KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 27 Jun 2011

Budak Tak Faham Ajar

Memang penipu la kalau ada antara korang ni yang kata dia tak pernah sekolah. Setiap orang pernah merasa zaman persekolahan. Zaman di mana hidup penuh dengan peraturan. Baju kena seragam, kasut kena bersih, kuku kena pendek, kena baca buku.

Zaman sekolah juga masa korang semua dok cinta monyet. Aci kerat jari, kebanyakan korang semua pernah bercinta masa sekolah. Aku je tak (aku memang baik). Masa ni juga korang banyak tak puas hati dengan orang lain (remaja.. jiwa memberontak katakan).

Disebabkan korang semua pernah melalui zaman sekolah, aku nak korang tolong bagitau aku, apakah respon korang tiap kali berhadapan dengan situasi di bawah. Sila bayangkan korang ada di situ. Sila jawab dengan tulus. Aku tak nak jawapan sekarang, tapi jawapan kalau korang masih di sekolah.

Situasi 1

Murid menyanyikan lagu Negaraku dengan lemau sekali. itu senario biasa di sekolah. Belum lagi kira mereka yang patah kaki. Tak pernah berdiri tegak masa lagu patriotik. PK Koku tidak puas hati dengan nyanyian murid-murid. Sampai satu tahap, PK Koku menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat. Beliau cuba menunjukkan nyanyian yang bagaimana yang beliau harapkan.

Apakah respon murid (anda)?


Situasi 2

PK 1 menyuruh semua murid membeli stokin bertulis nama sekolah di koperasi sekolah. Ini kerana, apabila tidak diberi arahan seperti itu, murid-murid memakai stokin mengikut kehendak mereka. Rata-rata stokin di bawah paras buku lali. Malah ada yang stokinnya tidak kelihatan langsung dari luar kasut.

Macam-macam alasan diberikan oleh murid apabila disuruh membeli stokin. Sampai 1 tahap, PK1 berkata yang dia akan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan itu. PK 1 berkata "Tingkatan yang mula-mula sekali yang saya hendak periksa mesti pakai stokin sekolah ialah murid tingkatan 5. Mereka ini sepatutnya menjadi contoh kepada adik-adik mereka. So, form 5, boleh tak saya nak awak semua pakai stokin sekolah pada hari Isnin ini?"

Apakah respon murid (anda)?


Situasi 3

PK1 sedang berucap semasa perhimpunan. Dia sudah berkali-kali mengingatkan murid agar senyap atau murid tersebut akan dipanggil ke hadapan. Namun masih ada pelajar yang bersembang. Akhirnya, PK1 telah memanggil seorang pelajar yang bercakap datang ke hadapan perhimpunan dan berucap (kerana murid itu bercakap semasa beliau berucap)

Apakah respon murid (anda)?

==============================================

Aku bukan seorang pelajar yang baik Tapi aku tahu bila aku patut diam dan bila aku patut menjawab. Aku juga tahu bila waktu untuk melawak dan bila waktu untuk serius. Namun, aku tak rasa budak sekarang macam tu. Pada mereka, cikgu sepanjang masa adalah melawak. Perkataan maaf memang jaranglah nak dengar walaupun terang-terang mereka salah (buat apa nak minta maaf? Kan cikgu dah selamat dah marah kan?)

Pada budak sekarang, cikgu dah macam kawan yang boleh disorak-sorak bila ko rasa dia menghiburkan. Korang boleh jawab dengan jawapan yang bodoh bila ditanya dengan serius asalkan korang dapat jawab (as long as you got the last word right?). Korang boleh bertepuk tangan dengan bangga bila ada kawan korang yang boleh menjawab atau membalas apa yang cikgu tu cakap. Korang tak cuba pun nak faham apa yang cikgu tu cuba sampaikan. Korang lupa yang cikgu tu sebaya malah mungkin lagi tua dari mak ayah korang.

Tu belum lagi aku cerita pasal budak lain bangsa yang suka mengutuk cikgu dengan bahasa dia sendiri. Mentang-mentang cikgu tu tak faham, ko tipu cikgu tu bila dia tanya balik. Serius aku kesian dengan manusia macam tu. Malanglah kalau korang semua yang aku maksudkan dalam entry kali ni tak berubah. Kalau korang tak pandai respek orang, jangan harap orang akan respek korang di lain waktu.

Ye, pukul kuat-kuat. Mentang-mentang tak boleh pukul, masing-masing naik lemak!
Serius aku muak dengan diorang (murid yang tak faham ajar)ni. Kalau budak kelas aku, memang aku dah pukul laju-laju dah.

Ahad, 26 Jun 2011

Tabiat baru aku

Si dia yang aku minati takde di Malaysia sekarang. Jadi kami jarang berinteraksi sekarang ni (macam la masa dia kat Malaysia kami selalu sembang). Dia sekarang asyik travel sana sini (maklumlah, duta kan?), menyebabkan zon masa memisahkan kami. Ye la.. kat Malaysia pukul 9 malam-aku baru nak online, kat tempat dia pukul 2pagi-dia dah tidur. Masa dia free, aku lak masih terkial-kial mengharungi kesesakan di Jalan Ampang.

Kejarangan berinteraksi menyebabkan aku menjadi seperti pungguk rindukan bulan. Selalu la aku tengok Ym! list aku nak pastikan dia online ke tak (walaupun aku tahu dia tak mungkin online). Kalau aku on FB pun sama. Aku akan klik 5-6 kali chat list dlm FB aku.

Tabiat ni kadangkala terbawa-bawa hinggakan kalau dia tengah sembang pun dengan aku (sangat jarang), aku tetap akan tengok list Ym! dan fb chat aku. Entah siapa pula aku cari, aku tak pasti. Yang pastinya, memang aku jenguk la dua-dua list chat aku ni.

Korang macam mana? Ada tak tabiat baru yang hadir kebelakangan ni? Ye ke takde? Ke korang tak perasan?

p/s: Aku selalu tertinggal barang aku (telefon, beg, pendrive, kunci dll) di tempat orang. Kawan aku sampai kata tu bukan tabiat aku. Tapi aku memang SUKA tinggalkan barang.. Hahaha.. Iye la tu..

Sabtu, 25 Jun 2011

Nak cari meja... Nak cari meja..

Sebenarnya aku agak sibuk sekarang. Sebab? Sekolah aku jadi tuan rumah Karnival MPV peringkat negeri tahun ni. Duh... jangan kata Multi Purpose Vehicle. aku dah bosan dengar. MPV = Mata Pelajaran Vokasional. Aku takde kaitan dengan kenderaan MPV ye. Sila ingat itu.

Karnival MPV ni diadakan untuk memperkenalkan subjek MPV pada orang ramai dan memberi peluang untuk budak-budak MPV ni untuk merasai suasana menjalankan perniagaan. ya la, biasanya budak-budak MPV ni paling akhir sekali orang ingat kalau ada apa-apa. ni je la peluang diorang nak tonjolkan diri diorang.
Ada 34 kumpulan MPV yang terlibat. Ada dari subjek katering, pemprosesan makanan (subjek aku la tu), penjagaan muka dan dandanan rambut, seni reka tanda, lanskap dan nurseri, membuat perabot dan pendawaian domestik.

Sebagai cikgu MPV di sekolah tuan rumah, automatik aku kena jadi setiausaha program. Dengan terpaksanya aku terima tugas tu. aku kena cari 34 buah meja besar (at least), 11 tong gas memasak, dan lain-lain lagi. Senang je sebenarnya kerja ni tapi disebabkan aku selama ni tak pernah buat kerja susah, maka agak terasa la bebannya.

Buat masa ni, kerja ni nampak macam dah selesai sebab aku dah fax surat kepada semua yang terlibat cuma aku masih lagi belum mendapat jawapan dari setiap orang yang terlibat. Huhu.. berdebarnya. Belum lagi cerita pasal gerai aku sendiri yang kena menjual pada hari kejadian.

Serius, aku agak drain out nak merealisasikan program yang takde peruntukan. Sampai duit panitia aku sendiri kena pakai sebab pengetua tak bagi minta duit PIBG. Lepas dah hantar semua surat, aku terasa nak perlahankan langkah. Aku mengharapkan jawapan positif dari setiap orang yang aku mohon macam-macam tu.

So, sekarang aku nak minta tolong sesiapa yang suka buat poster atau flyers.. Tolong buatkan flyers untuk karnival aku ni boleh tak? Aku nak hantar ke pejabat-pejabat berhampiran dan email secara rambang kat seluruh rakyat Malaysia (ayat kena berapi ok!). Maaf, takde bayaran untuk korang. Paling hebat aku boleh buat ialah belanja semasa karnival berlangsung.

Ada tak yang sudi? Ada tak? Ada la.. Please!!!!!

p/s: tahu tak mana-mana pihak yang boleh bagi pinjam meja secara percuma? Mana tahu in case DBKL tak ada meja banquet pada hari yang kami nak... huhu. Gas memasak pun.. mana tahu kalau Petronas reject kertas kerja aku sebab sangat lame..

p/p/s: Apa-apa pun, aku harap semuanya berjalan lancar sebab ni program JPN ok.. Bukan main-main punya..

Khamis, 23 Jun 2011

Wayang cerita korea

Sekarang aku macam dah tetapkan kuota 1 filem korea sehari untuk diri aku. Macam-macam cerita Korea yang aku dah tengok. Biasanya aku akan pilih genre yang ringan. Dan disebabkan aku seorang yang hopeless romantic, maka aku biasanya akan menonton cerita genre komedi romantik.

1 lagi prasyarat untuk aku menonton ialah, hero dan heroin haruslah orang yang cantik.. ok, aku tipu. Aku tak kisah heroin tapi aku sangat kisah hero. Hero mesti hensem!

Sambil-sambil aku browse filem dan pelakon di mysoju.com, aku ternampak la pulak OST My Girl. Aku pun apa lagi, mula la cari karaoke OST My girl. Sambil aku berkaraoke, aku pun menatap la wajah Seol Gong Chan aku lagi.. Waaa... Dia sangat hensem!!!! Waaa!!!! Seol Gong Chan hsi...

Itulah punca kenapa saya jarang update status.. sila maafkan saya yeh??? yeh?? yeh la...

Ahad, 19 Jun 2011

Cerita tentang mata

Huhuhu.. aku berlagak macam baru 2 bulan kenal internet. Sekarang aku sedang gila menonton filem korea. Ada la dah 2-3 filem aku tengok. Disebabkan terlalu banyak menonton, mata aku dah agak kabur dah.. isk...

Bercerita pasal mata, aku nak cerita la sikit pasal deria ciptaan Tuhan ni..

Orang selalu kata, kalau Tuhan tarik 1 daripada deria yang kita ada, dia akan perkasakan deria kita yang lain. Misalnya, orang yang buta biasanya deria pendengaran dia superb. Sebab tu dia boleh main muzik walaupun xleh baca not. Deria sentuh dia pun power gak. Sebab tu dia boleh baca braille.

Berbeza pula dengan orang yang dilahirkan sempurna. Setiap pancaindera menyokong pancaindera yang lain. Sebab tu, kalau orang tu asalnya lahir cukup pancaindera, bila dia menjadi rabun, automatik dia akan menjadi sedikit pekak. 

Oh, jangan salah sangka. Bukan la mutu pendengaran dia merosot. Cuma, kita punya pendengaran dah biasa disokong dengan penglihatan kita. Maksud aku, bila kita dengar orang bercakap, kita dah biasa melihat bibir dia bergerak. Tu membantu kita mentafsir apa maklumat yang disampaikan. jadi, bila kita sudah rabun, maka hilanglah sebahagian kebolehan kita untuk mentafsir maklumat yang disampaikan oleh orang lain..

Baru-baru ni, aku pergi ke pasar malam tanpa memakai cermin mata. Sengaja gatal.. Nak tengok adakah aku dapat mencari semua benda yang aku perlu kalau tidak mendapat bantuan cermin mata. Hasilnya, ye, tiada masalah. sebab aku bukannya nakbaca papan tanda pun. Sekadar pergi ke pasar malam. Tapi aku ada sedikit masalah mentafsir jarak kereta semasa nak melintas jalan.

Ini membuatkan aku terfikir. Macam mana kawan-kawan aku yang rabun (tapi tak nak mengaku) rabun boleh bawa kereta tiap-tiap hari tanpa memakai cermin mata. Memang la mereka boleh membaca papan tanda di saatsaat akhir tapi, bukankah rasa agak helpless bila kita tak dapat melakukan sesuatu pada kepantasan biasa? Bukankah agak rimas bila pandangan kita tidak cerah?

Kalau rabun adalah 1 masalah, kehilangan contact lens sebelah lagilah merupakan masalah besar. Elok la kalau rabun, biarlah rabun dua-dua belah (lagi elok kalau tak rabun dua-dua belah ok). Kenapa? Sebab, bila kita rabun sebelah, keduadua belah mata kita akan memberikan tafsiran jarak yang berbeza. Ini akan memeningkan kepala otak kita untuk buat keputusan lalu menyakitkan jiwa kita. Tak percaya? Try pakai sebelah jo contact lens (ada ke orang bengong buat begitu?) dan korang akan mendapati, betapa peningnya kepala korang tengok keadaan sekeliling.

Ha! Pakai contact lens pula, cadangan aku ialah, kalau korang rabun, bolehlah pakai. Kalau tak rabun, jangan la gatal-gatal. Buat apa masukkan benda asing ke dalam badan bila korang tak perlukannya? Tak organik pula tu (apa kes tiba-tiba organik ni?). Mata korang sepet? Nak besarkan lagi? Mata warna hitam tak cantik? Nak warna kelabu? Percaya la, Tuhan dah bagi yang paling cantik untuk korang setiap masa. Apa sahaja yang korang buat tak mungkin lebih cantik dari yang Tuhan dah bagi.

Pesanan terakhir. Kalau pakai contact lens tu, jangan la pakai lebih masa. Jangan perjudikan mata korang. Bukannya korang ada mata lain dalam bank nak ganti mata yang rosak semata-mata sebab korang malas nak keluarkan contact lens tu.

Akhir sekali, kepada adik-adik yang tak rabun tu, tak payah la try pakai spek.. Serius korang lagi comel tanpa spek. Spek hanya akan menampakkan korang lebih tua (dalam kes aku, menampakkan aku seperti 25 tahun. Kan rugi tu?) Memang la mul-mula excited sebab nampak bijak. Tapi lama-lama, korang akan menyesal. Apstu mula la gatal nak pakai contact lens.. dah kena keluar duit..

Akhir sekali, jagalah mata anda. Jangan tengok komputer lama-lama. Tengoklah beda yang berwarna hijau yang boleh merehatkan mata korang. Makan sayur berwarna merah banyak-banyak. Apa lagi ye? Ha!! Jangan buat dosa mata ye!

p/s: Takde gambar! Semua gambar kat internet ni gambar mata dengan contact lens. Tak asli betul! Huh! 

Isnin, 13 Jun 2011

Manisnya Senyumanmu - Elite

Seriously, put the blame on Feminin! Haha.. Ni semua gara-gara aku teringat pada lagu Faminin, Rindu. Aku tengok klip video Feminin yang lain. Tiba-tiba hari ni, aku teringat pula lagu ni.. Ah sudah!!! Back to 90's!! Balik ke zaman sekolah balik dah...


Tajuk: Manisnya Senyumanmu
Penyanyi: Elite

Ku rasa...satu dunia sudah mengerti perasaan ku ini
Mengapa oh! mengapa takkah kau sedar ku mendamba
Ataupun...dikau sengaja diam berpura memendam rahsia
Segeralah oh segera ku tahu kau hanya bermain masa

Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut rasa cintaku
Hari demi hari ku tetap menanti
Namun malu mula langkah pertama

c/o:
Mata bertentang mata adakah kau terasa
Cinta kian memekar dihati kita
Kau istimewa paling utama yang satu
Betapa manisnya senyumanmu
Debaran penuh makna kelu tidak terkata
Sering kali terjadi bila kau disisi
Namun yang pasti membuat ku jatuh hati
Oh! manisnya, manisnya senyumanmu

Pabila aku terdengar
Lagu cinta ku terkenang kepada mu
Aku merindu oh! merindu
Senyumanmu yang menawan kalbu

Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut hatiku padamu
Jika kau pun juga rasa yang ku rasa
Apa yang kau pinta katakan saja

ulang c/o
Huhu.. kiut!!!

Ahad, 12 Jun 2011

Rindu - Feminin

Hahaha.. inilah lagu yang asyik diulang main dalam otak aku.. Nak kata aku minat sangat dengan Feminin ni, tak juga. Tapi entahlah... Mungkin ada sesuatu kot?
ambil dari orang

Tajuk: RINDU
Artis: FEMININ

Rinduku pada dirimu
Yeh..yeh..

Rindu dirimu yeah
Na na na na na na na na
Rindu dirimu yeah
Na na na na na na na na

Bila mengenang masa
Bahagia
Bersama
Berdua

Dua insan bergelora
Dua insan bercinta
Dunia
Milik kita

Memori kita
Bermesra di hati
Tapi bukan semuanya
Oh indahnya rupa

Sepi menemaniku dulu,
Membuat ku rasa pilu
Hadirmu
Hilang rindu

#Rindu dirimu yeah
Na na na na na na na na
Rindu dirimu yeah
Na na na na na na na na

Kini dikau mengembara
Menghilang buat sementara
Mulanya perasan rindu

Pabila dikau tiada
Tiada siapa penggantimu
Oh yeah

Emosi bergelora
Tiada terkata
Hari berganti hari
Ku menanti nanti

Kini ku menepati
janji suci dua hati
Hingga kita
Kan bersua

Ulang # sampai bosan

p/s: ya, saya sangat rindu awak.. hurmm =(
p/p/s: disebabkan lagu ni, aku tertengok la pula semua klip video Feminin kat Youtube.. haha

Selasa, 7 Jun 2011

Trip ke KK part 3


Sarapan boleh mula seawal pukul 6.30 pagi. Disebabkan Subuh Di KK ada pada pukul 4.45pagi, maka takdelah susah sangat kami nak siap pukul 6.30 tu. Ye la.. Kalau kat semenanjung, boleh la nak solat pukul 6.30pagi.. Nak buat kat Sabah? Helo!!! Dah habis waktu ok!

Kali ni kami malas nak kacau budak 2 ekor tu. Pandai-pandai la dorang bersiap untuk makan. Dah la semalam tak dapat sarapan kan? Aku nak makan puas-puas hari ni.



M Cafe (ke aku silap?) terletak di tingkat 4 Hotel Gaya Center. Kami pilih untuk makan di luar. Konon nak pemandangan laut la. Aku try semua yang aku minat. Sebenarnya, kalau pergi hotel, aku memang paling suka makan sarapan. Aku akan mula dengan roti bakar dengan butter.. Lepas tu roti dengan telur dadar. Lepas tu apa sahaja hidangan dia bagi. Lepas tu mesti makan bubur. Tak kisah la pergi mana sekali pun, aku mesti try semua ni. Oh, jangan lupa air oren ye. Wajib. Kalau ada honey star dengan susu pun aku ambil.. (aish.. Bila nak kursus kat hotel lagi ni?)

Kami diberitahu yang driver akan jemput kami ke lapangan terbang pada jam 7.30 pagi. Jadi, aku memang bajet siap makan, terus naik. Sempat la juga lepak-lepak di bilik. Pelik juga, kenapa orang tu tak call. Akhirnya, aku dengan Fadh turun. Macam biasa, kami ketuk la pintu 601. Acap yang buka..
"Kejap ye kak. Saufi tengah mandi"
"Hah?? Mandi lagi? Tadi makan korang tak mandi apa? Suka hati korang la. Kitorang turun dulu"
"Tapi kak, orang yang nak hantar kita ke airport dah sampai. dia tunggu kat bawah"
" Dah tau dia dah sampai, awat gi mandi lagi?"
"..."
Ok, Saufi memang kuat mandi orangnya. tak tau kenapa, tapi dia memang suka mandi. Huhu..

Pukul 8, kami ke lapangan terbang. Mujur la dekat kan? tak perlu risau. Sampai-sampai je kami terus check-in. masing-masing dah menyesal sebab beli standard set sebab kami semua takde bawa beg lebih pun.

Tiba ke kaunter check-in, kami nak la letak beg-beg kami ke lagej, tiba kami diberitahu yang kami tak membeli lagej. Hanya beli seat. Aik?? Kami bayar la.. Siap tambah duit lagi hari tu... Apa kes??

Kami balik tanpa makan lunch. Aish!!! Padahal sebelum ni aku dah berangan dengan Saufi nak makan sate la.. nasi goreng la segala bagai.. nampaknya tinggal angan-angan je la.. Untuk mengelakkan rasa frust, Kami tidur sepanjang perjalanan.

Sampai di KLIA, kami ambil Airport Coach ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kami naik pula shuttle (van) ke Pudu. Dapat pula kami tengok Pudu yang berwajah baru. Surau makin cantik.. Kerusi pun cantik. Tempat makan pun bersih. Pendek kata memang berbeza la Pudu dulu dan sekarang.

Lepas makan, kami naik LRT ke Cempaka dan dari Cempaka, naik teksi pulang ke rumah..

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada perjalanan kali ini ialah:
1- 2 hari adalah tidak cukup untuk bercuti ke Sabah. Banyak tempat kami tak dapat pergi. Ladang ternakan lembu, Island Hopping ke pulau-pulau, Cultural Village, muzium, pasar malam makanan.. Aish.. banyak la!
2- Agak susah nak cari masjid dalam perjalanan dari KK ke Kundasang. Masa balik tu baru perasan beberapa buah masjid. Yang banyak adalah gereja.
3- Lain kali beli tiket je dari firefly. Tak perlu beli aksesori ye. Kalau lapar, dalam flight baru beli.
4- Nak mandi di hot spring pergi pagi-pgi. Kalau lambat, tak dapat la nak mandi kolam

So, jumlah perbelanjaan dari pergi hingga balik (kami 4 orang. aku letak jumlah harga dah siap bahagi)
1- Tiket flight + hotel + transport airport-hotel-airport = RM292
2- Tambang teksi umah - KLIA = RM30 (kami naik 3 orang.. jad, darab 3 ye)
3- Sewa kereta = RM60
4- Petrol = RM20
5- Karambunai punya entry = RM10
6- Parking 1 Borneo = RM0.50
7- Makan di 1 Borneo = RM10 (kurang sebenarnya.. bagi senang bajet)
8- Makan di Tg. Aru = RM23
9- Entry Kinabalu Park = RM3
10- Entry Kinabalu trail = RM5
11- Sijil pelawat Kinabalu = RM5
12- Entry Hotspring (sebab Acap tak ambil tiket masa masuk Kinabalu Park) = RM3
13- Makan KFC + beg troli (patah selepas seminit) = RM20
14- Entry War Memorial Park = RM2
15- Beli gelang = RM15
16- Beli rantai kunci = RM10
17- Makan malam terakhir = RM10
18- Tiket Airport Coach = RM10
19- Makan tengah hari di Pudu = RM7 (tapi Saufi belanja! Hidup Saufi!)
20 - Tiket LRT = RM2.40
21- Tambang teksi ke rumah = RM5
22- Cenderahati untuk si driver = RM20
==============================
Jumlah = RM565.90
==============================

Macam mana? Korang rasa ok tak? Tak tau la ok ke tak. Yang pastinya kami dah rancang untuk percutian yang seterusnya.. Hehe..

p/s: gambar ni je aku dapat upload.. nanti-nanti aku tambah ye

Isnin, 6 Jun 2011

Trip ke KK part 2


Pukul 3.30 pagi, aku kejut Fadh bangun. Berdasarkan track record, kami berdua perlukan masa yang sekejap sahaja untuk bersiap. Aku juga turut kejutkan adik kat sebelah tu. Bukan susah pun. telefon no bilik hotel je. Ikutkan hati, aku malas nak kol (masih lagi dalam mode tak puas hati kerana dibuli oleh Saufi) tapi mengenangkan Acap yang tau jalan, dan Acap takkan gerak tanpa Saufi dan Saufi mandi lama, maka aku kejutkan juga la.

Pukul 4 pagi, aku dan Fadh dah terpacak di lobi. Acap dan Saufi? As expected, tak siap lagi. Sempat la aku dan fadh online FB guna PC hotel. 4.20 barulah mereka berdua turun dan kami mula gerak.

Perjalanan ke Kinabalu Park ambil masa lebih kurang 2 jam (sepatutnya la) dapat-dapat pula Acap drive dengan laju. 1 benda yang membuatkan perjalanan kami perlahan - kawan-kawan aku ni tak boleh nampak kawasan cantik sikit, mesti nak tangkap gambar. Ada anjing liar kat luar pun tangkap juga gambar. Dari dalam kereta la.
Kat sini la yang anjing liar tu.. Tapi dorang nak juga tangkap gambar
Gambar gelap sebab fotog tak pandai.. huhu
Masuk Kinabalu Park kena bayar RM3. Setelah sesat mencari toilet, kami berhenti bergambar. Masa ni takde orang lagi. Bolehlah buat aksi pelik-pelik. Lepas tu kami pergi ke trail mendaki. Kena bayar RM5 ye untuk masuk trail tu.. Try la 100 meter trail tu. dan tangkap gambar lagi. mengenangkan kami nak ke Kundasang, kami patah balik.
Ini adalah contoh gambar sengal yang aku maksudkan. Mangsa berkata yang dia bercadang nak jadi Statue Of Liberty
Perjalanan agak panjang dan berliku-liku hingga para peserta hilang arah bila ditanya manakah puncak Kinabalu
Nak jalan-jalan pun sila pakai pas ye.

Berjalan-jalan di trail Kinabalu pun boleh dapat sijil ye. sila bayar RM5 untuk sijil.
Kundasang, pada aku memang macam Cameron Highland. Sejuk, jalan bersimpang siur.. tapi dia ada  kelebihan, pemandangan puncak Kinabalu. Ini menyebabkan kitorang berhenti beberapa kali seperti biasalah - untuk tangkap gambar. Masa ni sebenarnya dah cuak-cuak dah. Apa taknya, meter minyak saga yang kami naik tu dah berkelip-kelip. Cuba cari pam minyak di Kundasang, tak jumpa pula.
Kundasang dan puncak Kinabalu
Namun kami teruskan perjalanan kami ke Ranau pula. Nak pergi Poring Hot Spring. Dalam perjalanan makan KFC (dapat kupon diskaun la kunun) dan beli beberapa keperluan untuk mandi. Kalau kita di semenanjung hari tanpa beg plastik ialah hari Sabtu, kat Sabah pula, hari tanpa beg plastik ialah hari Isnin.

Kami sampai di Poring Hot Spring pada pukul 12 lebih nak dekat pukul 1.. Perghh!!! Jam! Sesak! tak cukup parking! Orang ramai gila! Rupa-rupanya, nak masuk kena bayar RM3. Kalau ikutkan, kami dah tak perlu lagi bayar RM3 sebab dah bayar masa masuk Kinabalu Park. tapi disebabkan lupa nak ambil tiket, nak tak nak, kena bayar lagi RM3 (ini semua salah Acap! Ye, Acap yang bersalah! Haha)

Nice caption there
Dah bayar RM3, tiba tengok kolam penuh. nak mandi bilik private pun penuh. Apa kes? Takkan nak balik kot? Maka kitorang pun mendaki la pergi cari air tejun. Kitorang pergi Air terjun Kapungit je. Kalau air terjun Langanan kena jalan 3km++.. tak sanggup aku. Pergi Kapungit ni pun 500 meter sehala. pergi balik dah 1km. Tak ke kurus namanya?
See?? aku tak tipu
Air tejun Kapungit ni tak besar sangat la. Aku dengan Fadh je beria mandi. Acap nak pergi Gua Kelawar tapi takde orang nak teman. Saufi tak nak mandi sebab dia tak nak buka aurat (Apa kes? Dah la pergi air terjun pakai loafer) Pukul 2 kami gerak balik. 
Gambar before mandi. Lepas mandi takleh tunjuk1 Sexy you!!
Nak dijadikan cerita, jalan jem ye masa balik. Maka kami singgah la Kundasang sekali lagi. Aku beli la Baby Kailan sikit. Acap pulak ajak kami pergi ke Heritage Spa & Resort. Hotel ni tertinggi di Kundasang. Memang cantik la view dia. Tak boleh dinafikan.
Akhirnya, dapat gak bergambar berempat
Lepas tu singgah pulak War Memorial Park. Dia (dia?) sebenarnya adalah taman bunga yang ikut reka hiasan Australia, Inggeris dan Borneo. Ini untuk mengenang askar-askar British yang mati untuk pertahankan Sabah (ayat jahat: serius aku tak rasa apa kecuali garden dia memang cantik. Apa kes nak aku syahdu-syahdu penjajah mati?)

English Garden.. its always about symmetrical
nak hantar gi kat mana-mana la.. Kembang Setaman ke..
5.30 petang, kami bertolak ke KK semula. Hajat hati konon nak tengok Nguduk Ngadau di KDCA sebab kebetulan kami datang masa perayaan Keamatan. Sekali lagi jalan jam gila! Acap dah penat drive. Dah la telinga dia tak tahan tekanan. Maka dia selalu la buat aksi Fast Furious (kononnya). Kami la yg cuak kat belakang. Habis dia lenjan kereta sewa tu. memang rev habislah (kami sewa saga auto.. Acap drive Myvi di semenanjung. Jadi, ada masalah kendalian di situ)

Sampai di KK, dah pukul 8 lebih. Kami tekad nak pergi pasar malam jalan Sinsuran (sebelah Le Meridien) untuk beli gelang untuk mak masing-masing (sweet kan kitorang?). Acap je beli gelang untuk awek.. isk isk.. Acap.. Acap.. Nak dekat pukul 9, kami pergi ke kereta. Niat di hati nak makan makanan tempatan. Kononnya nak pergi pasar malam makanan (seberang jalan je) tapi semua dah tak larat nak berjalan (Fadh especially =p) Acap pun makin teruk selsemanya. Maka kami pun makan la kat kedai makan biasa.
 Masa shopping.. Ada pulak Shades yang dia berkenan.. Hahaha.. Jangan marah ye Saufi..
Tak tau mana silap entah, lambat betul dapat makanan. Tak lama lepas tu, makanan semua keluar serentak. teori aku, sama ada tukang masak tu baru sampai n masak dengan pantas atau, dia masak kat tempat lain kot?? Hahaha.. Pukul 11, kami hantar kereta Saga yang kami sewa balik. Harap-harap, orang yang sewakan kereta tu tak serik nak bagi kami pinjam.. (risau ni.. serius)

Balik bilik, takde apa mampu dibuat dah. Fadh kemas beg siap-siap. Aku? Tertidur. Mujur terbangun tengah malam tu untuk solat. Kalau tak, penat den nak ganti.

Bersambung...

Ahad, 5 Jun 2011

Trip Ke KK part 1

Saje aku letak link..

Trip ke KK part 2

Trip ke KK part 3

29/5/2011
Pukul 3 pagi aku dah bangun kejutkan si Fadh dan si Saufi. Lepas aku kejutkan diorang, aku sambung tidur balik. Apa kelas bangun awal-awal? Aku bukannya perlukan masa pun untuk bersiap. Lain la Saufi. Lalala.. Pukul 3.30 baru bangun untuk bersiap.

Pukul 4.20 pagi baru Pakcik Lan sampai rumah aku. Dia ambil Saufi dengan Fadh dulu. Perjalanan ke KLIA tak lama. Tambah-tambah lagi, Pakcik Lan ambil MEX. Kejap je sampai. Sampai di KLIA, aku keluarkan keropok lekor dan kuih wadeh sejuk yang tak habis makan semalam. Aku makan sorang. 2 orang kawan aku tu tak tergamak kot!! Hahaha!!

di KLIA
Acap sampai, terus check in. Kami naik Fireflyz. Beli pakej tiket dan hotel RM292 semua sekali. Hand luggage je.. Takde luggage lebih-lebih.. Balik nanti baru beli standard set (ada makan dan lagej). Flight berlepas pukul 6.40 pagi..

Dalam flight, Fadh yang gayat duduk tepi tingkap. Dia layan tidur je la. Aku pun terpengaruh. Saufi dengan Acap makan. Saufi yang tengah diet makan hotdog je.. Acap makan nasi lemak. Hampeh sungguh tak ajak kami makan sekali!

Mendarat je, kami disambut oleh pihak fireflyz (kami amik pengangkutan ke hotel). pergi check-in di hotel Gaya Center. Surprisingly, kami boleh check-in walaupun masa tu baru pukul 10 lebih. Lepas bersiap lebih kurang, aku dan fadh terus pergi cari sarapan. Haha!! Takde lagi orang jual sarapan pada pukul 10.30 pagi di KK ye! maka kami pun menuju la ke Suria Sabah. tak jauh.. Depan hotel je ha
Nama hotel ni Gaya Centre tapi Akronim dia CBS. Aku pun tak paham
Suria Sabah ni kira macam Suria KLCC la kot. Tapi takde hypermarket. Boleh pulak gitu!! Pelik sungguh! So, tak dapat la Fadh beli sarapan dia (tu la.. ajak makan keropok lekor keras tak nak..). Mujur ada roti coklat aku yg dah expired. Dapat gak dia alas perut.

Suria Sabah
Kereta yang kitorang sewa sampai pukul 11 pagi. Tapi masa tu, Saufi dan Acap masih belum habis bersolek. Kena la tunggu. Aku teringin nak tengok Pasar Tamu tapi keadaan kat KK agak sesak. Susah nak cari parking. Ditambah pula kitorang memang tak berapa reti kawasan KK, maka tidak la jumpa Pasar Tamu..

Acap bawa kami ke Pantai Karambunai. Pantai ni adalah hak milik persendirian ok! Maka, silalah bayar RM10 untuk masuk. Dapat air tin sorang 1. Karambunai ni teluk kot sebab tengok dia takdelah berombak. Mandi best kot tapi masing-masing tak bawa baju. Aktiviti air yang lain pun banyak tapi disebabkan masing-masing nak berjimat, maka kami pun sekadar bergambar la di situ. .tapi serius aku teringin nak main Fun3!! huhu. Oh, kami juga dah merasa main Catur Raksasa ye! Seronok gak tapi main separuh jalan sebab rupa-rupanya catur tu merupakan check point orang main treasure hunt.. huhu.. Sorry!
RM10 ye per entry
Ada kerusi untuk lepak-lepak ye
Ni la catur gergasi tu..
Masa balik, Kami singgah 1 Borneo. Orang kata ni shopping complex terbesar di.. err... di.. Sabah? Masa tu aku dan Fadh memang dah lapar gila. Kami makan di Apple Cafe. Secara keseluruhan, makanan memang sedap tapi aku memang cadangkan korang makan nasi campur sebab dah la sedap, murah lak tu. Fadh ambil nasi, daging goreng, ikan stir fried dan kailan, harga rm5 je..

Takde la lama pun di 1 Borneo.. Sekadar untuk bagi peluang kat Saufi dan Acap beli barang keperluan dorang (serius, gi jalan-jalan beli syampu.. apakah?) Acap juga beli coklat durian.. memang sedap la coklat tu!

Sampai KK, kami naik Bukit Bendera pulak (korang tak silap baca, aku tak silap taip-memang Bukit Bendera). Kira macam Look Out Point la ni.. Boleh nampak satu KK. Buat apa lagi di tempat macam tu? bergambar je la.. dah puas bergambar (dan Acap, melompat), kami balik ke hotel.
Dari kiri: Fadh, Saufi dan Acap

Konon, si Saufi kata, pukul 7.30 malam kami akan keluar makan di Tg. Aru. Acap kata ada kedai seafood sedap. Pukul 7.30, masing-masing terlelap. Terutama Acap, tapi memang la. Penat kot.. Keluar rumah awal pagi, lepas tu jadi driver. Masa dia drive, aku dan Fadh bantai tido. Lalala..

Tiba aku bangun pukul 8. Aku telefon bilik Saufi lagi. Dia kata kat luar hujan dan Acap masih tidur. Dia kata bagi masa 15 minit lagi dan lepas tu aku tekan loceng bilik dia. Aku tunggu dan tunggu.. Dah lebih 15 minit, takde pula si Saufi alertkan aku kata dah siap. menunggu punya pasal, aku dan Fadh tertidur lagi. TIba bangun dah pukul 8.45 malam. Apa kes? Takkan budak 2 orang tu tak siap lagi? rupa-rupanya mereka berdua sedap minum air milo kotak (beli di 1 Borneo) sambil tengok movie. Alasan mereka ialah, "Akak tak tekan loceng pun". What??? Apa salah kalau dah siap tu beritahu? salah ke? salah ke?

Mencari kedai makan di Tg. Aru pun satu hal juga. Acap ingat-ingat lupa jalan dia yang mana satu. Siapla si Saufi menggunakan GPS pada telefon dia mencari jalan. Huhu.. Kadang-kadang, GPS tu tunjuk kami tengah jalan atas air! Magik ok! Masa cari jalan tu, sempat gak la ushar air pancut berlampu di Perdana Park.
Air pancut berlampu di Perdana Park
Setelah mencari jalan selama 45 minit, kami jumpa juga kedai makan tu. Kami order ikan bawal masak 3 rasa, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, sotong kangkung, benjo (ni Acap la ni. Ajak makan seafood, dia leh order benjo), telur dadar (tapi tak dapat. tapi takpe la.. tak dikira masa bayar) dan air buah. Jumlahnya semua RM91 (mahal ke murah?)
Yup.. memang simple macam ni je masakan dia. Tapi sebab fresh dan di buat garing, sedap gak. Atas tu benjo si Acap
Sotong goreng tepung. Sedap!
Nampak cikai je kan? Tapi sedap
Habis makan, kami balik dan tidur terus. Esok nak pergi ke Kinabalu Park dan Kundasang pulak. Acap kata kena pergi awal kalau nak tengok matahari terbit. Huhu.. dapat tak agaknya ye?

Bersambung...

Update: Kebanyakan gambar adalah ihsan daripada Fadh (tapi ada gak beberapa gambar aku pau dari Google). Aku belum transfer gambar lagi. Lalala.. Semua gambar boleh di klik untuk dibesarkan.

Rabu, 1 Jun 2011

pre-update blog

Bila kali terakhir aku update kau? Tak terlalu lama kan? Kalau dah lama sangat, maafkan aku ye blog. Bukannya aku dah mula melupakan kau, cuma, kau faham-fahamlah aku ni. Kalau dah ada benda lain, memang payah nak update kau.

Apa yang aku buat sampai aku tak update kau (aku takkan gunakan terma tak hiraukan sebab aku memang kisahkan keadaan kau)? Hurmm.. Macam biasa la.. Baca komik, tengok youtube.. Aku sekarang tengah ketagih tengok klip Dayunhaji kat channel orang ni. Huhu.. Seronok tapi kadang-kadang melampau gak la..

Semalam pula, aku nak menulis entry sebenarnya tapi tiba-tiba je elektrik terputus.. Maaf ye? Aku janji, bila semua dah pulih, aku akan cerita kat kau pasal aktiviti merayap yang aku dan kawan aku dah lakukan beberapa hari yang lalu..

Cukup la ni dulu. Esok nak kena pergi sekolah. Ada kerja. banyak kerja sebenarnya.. Doakan semua kerja aku siap ye

Parah! Sejak bila la blog boleh berdoa kan? Huhu..