KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 21 Julai 2011

HOSPITAL KERAJAAN MEMANG TERUK!

Aku baca status FB seorang kawan fb aku. status dia berbunyi begini..
"apabila hospital swasta dah macam klinik kesihatan kerajaan,punyalah ramai..apa tandanya?rakyat semakin mewah atau rakyat dah tak larat nak tunggu..."

Apa agaknya respon dari kawan-kawan dia? Apa agaknya respon korang pulak?

Hah! aku tahu, rata-rata korang akan salahkan hospital kerajaan yang lembab.. tunggu berjam-jam tapi tak panggil-panggil lagi. Dapat pula lepas tu jururawat bapak la garangnya. menengking sahaja kerjanya.

Betul tak?
Well, orang yang menunggu tu, bukan menunggu dari petang semalam atau malam tadi. Mereka pun baru sampai pagi tadi. kaki tangan hospital secara logiknya akan punch card pukul 7.30 pagi. Jadi, secara logiknya kaunter akan dibuka pukul 8.00 pagi.

Bilik rawatan memang la banyak tapi orang yang datang lagi ramai. Jadi secara logiknya perlukan la masa untuk layan seorang demi seorang kan?

Sila ingat juga yang caj yang dikenakan oleh hospital kerajaan adalah murah. Jadi, secara logiknya, semua orang berpusu-pusu ke situ. termasuk la juga warga asing. dan korang sendiri tahu betapa ramainya warga asing terutama di KL ni.

Korang rasa korang mampu? Sila la pergi ke hospital swasta. Perkhidmatan mereka mesti tip top. Korang daftar kata nak check sakit perut je, terus dia akan tahan korang, bagi minum 4 jag air, lepas tu ajak buat ultrasound.

Kalau hospital kerajaan, korang memang kena beratur kalau nk buat pembedahan. Kalau hospital swasta, lepas check je ultrasound, terus dia konfemkan masa pembedahan pukul 2 hari yang sama. Terus dia boleh diagnose penyakit ko kata cystic ovary. Dia assignkan doktor sakit puan terbaik yang dia ada. Lepas tu masa bedah, tengok-tengok rupanya apendiks yang pecah. Takpe, no problem! Panggil doktor lain.

Kalau hospital kerajaan, takde maknanya la doktor nak jumpa ko selalu. Dia banyak pesakit lain. Tapi kalau swasta, doktor sakit sakit puan pun jumpa ko.. doktor yang rawat apendiks pun jumpa ko. Gila caring mereka nih

Makan pulak, aiyo.. kalau hospital kerajaan sangat tak sedap ok? Kalau hospital swasta, ko nak apa? cakap je. Semua boleh dapat. Kalau staf tak bagi makanan yang ko nak, ko boleh baling tray dekat staf tu, ko boleh maki dia sesuka hati. Diorang takkan angkat muka punya.

Kalau hospital kerajaan, macam tak sabar-sabar je nak halau ko balik, tapi kalau hospital swasta, takpe.. duduklah.. sampai awak betul-betul sihat.

Aku pernah mengalami apa yang aku ceritakan di atas. Nenek aku pembedahan apendiks di hospital kerajaan. Aku pula pembedahan apendiks (pecah) di hospital swasta. Aku duduk di hospital selama 9 hari. Aku hanya boleh makan bermula pada hari ke-6. Hari 1-5 aku bergantung pada drip. So, nak lepas geram, memang aku bantai order sanwic tuna tiap malam dan order macam-macam makanan. Tu belum cerita aku tengok TV tanpa henti.

Sebab apa perkhidmatan hospital swasta sangat terbaik? Sebab, kos bilik sahaja RM128/hari. Kos makanan pula RM46/hari tak kira la ko boleh makan atau tak. Kos pembedahan aku tak pasti tapi yang aku pasti, tiap kali doktor datang jumpa aku tanya aku ok atau tak, tiap kali tu juga aku dicaj tak kurang dari RM100. Silap-silap aku kena caj RM1000 kot untuk 1 lawatan?

Ye ye je aku cakap kan? Memang ya pun. 9 hari aku di hospital, kos rawatan aku adalah RM18k! yup, korang tak salah baca, aku tak salah taip. RM2k/hari. korang agak-agak la macam mana. Dahla pada hari aku dah boleh balik, bila aku nak minta surat keluar ke apa tah (aku tak ingat) orang hospital tak bagi aku balik dengan alasan, aku tak habis lagi bayar bil.

Masa tu, serious shit aku nak jerit " Kau bodoh ke apa? Dah tau aku takde duit, nak simpan aku lagi buat apa? Lagipun, takkan la aku nak tipu ko? Lagipun, korang mesti dah check aku ada GL ke tak baru korang operate aku dengan happy kan?" tapi aku masih muda. Diamkan je la

Kesimpulannya, perkhidmatan hospital kerajaan adalah teruk dan perkhidmatan swasta adalah terbaek! Sila pergi ke swasta kalau korang mampu. Biarkan hospital kerajaan ni untuk orang-orang miskin je. Sila kesian kepada doktor-doktor kerajaan yang nak merawat terlalu ramai orang sakit. Dan silalah sokong doktor-doktor swasta tu. Kalau korang tak pergi swasta, macam mana doktor-doktor sekalian nak buat duit? Buat penat je diorang melobi Menteri Kesihatan supaya pendekkan tempoh kontrak ikat dengan hospital kerajaan.

Tapi, kalau korang nak juga pergi ke hospital kerajaan, sila berhenti merungut! Aku benci orang yang suka kondem orang lain. Ko tak duduk di tempat orang tu. Jangan kondem lebih-lebih. Nak tegur takpe. Kondem jangan!

Arghh!!! Aku membebel panjang-panjang lagi. Padahal tadi niat nak buat entry pendek je.. BENCI!

p/s: Nak letak gambar apa ek??

75 ulasan:

  1. :D Rasanya kalau kurangkan "komplen" negara akan lebih aman!

    Kadang-kadang bila taraf hidup sudah meningkat kita lupa cerita orang "level" bawahan...

    Apa pun tetap bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan..

    BalasPadam
  2. kan?? ada sesetengah orang tu kuat sangat mengomplen..

    x salah merungut tapi tak perlu la kuat2 nak bagitau semua orang =(

    BalasPadam
  3. depend la. setakat ada yang teruk dan ada yang ok.. =_=

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bnyak yg tak ok..kalau cakap pasal hospital kerajaan cuba tanya org awam seorang dari dua org pasti cakap buruk pasal hospital kerajaan..macam2 diorang komplain..saya tak tuduh kalau tak caya cuba tanya kawan2 atau jiran2..maknanya tahap masalah atau keailapan di hospital kerajaan tinggi..kena hati2 lah lepas ni

      Padam
  4. pergi ke swasta bukan tiket utk baling2 tray makanan ataupun dapat layanan sepantas kilat...

    BalasPadam
  5. yup. Tapi itu realiti. Salah cakap sikit, dia turun cari kita kat dapur. Makanan dia tak berkenan, dia baling je tray. pada dia, itu hanya sesuai untuk anjing sedangkan dia bayar mahal masuk hospital tu..

    bercakap dari pengalaman masa praktikal di hospital swasta

    BalasPadam
  6. hospital kerajaan skg pun dah banyak improve dah. terutamanya wad pediatrik dengan wad bersalin :) berckp berdasarkan pengalaman kat GH. tapi wad biasa, memang tak boleh nak improve lagi dah. ramai sangat orang yang sakit.

    BalasPadam
  7. yup su.. terlalu ramai pesakit sebenarnya kat hospital kerajaan tu.. tu sebab perkhidmatan tak selaju hospital swasta yg mesti ada duit baru boleh proceed.

    orang tak tau betapa staf hospital dah cuba jalankan tugas dorang sehabis baik. yang dorang tau, kondem je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aq admit ritu dok dgr dok ketawa mngumpat kt kaunter,air botol aq xtukar dh hbs dr pg ke petang baru dtg tukar smpai jdi darah beku kat tiub.ape yang bz?

      Padam
  8. betol2. jangan mengharapkan mendapat sesuatu yg besar jika hanya memberikan sumbangan yg sangat kecil. jangan harap layanan yg khas kalau taknak berbelanja lebih. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Nk sedap bayo la lbih... H.kerajaan pon ok je cuma tlalu byk pesakit kdg2 kesian kt staff dorg xde rehat asik muka yg sama je tmasukla doktornya
      ...

      Padam
  9. mgkn awok ni orang kaya...klu orang miskin rm100 atas xmampu

    BalasPadam
  10. muhamadsufian89: betul3.. kalau rasa diri mampu keluarkan duit sikit, sila la bersedia untuk bersaing mendapatkan perkhidmatan. Kalau rasa duit banyak, jangan menyibuk kat hospital kerajaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak ni kakitangan hospital ni defend lain macam..pernah buat kesalahan ke..nampak lain macam je komen..bnyak sangat komen..hihihi..tanya je

      Padam
  11. Man: awak kata sape yang kaya? saya ke? well, saya dapat masuk hospital tu sebab insurans tempat keje ayah saya cover. Kalau ikutkan, kami nak pergi HUKM je..

    Kalau saya kaya, xde nye mak ayah beria suruh kerja kerajaan.. Tujuan suruh kerja kerajaan sebab nak dapat benefit pencen dan hospital la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, olahan ayatnya memperlihatkan sifat bongkak, xselamanya kita diatas. Ingat tu

      Padam
  12. pndapat aku yg pernah 4-5 kali ke hospotal gomen..mm mmg teruk.tp redza aje :)

    BalasPadam
  13. kan? redha je la.. dah tu je yang kita mampu.. nak demand lebih2 pun, bukannya banyak kita sumbang pada negara ni.. =)

    BalasPadam
  14. saya dapat layanan baik kalau pegi dengan ayah saya atau guna nama ayah saya je.. kalau pegi sendiri mcm sy buat kat penang haritu, alamatnye bertapa la ko kat situ 8 jam untuk habis check up.. muahahaha tapi tak pe.. pengalaman pahit;p

    BalasPadam
  15. nape ek? ayah awk pangkat besar eh? ke ayah awak keje kat hospital jugak?

    BalasPadam
  16. sara-

    sy nak luahkan perasaan sy pg Hptal krajaan nih.

    1st - sesetengah staf hospital melayan pesakit dengan cara yg kurang sopan. ape diorang ni xde belajar etika ke mase blaja dlu?.. kalau x blaja pon. boleh fker kan adab dan kesopanan sbagai org melayu!

    sy masa stdy dlu sy pg la hptal krajaan sbb sy dmam. tp mase tu ade kes h1n1, so sape g hptal dmam. kene cek skali ade x jngkitan h1n1.
    sy pon tgu la berjam2 lmenye, tp xpe.. sy sabar.. ble smpai gliran, dr india yg check up. die tye sy last period bile, sy terlupe, so sy jwb tragak2.. coz sy confuse tarikh bln lpas dgn lpasnye lg. sy pnye period x menentu.. die tros ckp u mengandung eh!. sy ckp, sy blom kwen la dr. then die soh sy g cek urine.. sy bdoh x tw yg cek urine utk org2 prgnant!. sy pg la.. smpai2 kate nurse yg bhgian urine test tu ckp.. da kwen blum?, sy ckp belum.. trus die ckp "rosak budak ni".. pehhhhh byangkan lah perasaan sy depan org yng rmai dkat SULTANAH AMINAH tu!.. then die cek negative,, trus die syap.. tp die da calarkan maruah sy.. Dont judge sesuke hti la!!!

    wahai nurse2 semua... orang yang lg pangkat besar dari kamu tak sebelagak n kurang ajar mcm kamu!~..

    terima kasih!!!

    BalasPadam
  17. Sara: Kawan saya pun pernah kena tuduh macam tu. Dia period pain teruk so doktor tanya adakah dia sexually active? Bila kata tak, doktor tak caya.. memang tah apa2..

    Tapi, maafkanlah mereka. Bukan dorang berlagak dengan jawatan dorang tapi memang TERLALU BANYAK kes budak pregnant before kawin. Datang kata sakit perut sekali tengok ada baby.. Masa tanya tak nak ngaku.. Tapi dah kantoi, nak kata apa kan?

    Anggap la tu mmg precaution step dia.. Jangan ambil hati sangat. Kita penat tunggu, dia penat kerja.. Sabar ye =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Klo perempuan sakit perut mesti doktor akn persoalkn piriot smuatu bkn ap sbb bila teruskn pemeriksaan kena xray... Ramai xtau xray tu jd bahaya kpd baby dlm perut(klau ad la)...

      Padam
  18. Belajarla bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan..tak dinafikan pesakit sekarang pun makin demanding..doktor pun kadang2 di"order" sesuka hati. Tidak perlu angkuh dengan duit yang anda ada.. Cuba bayangkan workload staff hosp kerajaan berbanding swasta sebelum anda mengeluarkan kata2.. Dengan hanya bayaran seringgit tak perlu rasanya mengeluarkan kata2 begini di dalam blog. Semoga anda dapat turunkan sikap ini kepada anak anda yang mungkin akan bergelar doktor dan berkhidmat di hospital kerajaan di masa akan datang.Allah knows better..wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa awak tak faham isi blog saya ni. Saya berada di pihak mana, dan apa saya cuba sampaikan.. tolong jangan bias masa baca tajuk.. dan kalau boleh, baca komen sekali.

      Famili saya ramai yang kerja kerajaan dan khususnya di hospital.. Saya rasa awak perlu belajar mencari isi penting, faham dan jika ada sindiran di sebalik sesuatu petikan, sila fahamkan

      Padam
    2. OWh.. Mungkin sy salah baca kesimpulan yg awk buat tu..
      " kesimpulannya perkhidmatan hospital kerajaan adalah teruk dan perkhidmatan hospital swasta adalah terbaek"

      Can u define teruk for me.. Heheh..

      Its ok.. If u prefer nk g swasta.. Tp jgnla tulis biarkn hosp kerajaan tuk org2 miskin je. Nampak mcm meninggi diri di situ...

      Peace...

      Padam
    3. saya tak rasa awak adalah audience yg sesuai untuk blog saya. sbb kalau awak faham blog sy, awak xkan bg komen begitu. sila baca betul2.. take your time. tapi kalau awak tetap rasa yg saya berlagak, then, jangan baca blog ni lg sbb sekali lagi, awak bukan audience blog saya. org yg kenal sy tau betapa sy membela hospital kerajaan.

      itu baru sy berlagak. come on la. aku penjawat awam kot. aku tau la workload government staff mcm mana..

      and seriously, bila nk quote, jgn quote sebahagian je.. tu mmg taktik nk menjatuhkan org

      and lastly.. don't you know what synical means? sinis.. sindir.. awak tau x? kalau xtau dan xfhm, sekali lagi, jgn baca blog ni.. sy org yg sinis dan sy x larat nk explain setiap kesinisan saya.

      Padam
    4. Jgn cpt melenting bila terima kritikan..as salam

      Padam
    5. saya x melenting kalau yang dikritik adalah benda yang betul. ni benda yang dituduh tu x tepat. siap saya dah explain, pun nak kondem saya gak. come on la.. sape yang beria xleh terima penjelasan di sini?

      entry pun dh trg2 tunjukkan sy di sebelah sape. x cukup dgn tu, dlm komen pun dh tunjuk sy side sape. tapi x... awak jugak betul, sy gak yang salah.. adat datang rumah org, nk menegur tu boleh.. tapi bila org dh bg penjelasan, hadam dulu penjelasan tu.. bukan ckp ikut sedap..

      dan sekali lagi, kalau awk xleh nak hadam kesinisan saya, jgn baca blog ni.. ini bukan sy menghalau.. cuma sy ingatkan je sbb akan ada banyak bahagian lain yg lg awk xleh terima. ada paham?

      Padam
  19. Saya lebih suka ngan hospital kjaan utk berurusan harian (dtg la awal-awal pagi utk buat rawatan utk elakkan 'traffik' manusia) di samping gear berurusan ngan hospital swasta (utk rawatan sokongan).

    Utk 'medical check up' sya lebih gemar hospital k'jaan krn ia lebih baik & teliti berbanding hospital swasta (khususnya bagi kes-kes bersalinan).

    Dr segi pengalaman sama aje kot. Berdasarkan pengalaman kena ambil darah anak sy yg kena demam kuning (jaundis), atendan hospital & poliklinik kjaan lebih nampak cool, berinteraksi dgn babi dulu sblm ambil darah, baby kena cucuk pun tak nangis sgt & mrk buat kerja ambil darah depan mata kita). Ini berbeza dgn atendan atau jururawat hospital swasta yg pernah saya pi. Dah la anak sya nangis & jerit sakan, mrk buat kerja pun nyorok-nyorok & halau mak bapak baby keluar (nampak sgt cam tak pro @ baru habis praktikal aje..). Jadi tak usahlah bangga sgt-sgt ngan hospital swasta nie….

    Cuma ada ketikanya saya juga suka pilih hospital swasta, khususnya jika penyakit kita dah sampai tahap akut @ kritikal. 'Better' pi cari hospital swasta sbb mrk boleh beri servis / 'operation' pada KADAR SEGERA. Tak perlu tunggu-tunggu lama atau buat appointment berjela cam hospital k’jaan). Tapi kita jgn konndem hospital gomen & kita kena faham bhw org yg berurusan ngan hospital k’jaan tersgtlah ramai & nisbah doktor-pesakit jurangnya amatlah besar.

    Ttg layanan bagi saya sama aje baik di hospital kjaan maupun swasta. Mungkin layanan hospital kjaan tak ‘sehebat’ hospital swasta disebabkan faktor kurangnya sumber manusia & ‘$$$$$$$$$’. Lagi satu faktor sikap (attitude).
    Apapun setiap hospital kjaan maupun swasta itu ada pro & kontra. Bersyukurlah seadanya. Tak perlu kondem hospital kjaan tak bagus atau hospital swasta lebih hebat. Sebab saya rasa kedua-dua hospital (k'jaan maupun swasta) ini saling melengkapi antara 1 sama lain). Lagi satu yea....walau sehebat mana & secanggih mana hospital swasta kita pi, jika berlaku sesuatu komplikasi yang 'maha hebat', pesakit akan dirujukkan juga ke hospital besar kjaan (itu belum termasuk kes polis yg kena buat 'post mortem).


    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sendiri prefer gi klinik/hospital kerajaan sebab kita tau dia punya khidmat bukan bermatlamatkan keuntungan.

      Cuma, sekali lagi, kekangan masa. Hospital kerajaan ramai klien dia. Kalau tak sanggup tunggu atau tak nak kena marah dengan nurse (siyes, kalau kita pun, dah penat, org buat perangai, sape tak marah kan?), sila la gi hospital swasta yang klient dia kurang sikit bilangannya

      Padam
  20. Ada duit budi bahasa dan layanan tip top. X da duit hilang semua. Inikah bahasa menunjukkan bangsa. Budi bahasa budaya kita.. Service mesti kena jaga la baii walaupun gomen. X semestinya swasta. Kenapa nurse2 kat gomen tu dah hilang sivik ker kerja sepital gomen? Ingat, walaupun org awam byr murah, tapi awak bekerja dibayar gaji. bukan gomen minta awak beri service percuma.ingat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. uish.. kalau x berada di tempat seseorang, jangan mudah menuduh.. Kadang kala, mereka kena garang supaya org/pesakit ikut arahan. Sebab, ada sesetengah pesakit memang sengaja tak nak ikut arahan.

      dan, mereka juga manusia biasa, ada tahap kesabaran, kalau xde sebab, takkan mereka marah kan?

      Dan, memang kadangkala mereka ada silap. Tapi sape yang tak buat silap? Siapa yang tak pernah marah? bukan masalah gaji kat sini. masalah beban kerja. terlalu ramai pesakit.

      Itu sebenarnya isu yang saya kemukakan. Bilangan pesakit terlalu ramai berbanding kaki tangan hospital kerajaan.

      Padam
    2. Salam buat semua. Pg td km (5 org) pergi ke JPN utk ambil surat tawaran naik gred. Lps isi borang ke Mahkamah Rendah buat akuan sumpah - percuma. Jam 11.25 bergegas ke Klinik Kshtn (KK) lebih kurang 4 km. Sampai dkt kaunter nak tanya je pasal nak buat MC, kerani tu terus minta semua borang MC km n terus bg 3 borang utk diisi. Siap isi borang terus ke bilik 4A - cek mata, bp, berat n tinggi. Lps tu kaunter 13 utk urine, bilik 16 utk xray, last naik aras 1 cek gigi. Jam 12.55 tgh beres n nak tunggu keputusan 'urine' n jumpa doktor pd 27.6.2013. (Lmbt pun x pa, SPP bg masa 60 hari). Bayaran 0-PERCUMA YA! Terus ke ofis kejut kerani yg dok tidur (time break, kan). Senyum je ambik semua surat menyurat km ber5 n km pun-MAAF n TERIMA KASIH BANYAK2 KACAU TIDUR n REHAT ANDA. Sebenarnya bila sy sakit KK tu lah tempat sy buat rawatan. Sokong KK, sbb 8 anak bersalin n semua rwtn dkt Hosp. K'jaan n anak ke 2 sy tahun dpn akan tmt studi medic (JPA taja 250k). Syukur kpd Allah dipermudahkan sgl urusan km hr ni. Terima kasih para doktor n jururawat. Guru tua baru lulus temuduga........

      Padam
    3. sbnrnya, pape pun sy mmg prefer hospital gomen. prosedur mmg lebih sikit. biasa la.. bukan duit dia.. byk la tingkat kena lalu..

      err.. tapi, rasanya sy x tergamak nak kejut org tdo. sy tggu je la smpi waktu rehat habis. sambil tu, sy g la mana2 dulu..

      Padam
    4. mmg ade yang ok...nurse kat hospital kerajaan..tapi terigt kisah aku kat sana..bawu operate 2 bulan lepas...kelas besar jugak..operation tmj...ni pon sebab kecuaian doktor temerloh tak nak masuk besi kat muka masa patah tulang muka...masa 4 hours lepas operate..saya muntah darah 6 kali..paling saya sakit ati masa mintak plastik muntah...tapi nurse tu wat derk although dia nampak saya nak plastik..saya cakap la sorang2 kat situ...saya cakap kalu tak bagi takper...jika saya termuntah jangan salahkan saya...pastu..ade suara laki kata..takya bagi plastik kat dak tu....and then saya pon ngamok la...nurse tu pon datang..bagi plastik muntah..and then saya tanye sape dak laki tu cari pasal tu...dia cakap saya mamai...pastu saya dengar nurse tu cakap belakang..actually nurse laki yang sakat masa kita sakit...sejak dari ari tu...saya dendam

      Padam
    5. tapi papepon..pakar dan doktor sivik dia orang mmg terbaik..masa first time tgok muka kita len giler...kita amok sekali ag...actually bercampur dengan perasaan pasal hal plastik muntah...and saya tiada teman time tu...takde sape faham..itu mmg salah saya...amok tak pasal...tapi doktor pakar sana tetap memberikan perkhidmatan 5 star...cara mereka bercakap..dan usaha mereka untuk membetulkan wajah saya balik..walaupon tak perfect...tapi saya kagum sivik dia orang..rasa nak utus surat jer kat doktor sana....tapi papepon..saya nak refer kat pakar plastik kat usm kubang krian

      Padam
    6. Ahaha... Boleh paham.. Sbnrnya, masa sakit, emosi kita mmg lain mcm sikit. Semua benda pun jd sensitif.. Mungkin sbb tu kdg2 dorg malas nk melayan.. Tp xpe la.. Lps ngamok dapat kan plastik muntah tu? Hehehe

      Padam
  21. salam..tumpang lalu cik blog.just nk share.korang suma bukan semua org kaya yg masuk hospital swasta..rsnya org yg bpndapatan rm1200 ke ats jugak mampu.cna cara?ambila insuran yg include medical 1.2juta iaitu 50k sthun.yg mna korg akn dpt perlindungan mati @accdnt @pnyakit kritikal jugak dpt saving rm20k sekali.dh masuk hospitl kos rwatan insuran cover,dpt sekali elaun hospital 200/day.bnyk org tkut dgn agen insuran.but bla dh kena pnyakit kita akan tau bertapa pntingnya insurn.trust me.dgn byaran min rm100 sebulan sja.suhana-0132091353

    BalasPadam
  22. kedua-dua hosp kjaan dan swasta saling melengkapi sebenarnya. kedua-duanya ada sistemm yang tersendiri, cuma pengunjung hosp swata jauh lebih sedikit dari pengunjung hosp/klinik kjaan, jadi sistem di hosp/klinik kjaan nampak kurang efisyen berbanding hosp/klinik swasta. saya pernah pergi ke KK daerah, alhamdulillah, jauh berbeza berbanding 10 thn lalu, satu peningkatan yang baik saya kira. sebab pengunjung terlalu ramai, masa menunggu jadi panjang, itu sesuatu yang sukar dielak. bapa saudara saya pernah ditahan selama lebih seminggu di hosp swasta terkemuka utk pembedahan yg mengambil masa kurang dari satu hari dan 2-3 hari utk pulih dan bil yang terpaksa ditanggung mencecah hingga 4 kali ganda jika dibanding dgn hosp swasta yg lain, 4-5 hari yg pertama, hanya menunggu di katil dgn drip di tangan tanpa consultation atau explaination. hanya selepas sepupu saya berkeras mahukan penjelasan tentang keadaan ayahnya, baru lah doktor itu bertindak. ini berlaku di hosp swasta bukannya hosp kjaan. saya juga pernah melihat layanan buruk dari nurse di klinik pesakit diabetes & hypertension di salah sebuah hosp kerajaan. kedua-duanya ada pro & cons.
    kita mahu berjumpa dengan doktor yg bagus, dan doktor yg bagus x semestinya datang dari hosp swasta dan tak semuanya ada di hosp kjaan. buat pilihan yg bijak. buat pilihan yg sesuai.

    BalasPadam
  23. hehe.. hospital kerajaan mmg xkn tahan pesakit lama2.. ada ramai lagi pesakit yang perlukan katil tu. dan hospital kerajaan bukan la x cekap.. cuma prinsip dia sama je dgn jalan raya.. banyak kereta, jem la jalan..


    sebenarnya, entry ni bukan nak kondem hospital swasta atau kerajaan.. lebih kepada kondem sikap org ramai yang susah nak paham keadaan org yg kerja kat hospital tu

    BalasPadam
  24. Pakcik Tua yang sakit otak dengan hospital kerajaan17 November 2013 pada 5:06 PG

    yela....kalu komplen, orang la xpham kerja hampa, dah memang hospital kerajaan macam taik!!!aku ulang sekali lagi macam taik!!!!komplen lebih2 dikata xbersyukur!!spesis bersyukur tak bertemnpat ni pun 1 masalah, makan taik pun dikata sedap dan harus bersyukur!!chiss!bayar sedikit servis mesti kurang ajarr!!!aku benci dengan konsep kapitalis ni!kadang2 bukan nk minta yg lebih2 tapi alangkah indahnya kalau dikurangkan kerenah KURANG AJAR dalam melayan pesakit, bukan kerana dia bayaq xmahai, abes tu ampa ambik gaji bulan2 tu apa?..abes2 pakai alasan penat kerja, xleh justified camtu, katakan lah aku penat kerja and balik rumah aku pegi bakar rumah jiran aku sebab stress,justified tak alasan aku tu?,dari 10 orang aku tnya 9 orang kata servis hospital kerajaan teruk, so normalkah aku nk menegakan benang yg basah kata hospital kerajaan tu baik servisnya!!come on,ini bukan pasal aku, kau, dia dan hampa, ini pasal servis untuk rakyat marhaen!!kalu xdak duit kuranglah budi bahasa kita, kalu nxdak duit teruklah pengalaman hidup sebagai manusia, .kehkehkeh..orang ramai menyampah sgt2 dh ngan hospital kerajaan, nk ditegur payah,.nanti dikata tak memahami beban kerja, asyik org ja nk paham hampa, hampa xdak usaha pun nk paham orang,chait poodah..!!.tapi itulah pilihan yg ada....taip elok2 bukan hampa nk paham, kena taip loqlak sikit....kehkehkeh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Dari tengok bahasa pun boleh tau anda ni mcm mana orgnya. Senang je konsep.. Berbudi bahasa xperlu menunggu org lain dulu. Balik kepada diri sendiri..
      Nasihat sy.. Kalau tak suka.. Silakan ke swasta... Ok? Hosp kerajaan tak perlukan pesakit mengharap diri sendiri dihormati berbanding memberi hormat kpd org ln..

      Padam
    2. Setuju pakcik..mmng hospital kerajaan kuar hajar pun..esp staf sokongn..puii doktor ok..yg jg kaunter aka nurse pulak lebih2

      Padam
  25. well i preg 3bulan n still muntah2 , masa tu aku letak buku terawal ntah2 nurse tu amek buku org yg tindan2 aku , aku bengang je tp apa kn daya , mmg aku mmpu msuk swasta tp bg aku bazir ja , aku pn tgu , punya lama pastu aku mloya an , aku xtahan mulot aku da penoh n muntah ! aku pn meluru msuk blik nurse dpan aku pastu die marah aku soh p blik air jauh lak dr tmpat tu , mlot aku pnoh xtkate ape trus aku muntah je dlm sink die .pastu die ley lak marah2 pastu tye aku bhabuk xlg , geli sgt die n muntah aku .nseb aku pn pyabar orgnye .aku kuaa terus n ucp time kaseh at die .,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Sy pernah je jadikan sinki kat bilik ma sbg stesen muntah saya. Tu la.. Sape suruh biar sy tunggu sampai 2-3jam kan? Hehe.. Tp ma tu x la buat muka jelik. Dia ok je

      Padam
  26. Macai ni.. Saya sakit pinggang nak cek ultrasound.. Pergi spital kerajaan bg tempoh menunggu 3 bulan.. Kalau saya kena batu karang ka apa. Sapa yg sakit, 3 bulan untuk tunggu ultrasound.. Puihhh... By the way saya staf KKM..

    BalasPadam
  27. Terbalik plak ngan kes saya... hkl yg terbaik utk anak saya... tp Kpj Shah Alam sgt teruk under doktor Hoe Tuck Sang.... doktor pakar ke mcn ni????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang teruk ke dr hoe tu? Sbb anak sy pun under dia..

      Padam
  28. HOSPITAL KERAJAAN UNTUK ORANG MISKIN.Good job dengan statement tu..Kira menteri2 yg masuk hospital kerajaan tu miskin ke.GH PENANG terbaik.Adik sy kritikal hospital swasta tolak ke kerajaan.Kalau setakat nk berehat blh g swasta... Saya smpai sekarang memang pengguna setia hospital kerajaan eventhough tersangat mampu nk bayar bil hoapital swasta..Tak pernah kena layanan buruk pun...Layanan tip top.Dr datang setiap jam make sure okay ke tak..Even nk cucuk pun makesure kita x sakit.Bleeding sikit kt cadar cepat2 nurse tukar..Setakat ni hospital kerajaan antara yg bes..Mana hospital kami tak penah bawak adik pegi..Metro, pantai, lam wah ee,gleneagles,island, kpj.semua pnah.last2 treatment kt GH PENANG..Satu jaa..kalau kita baik dengan orang.Orang akan layan kita baik tapi kalau kita tak ada budi bahasa orang akn layan kita buruk.Kakitangan hospital kerajaan pun manusia.

    BalasPadam
  29. Saya sampai jatuh hati ngan nurse yg jaga di wad saya...hehe

    BalasPadam
  30. Hi. Boleh sy tahu x berapa kos operate appendix nenek awk time tu? Nenek awk operate dekat hospital kerajaan kn. Sila emel sy di shazz_ain@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, pakcik saya penjawat awam. Nenek sy masuk atas kuota pakcik saya. Saya xtau.. Maaf ya

      Padam
  31. Saya ni baru 2 hari selesai ops kat hosp goverment..tah berapa dia nak charge saya..mcm nk lari ikut pintu belakang jer ni....gaji kena hold plak..sbb tak hantar lg document perubatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut charge hospital gimen x mahal sangat.. Tp xtau la kalau awk opt fpp (full pay patient)

      Padam
  32. Mak aih bahasa bongkak gila..baling tray kat nurse?hospital kerajaan untuk org miskin??pala hotak kau bahasa macam hanat..dah bleh byg ko ni spesis mcm mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca betul2 dan baca komen sekali kalau boleh. Kalau x boleh faham juga, xpayah baca blog ini lagi sebab awak tak biasa dengan kesinisan saya.

      By the way, bahasa awak lagi teruk dr saya

      Padam
  33. Setiap tahun pasti ada peningkatan dan penambahbaikan berterusan oleh pihak klinik mahupun hospital kerajaan. Terima kasih di atas segala maklumbalas daripada semua lapisan pelanggan yang sudi bertandang ke premis kami. Kritikan samaada yang membina mahupun yang negatif tetap pihak kementerian ambil maklum dan sampaikan kepada pihak pengurusan agar kelemahan sentiasa di baiki. Tindakan pencegahan semestinya berlaku samaada anda semua sedar mahupun tidak sedar.Karier sebagai penjawat awam Profesionalisma terikat dengan pelbagai standard operating prosedur yang memang kekadang itu menjadi seakan menyusahkan pelanggan kami. Tatacara proses rawatan klinik kerajaan berbeza dengan swasta. Profit making business strategy di swasta pasti berbeza dengan limited resource and priorization treatment strategy di kementerian kesihatan. Namun begitu dalam setiap perkhidmatan kesihatan kami tetap mengutamakan pelanggan tidak mengira kaum, pangkat, status kewangan anda. Cubalah ke premis swasta jika anda tidak mempunyai sen mcm mana rasanya. Kurangkan mengkritik dari luar. Cuba libatkan diri anda dengan pelbagai program bersama klinik kesihatan. Bnyk platform untuk komuniti terlibat sama bersama klinik mahupun hospital. Dekati dan fahami masalah dan kekangan kami dahulu. Jangan sibuk mengkritik dari jauh sebagai individu bebas yang tidak menyumbang mahupun memikul tanggung jawab. Jadilah gentle man sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau encik maksudkan saya, maknanya encik tak baca tulisan saya betul2.. cadangan saya, baca tulisan dan baca juga komen.

      Padam
  34. Alhamdulillah saya baru sahaja menjalani pembedahan apendiks di Hospital Serdang. Saya dimasukkan ke wad pada tengah malam Sabtu dalam pukul 3 petang setelah mendapat rawatan di bahagian kecemasan. Saya menjalani pembedahan pada pukul 12 tengah hari pada hari Ahad.

    Saya berterima kasih kepada para doktor dan jururawat di wad surgical kerana layanan yang sangat baik. Alhamdulillah juga pada malam hari lebih kurang pukul 8 malam, saya sudah boleh minum dan makan.

    Saya dibenarkan keluar pada hari Isnin. Sepanjang berada di sana, saya ditempatkan di bilik kelas 3 yang berkongsi 4 orang pesakit. Walaupun sebenarnya saya layak mendapat bilik kelas 1 berkongsi 2 orang. Tetapi berada dalam bilik itu sangat selesa sehingga saya rasa tidak perlu bertukar bilik.

    Kesimpulannya, hospital kerajaan sekarang sangat bagus. Mereka terlalu mengambil berat tentang pesakit mereka.😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. in the end, semuanya atas individu.. ada staf ok, ada staf tak.. ada pesakit ok, ada pesakit tak.. tu belum cerita bila masing-masing bawah pengaruh emosi, penat, sakit dll..

      yang penting kena ada tolak ansur.

      Padam
  35. Assalamualaikum. Saya perunding dari Great Eastern Takaful. Sekiranya berminat untuk dapatkan medical card boleh whatsapp saya di 0183758583.

    BalasPadam
  36. Minta maaf cakap lah ya, hospital kerajaan ni tak boleh la nak celen hospital swasta walaupun dah cekau duit tax dari rakyat... kurang kakitangan, ramai yang hospital kerajaan ni buat hospital macam nak buat eksperimen terhadap pesakit, terlalu banyak student baru nak blajar, patutnya jangan lah macam tu, nurse nurse pun kadang macam kasar terhadap pesakit dari segi mentality, saya sendiri kena masa jaga arwah mak saya, punya la mengata bersembang dan mengata macam nak bagi dengar tak dengar, saya pun tak tau lah nak kata macam mana, saya memang tak selesa lah dengan layanan hospital kerajaan yang saya terima hari tu, dah dua org kawan saya kata anak depa masa demam di hantar ke hospital kerajaan di biar saja macam tu sampai lembik, apa2 pun saya doakan agar sikap2 budak2 hospital ni berubah lah ya, kalau tak mungkin orang lain akan doakan untuk keluarga anda benda yang sama, wallahu'alam, apa pun sudah tentu tuhan tu maha adil, jadi jangan lah asyik terkekek2 mengata orang ya nurse2, kalau kat sini tak kena apa pun nanti di akhirat pasti disoal dan dihukum, kerja tu amanah dari rakyat yang membayar cukai untuk gaji anda, jangan ingat anda jaga pesakit tu atas ihsan anda ya dan hanya perlu tulis report sahaja memanjang, org atasan sila ambil kisah kerana anda lagi akan ditanya atas tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan atas anda, saya rasa sistem tak kena lah walau pun hospital dapat dana kerajaan, saya saran tutup saja lah hospital kerajaan kalau hanya nak jadikan tempat tu sebagai tempat pelajar2 untuk cuba jaya atas eksperiment2 mereka, lagi baik kerajaan subsidikan insurans sekurang2nya rakyat tak la tertipu membayar cukai membabi buta dan mendapat layanan sebegitu rupa, mungkin tak semua, mungkin segelintir yang bernasib malang seperti saya dan beberapa org rakan saya, tapi saya rasa ramai, tutup saja lah tak baik tipu, orang berharap dibantu bukan dijadikan spesimen uji kaji

    BalasPadam
  37. Kalau kt bp ni ada stengh wad yang doktor nya baik, ada setengh wad sebalik. Wad 3 hospital lama sultanah nora ismail bp, my father sya pernah marah doc yg rawat dia. Bila kali kedua masuk hospital juga pada pukul 9 malam pi daftar kat kaunter kecemasan.dipanggil nama untuk check,pastu masuk bilik pemerhatian utk tunggu wad. Dapat masuk ward 4 dihospital lama sultanah nora ismail pada pukul 2 pagi. Saya ngan bapa sedara saya dah mengantuk sangat. Tapi ward 4, walau bagaimana mereka penat masih mampu senyum lagi. Ini pengalaman sya sendiri

    BalasPadam
  38. Stuju.. Klau dh kaya dan nk layanan mcm raja.. G la hospital swasta.. Ni nak murah.. Lepas tu komplen lebih..

    BalasPadam
  39. Sye dr awal cek ngandung sampai la bersalin di hospital kerajaan. Alhamdulillah sye xpernah jumpai misi2 yg garang mcm crita org2. Yg sya nampak dorg ramah je.. ada yg serius pun sbb byk kje,biasa la tu. Xkn nk dorg manja2 kan kita. Bab menunggu tu plk sye mmg dh berartur dr pukul 7.15 pagi utk dptkan antrian awal. Dlm pukul 8.40 smua urusan dh siap. Mse bersalin plk sye jumpe misi2 yg bagus. Cuma masa nak dafta kat hospital tu ada la misi tu masam muka. Rupanya dorg mmg tgh berselisih fhm antara sesama misi. So ..sye pun fhm. Sbb itu mmg dh jd kebanyakan sifat pempuan.. ada masalah sikit pun xpandai nak kawal emosi..

    BalasPadam
  40. Semalam aku pegi hosptal krjaan sebab kencing kotor and aku skrng pregnant..pkul 2 pagi hsband aku bawak sampai2 sana nurse2 siap marah and ckap aku manja..dah aku sakit xkn nak tnggu aku jadi mayat dulu baru nak rawat..memng aku pegi nak dapatkan rawatan..tu kali prtama masa pregnant pegi hospital krajaan..nasib aku buka buku apa smua dekat swasta..xpela habis duit pom asalkn aku xmental dengan mulut diorang..

    BalasPadam
  41. Di hospital kerajaan,Mak saya terpaksa menunggu sehingga 2 minggu untuk tau dia sebenarnya ada kanser tahap 4!!! 4 bulan sebelumnya di hospital sungai buloh,xde langsung doktor nak check ct scan,ultrasound utk tau apa penyakit dalam badan mak saya..dia kata takde apa apa..saya boleh cakap saya masih tak boleh terima apa pihak hospital dah buat pada mak saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula msalah nye hsptal gov ni,klau rse sakit mmg dah tk bley tahan nak tk nk kne g swasta jgak,ade rzki lbih bringat la psang insurans,mmg cgt pnting

      Padam
  42. Kesimpulannya 18k tu d bayar mcmana ye? Awk guna insurans medical card @ cash payment....?

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama