KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 21 November 2011

Dia dah kahwin.. Aku?

Selalu, kita tak hargai apa yang kita ada. Jangan cerita pasal keperluan la. Benda yang kita perlu memang kita perasan. Maksud aku sekarang ialah benda yang kita tak perlu (bukan tak guna, tak perlu).

Aku mudahkan cerita. Aku berkawan dengan seorang ni (lelaki). Hurmm.. Kawan biasa. Kenal di FB.. Entah macam mana, boleh masuk pula. Tak lama lepas kami berkawan, dia bertunang. Aku tak kisah pun. Memang la, takkan aku nak marah semua kawan lelaki aku yang bertunang kan? Kami berkawan seperti biasa.

Kami selalu keluar sama. Dia baru berjinak-jinak dengan fotografi, jadi dia memang suka nak tangkap gambar aku sebagai latihan. Aku pula, mula-mula memang la segan tapi lama-lama jadi syok pulak perasan cun ni.. heheh...

Kami juga selalu berbalas SMS. Boleh dikatakan dalam sehari, lebih 10 sms memang untuk dia. Kalau bukan aku yang cari dia, dia yang cari aku. Adakah ada perasaan lain yang terselit? Entahlah. Yang pastinya, kami dah biasa dengan kehadiran 1 sama lain.

Dulu kami pernah berjanji, menjelang sebulan sebelum dia berkahwin, kami akan berhenti SMS. Kami kena belajar untuk tidak saling berhubung. Tapi disebabkan kami dah biasa berSMS, kami tak perasan yang tempoh sebulan sebelum bernikah tu pun kami masih berSMS. Jangan kata SMS, kami siap keluar makan sama lagi. Kami seperti tak bersedia untuk berhenti berhubung seperti sebelum ni.

Semalam dia berkahwin. Aku hadir ke majlis persandingannya (sebelah perempuan) tapi aku tak pergi menyapanya sebab pengantin perempuan tak suka aku (hehehe). Pulang dari majlis, kami masih berSMS. Masa tu, dah keluar ayat syahdu-syahdu la.. Macam-macam nasihat aku bagi. Aku memang kawan yang baik (chewahh!!)

3 jam berlalu tanpa SMS dari dia. 3 jam yang sangat kosong sebab masa ni memang la masa kami dok berbalas SMS. Aku mula rasa kehilangan. Aku tak biasa. Sebab tu aku minta tempoh sebulan untuk berlatih tak SMS dia. Tapi...

Sekarang aku sedar, ada masanya kita memang takkan bersedia untuk sesuatu perkara. Kita berharap masa akan buat kita bersedia tapi kita tetap takkan cukup bersedia. Aku nak bersedia kehilangan dia sebab dah pasti lepas ni kami takleh dah berkawan macam dulu. Aku ingat tempoh pertunanagn mereka selama setahun cukup untuk buat kami bersedia untuk move on dengan kehidupan masing-masing tapi rupa-rupanya tak.

Tapi, seperti kata kawan aku dulu. Ada sesetengah perkara kita memang takkan bersedia tapi kita akan hadapi juga jika terpaksa. Macam orang yang dicampak ke laut. Nak tak nak, dia akan usaha apungkan diri dia supaya boleh terus hidup. Sama juga dengan keadaan aku sekarang. Aku rasa kosong (well, tak la kosong sangat tapi ruang yang biasa diduduki oleh dia sudah kosong sekarang) tapi nak tak nak, aku kena hadapi. Aku kena cari cara untuk mengatasi rasa kosong yang aku alami sekarang...

Aku ingatkan, bila dah banyak kali ditinggalkan, aku takkan rasa sedih. Rupa-rupanya sedih itu tetap ada, cuma aku makin matang dalam menghadapinya...

Kepada dia, semoga bahagia selamanya dengan isteri tercinta..

6 ulasan:

  1. Sy pun mcm awk.. susah nak isi kekosongan tu. Dia dah tentu berteman, kita yg masih kesorangan.

    BalasPadam
  2. huhu... nak buat macam mana.. nak tak nak, hidup kena teruskan jugak. aku cuma berharap tuhan akan berikan yang lebih baik di masa depan =)

    BalasPadam
  3. Ya hidup mesti diteruskan.. mungkin ada hikmahNya. Patah tumbuh hilang berganti.. tapi takkan sama yg lama.

    BalasPadam
  4. nope. takkan ada yang sama dengan dia. tuhan jadikan tiap orang berbeza.. tapi macam yang aku kata, mungkin, lagi sabar kita dengan dugaan tuhan, lagi baik ganjaran yang kita terima..

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama