
banyak gelas terlibat woo..

Masuk hari kedua, kami dah tak larat nak makan makanan raya. Kami dah mula mencari ikan dan sayur untuk dijadikan lauk. Tapi, seperti yang dijangka, tidak banyak kedai yang buka.

Masuk raya ketiga, kami dah mula terintai-intai kedai Hasim di pekan (mi bandung kedai Hasim sangat Rock ok!!) tapi kedai dia sentiasa penuh. Tapi petang tersebut kami dapat juga pergi kedai Hasim sebab kami menerima tetamu yang tak dijangka.
Aku rasa sebenarnya ni gambar mi rebus. Setahu aku, mi bandung takde tauhu kan?

Petang raya ketiga, kami diziarahi oleh cucu atuk aku (sepupu aku) yang dah lama terpisah. 2 orang anak pakcik aku dengan isteri pertama dia. Mereka curi-curi pergi ke rumah ayah mereka dan pakcik aku bawa mereka ke rumah atuk aku. 2 orang lagi adalah anak pakcik aku yang dah lama membawa diri (ada konflik sikit dulu) tapi berhubung semula sebab mereka perlukan atuk aku sebagai wali.

Aku bukan seorang yang mudah menangis. Tapi aku sangat happy. Ye, mereka takkan boleh mesra lagi dengan kami seperti kami rapat dengan sepupu-sepupu lain tapi.. sekurang-kurangnya kami berkenalan semula. =)

Aku dengan makcik pergi ke kedai Hasim membeli nasi goreng dan mi goreng untuk tetamu-tetamu istimewa kami (lauk di rumah habis sebab beli cukup-cukup). Tapi mak dan ayah aku tak sempat untuk membeli mi bandung. Sold out! Inilah kali pertama kami balik kampung tak dapat makan mi bandung. Frust beb!

Catatan kali ni tiada motif. Hanya kisah raya tahun aku kali ni. Mungkin, ada orang akan kata, entry aku patutnya dia singkan kepada beberapa entry. Biarlah.. Aku memang tak pandai menggarap cerita. Kalau aku pandai, dah lama BM aku dapat A1 (kalau sekarang, A+)

Ada cerita lain. Tapi nanti-nanti la aku cerita. Aku ni tengah potong baris adik aku guna komputer ni.. Huhu..