KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 17 Februari 2013

Ulangkaji Blog Orang Sampai Tak Buat Kerja

Aku ada 1 tabiat. Tabiat yang baik itu ialah, kalau aku berkenan dengan sesebuah blog itu, aku akan baca dari 1st entry dia (kalau aku jumpa) sampai la yang terkini. Ambil masa berhari-hari tapi aku memang seorang yang tabah hati, jadi, xde hal la.

Jadi, aku baru lepas habis baca 2 blog iaitu Blog Aujinz dan Blog Ben (Ben ni perempuan ye). Macam mana aku boleh sampai blog diorang? Ni semua gara-gara blog si Ernest ni ha... Kalau gila kucing pulok, aku tengok MissMorbids (aiyooo.. so cute...).. ada lagi sharkox dan

Anyway, semua blog ini adalah blog kartun. Gila kagum dengan kebolehan dorang ni melukis. Kalau la aku pun pandai melukis macam dorang. Blog si Aujinz tu macam-macam aku komen.. hahaha.. ye la.. baca dari 1st entry kan?

Aku pergi gak blog-blog lain.. macam Kenwooi (dia sangat lawak ye. Takde komik sangat tapi gambar-gambar dia lawak. Hahaha) dan En. Anif (maaf, saya cuma baca. Paling tak pandai komen bila bab sukan.. huk3).. Blog si Firol macam dah takde.. huhu..

Selain dari tu, aku dok buat ulangkaji kat 9gag dan eatliver

Dah namanya sibuk ulangkaji blog orang, maka sudah pasti aku punya blog terbengkalai... Begitu jugak kerja sekolah aku. Alamak!!! Kena hantar kertas ujian minggu depan!! Sape nak buatkan untuk aku??

* Banyak lagi blog dan blog komik yang aku baca tapi terlupa nak cari balik. Sape boleh tolong ingatkan aku?
** Aku gembira sungguh cuti seminggu. Bagi cuti lagi pun aku gembira... 
*** Sori.. tak jumpa gambar apa nak letak..

4 ulasan:

  1. alaaaa...blog wan tak ziarah ke..hee!

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu ziarah, tapi xtau nak komen apa. muahahaha

      Padam
  2. ehh?? rasanya ada 1 komen di sini.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen awk termasuk kat spam.. ni akak dh unspam kan dia.. sori...

      Padam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama