KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 4 Januari 2009

proton, perodua...? hurm...

tadi aku gi ke paultan.org. kat situ artikel pasal kereta la..hurm..ada gak la aku tgk kereta yg dijangka menjadi mpv perodua tahun depan. ada gak tunjuk mpv proton yang sedang diuji di jalan..

apa yang bestnye, kat bawah tu ada komen. kat komen tu la kita leh tgk sape yang suka kutuk proton n kereta2 lain yg diceritakan..well..biasanya proton la yang dikutuk.

hurmm...kawan aku yg pernah dok kejap kat perodua bagitau, kilang perodua tu, 51% saham milik daihatsu. 49% milik perodua. aku mungkin silap la. main poin aku ialah perodua bukan pemilik saham terbesar. bila aku tanya, habis tu, apa yg malaysia punya? jawapan dia ialah marketing dia. that's why, kancil adalah mengikut ciri2 mira.that's why, kereta perodua yg lain semua bagus. dia adalah model kereta jepon yg dipasang di sini..

daihatsu tu plak macam anak syarikat toyota. sebab tu, toyota avanza boleh dipasang di kilang perodua.. kalau aku tersilap, sori sangat2.aku pon bukan tau sangat. since, kita hanya pindahkan design dari jepon ke sini, so, pelanggan2 perodua xyah risau bab kualiti la..

kita cerita lak proton. dulu kita ada kerjasama dgn mitsubishi tapi lepas tu stop. aku xtau nape.. aku xamik engineering pon utk komen. pastu, aku tau proton sangat jatuh. walaupon aku xtau apa puncanya. ye..kualiti, servis bla..bla..tapi aku x berapa clear.

dan sekarang, proton bangun balik. tapi, proton kena bayar gak kesilapan dia dulu. xramai dah yg sokong dia. tambah lagi dah ada perodua.

dalam komen2 yg aku baca tadi, ada org mmg kutuk habis2 la proton ni. semuanya xkena..harga mahal, tiru design org, tiru enjin org..bla..bla..bla..

well, tang harga mahal tu, aku pon frust gak. aku pon nak gak kereta yg murah. dan aku rasa proton sedang berusaha ke arah tu. tentang design lak. pada aku saga dan pesona sangat cun.

aku pernah belajar product development. kalau x silap aku, lecturer pernah suruh hasilkan product baru..kitorang kata, apa lagi yg nak dibarukan? semua dah ada..dia kata, ubah la rasanya. cuba selidik produk yg ada. kaji kelemahan produk tu. cuba baiki kelemahannya.itu la product development.

then, kalau betul la proton ada cedok ide sana sini, aku rasa x salah kan? asalkan mereka ubah utk jadikannya lebih baik. malah, aku rasa, mengubah seusatu yg baik utk jadi lebih baik, lagi besar cabaran dia. sama besar macam ko nak kalahkan juara dalam sukan or dalam kelas. ye la..benda dah perfect dan ko nak lagi baik. ingat senang ke?

hurmm..aku pakai kenari..n aku sayang kenari aku..walaupon sayap dia dah robek sikit, ekor dia senget sikit, aku tetap sayang dia. ayah aku lak, dulu pakai saga, sekarang pakai wira n konon2 cadang nak tgk mpv proton..tgk la..antara 2 tu.. yg mana sesuai dengan ekonomi dan jimat minyaknye..

aku sangat sayang proton. mungkin sbb aku tau, proton mmg dihasilkan oleh org kita.. kawan2 aku yg gi belajar sampai german tu..(kalau kita belom berkawan, marila kita berkawan..aku nak bangga menjadi kawan engineer proton). aku xpaham nape org nak proton ditutup. sbb politik? tu masalah org atas.. ada x pikir org2 bawah tu? dorang x terlibat. jgn la politikkan proton..

kalau benci sangat pon dengan kerajaan, ingat 1 benda. kita dah jadi orang berilmu, dapat belajar tinggi2, sbb kerajaan bina sekolah, gajikan cikgu utk ajar kita.

aku idak la pro mana2 pihak.. pada aku, politik is politik. org2 bawah ni, xyah la dipolitikkan sekali. kalau nak seranah, gi seranah org yg salah guna kuasa. jangan salahkan proton yg mungkin baru belajar, mungkin banyak buat silap, tapi menjadi medan untuk kita hasilkan lebih ramai engineer kereta..

hurmm...bila aku tengok org yg asik marah n xbagi peluang pada proton ni, aku rasa sedih. aku paham perasaanya bila kita baru masuk, org nak kita perform..kita try tapi x semestinya berjaya. dan org kondem kita giler2..sangat sedih rasanya.. tolong la bagi can.. kemampuan tiap org berbeza..kalau dia silap, bagi dia peluang untuk belajar. bayi pon, lepas keluar dari perut ibu dia, xterus boleh berlari kan?

p/s: teringat kawan aku kata, nape ko beli perodua? sbb kereta negara? dulu aku pon pikir gitu.. tapi sekarang ni aku pikir prestasi n jimat minyaknye.. aku puas hati dengan avanza.. (aku harap pakar2 kereta di proton leh jadikan ini sebagai cabaran. kepuasan+ keselesaan+ penjimatan= proton)

p/s/s: kawan aku pernah kata, ada kawan dia pernah komen.. "rakyat malaysia ni ada 1 masalah. nak kereta selesa n hebat tapi x sanggup nak keluarkan duit banyak." betul gak tu. aku salah sorang daripadanya..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama