Guys! Take note!!
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini
antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan
suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada
kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda,
terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang).
Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu
macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia
tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar
mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik
abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol.
Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian
pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena
repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran
kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh
kekasih mereka...macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum
wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan.
Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan
untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si
gadis.Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam
kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak
salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun
memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri
janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah
yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum
lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang
memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka
berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis
akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii...lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka
ini berkerjaya baik,berpenampilan menarik dan mempunyai
wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi
lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan
seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini
yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada
paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu...ada
wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...hahaha
sedarlah!
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni.
lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan
pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya.
Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang
hendak mementingkan perasaan kekasih...egolah katakan! Tidak
semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang
memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi
kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas
pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita
,alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya?
Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan
dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang
ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak
tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak
selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut
kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus
diingat,bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya
cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai
dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan
kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun
gelarannya 'lelaki spedo'.Mereka tak kisah nak kikis duit
kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik
diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan
kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata
duitan...apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja
apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula
bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja
yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan
kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama
teman wanita. Paling tidak pun,seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya
kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai
membahagikan masa...
13. PANAS BARAN
Aduiii...masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap
seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran.
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada
juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap
menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi
diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau
siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka
yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah
bang!Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada?
Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya,
cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal
sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita.
Asyik berasap sana sini,naik lemas dengan bau dan asap
rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau
habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini
tidak...asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau
asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga,
ini tidak...membawa kesan juga pada orang sebelah
menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa,
dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit.
Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan
duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada
yang pengotor.Terutama bab meludah atau membuang kahak
merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar,
pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant
dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam
pun dia tak sedar.Tidakkah mereka ini terasa segan apabila
menyedari badan sudah berbau??
Entahlah...hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja
yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food
machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan
terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan
yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada
lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat
apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain
bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki
juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.
Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi
alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung
semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa
guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula
, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak
sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia
sebagai kekasih,mungkin satu hari si dia juga akan menjadi
isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan
sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia
terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan
atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura
tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka
seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan
sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau
sekadar kiasan tu,alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya. Apa salahnya
sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di
atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti
memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima
kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan
walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi
mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia
mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari
kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku
kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu
helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai
menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada
pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang
lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman,
berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu
menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen
HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda.
Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita
tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna
juga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama