hari : Sabtu
Tempat : Gunung Datok, Rembau, Negeri Sembilan
setelah dipujuk (ditipu) oleh Wong yang mengatakan. "gunung ini mmg utk beginner.. budak 4 tahun pon boleh panjat." aku akhirnya join la rombongan kaki panjat ni..
Kami naik bas dalam kul 8.15 pagi. Bertolak dalam kul 8.30. Tu pon gerak beberapa langkah je. Lepas tu singgah jap kat shell beli barang...
bergambar before naik bas..muka semua fresh..
Setelah 2 jam perjalanan, kitorang sampai ke Gunung Datuk (ada banyak gambar dalam perjalanan tapi x sesuai diapaparkan sebab semuanya aksi tgh tido). Turun je bas, terus aku buka bekalan mak aku.. Kita makan dulu!! Wong juga dah order minum pagi, bihun goreng. Atas nasihat Salma dan Wong agar tidak membazir, aku telah makan 2 round...
makan bekal yang mak bagi (dari kiri: kak hajar, aku n salma)
makan lagi (ni yg 2nd round)
Sebelum panjat gunung, kami bergambar sat kat sungai. Bertenaga lagi mmg la.. Oh, aku mmg letak gambar aku je tau. Jangan la berharap sgt tgk gmbr org lain.
kata atas empangan kecik..(dari kiri: kak hajar, aku, salma, aniza (form 5) n ami (form 5) saja gitau sbb saiz semua sama..
Pendakian bermula jam 11.30pg. Dari awal aku mmg dok belakang. Alasan konon jaga budak tapi mula2 x la belakang sekali.. Atas sikit dr fotografer (Wong). sadly, ni je la gmbar aku yg ada semasa mendaki sbb lepas tu Wong potong aku. Salma pon tinggalkan aku. Tinggal kak hajar je yg tunggu..
saje posing sana sini (aku je x pandai pose)
Tak leh salahkan Salma dia laju. Dia nak sampai atas cepat. Well, semua org cepat. Aku je yg slow. Ye la.. naik tangga pon jarang, tiba gi naik gunung. Rasakan...
Tiap kali jumpa org, soalan yang wajib aku tanya ialah, "jauh lagi ke?" macam2 la jawapan dapat... mula2, 'jauh lagi, xsampai separuh perjalanan pon lagi.." hah!!!??? jauhnye..
sampai tahap, mmg tinggal aku n kak hajar je.. Tanx kak hajar sebab sanggup teman. Masa tu, semua org yg naik atas pagi tadi (group org lain) dah mula turun. Sangat ramai yg turun. Mula la aku bertanya "jauh lagi ke?" dorang jawab "30 minit je lagi". Selepas 20 minit berjalan, jumpa lagi group.. "jauh lagi ke?" "30 minit je lagi.." tu la jawapan yang aku dapat. Tapi aku x jemu. Aku tanya gak group seterusnye, "jauh lagi ke?" kali ni lain sikit jawapannya.. "ada la 1 jam lagi.." hah!!???...
sampai 1 tahap, aku n kak hajar akan rehat kat mana je kami boleh duduk. Memang xde motivasi tul nak naik gunung ni. Takde sungai, takde air terjun. Aku nak air!! Argh,, tension!! Apa sangat la sijil naik gunung tu? aku dah penat.
Yang kagumnye, aku nampak ada la 5-6 org budak (darjah 3-6) dgn famili masing2 turun gunung. Memang xde keje lain r dorang tu...
Kalau aku, baik gi pantai. huhu... tu lom citer lagi pasal sekumpulan warga perak (dalam 40-50 lebih)...adoi... Seksa badan r dorang nih..
Jumpa kayu balak melintang jalan, aku n kak hajar duduk lagi. Aku siap pegang pokok.. Ada yanh memerli "tunggu bas ke dik?" aku pon jawab la, "xde la. Tertinggal tren.. Tengah tunggu next tren"..huhu...
dah nak sampai atas dah ni, (setelah 5x 30 minit, 3x 1 jam n 15x 15minit), jumpa la sekumpulan budak sekolah n cikgu dorang kot. Orang tu tanya "Are u teachers from titiwangsa?" kami kata ya. "oh...miss wong said, they all are waiting for you.." aiyok wong... perlu ke..?
sampai atas, dorang nak daki puncak batu pulak. Aku dok lepak dulu sambil jga barang. Punya la lama budak2 ni naik, padahal batu je. Kena hambat dgn pn. zaiton, baru la nk turun. Bila dorang dah turun, giliran aku n salma la plak beraksi...
dengan salma kat ground floor puncak batu...
Sadly, aku xdpt paksa salma naik setingkat lagi. Naik la aku dgn wong... eksklusif, kami je (budak lain dah turun)
aku kat puncak
kononnya tapak kaki hang tuah. Yang peliknye ada 1 je. Dah la sama saiz dgn kaki aku.. Percaya je la..
Puas bergambar, turun balik, kemas barang, bergambar, kami turun balik. hurm.. planning utk pertandingan memasak terpaksa cancel sbb xsempat (aku punya pasal la tu...).
Perjalanan turun ke bawah ambil masa separuh dari naik. Budak2 ni mmg la tere. Stamina memangg power. Laju je.. Sampai ada yg tapak kasut tertanggal. Tapi paling respek dgn wong la. Dia maintain je walaupon kena bersusah payah menjaga kamera mahal dia tu..
bergambar sebelum turun..wong yang xpakai tudung, baju t shirt biru lengan merah.
Kami bertolak balik jam 5.30 ptg. Singgah solat n makan kat r&r seremban.. sampai sekolah kul 8.30 malam.
Sengal kaki xyah cerita la. Aku punya lenguh hilang pada hari rabu (8/7/09).
Huhu... Taubat... Lepas ni, apa je Wong ckp, aku xkan caye.. Walaupon dia kata 1+1=2 pon aku xnak caye... Takde la senang pun daki gunung tu.. Penat weih...
Tapi takpe la. Ada gak pengalaman aku sekali. Cukup la tu. Tak nak lagi dah. Kalau gi pantai aku nak. Ada sape2 nk ajak?
Huhu... Taubat... Lepas ni, apa je Wong ckp, aku xkan caye.. Walaupon dia kata 1+1=2 pon aku xnak caye... Takde la senang pun daki gunung tu.. Penat weih...
Tapi takpe la. Ada gak pengalaman aku sekali. Cukup la tu. Tak nak lagi dah. Kalau gi pantai aku nak. Ada sape2 nk ajak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama