Sebelum aku tulis panjang lebar, aku nak ingatkan apa yang aku bakal tulis (taip) kejap lagi adalah pendapat aku. Kalau korang rasa tak betul, korang leh betulkan.. oppss.. takde pendapat yang salah.. Kalau pendapat korang tak sama, korang boleh suarakan..
Hari ni aku nak cerita pasal hypermarket dan supermarket. Ada macam-macam supermarket kat Malaysia ni (ayat macam budak darjah 6 buat karangan). Yang dekat dengan rumah aku adalah (aku susun ikut kedudukan paling dekat ke paling jauh):
1- 99 Speedmart (dekat Taman Tasik Permai)
2- Carrefour /Aeon Big (Taman Dagang Permai)
3- Giant (Bandar Baru Ampang)
4- Hero (Taman Dagang)
5- Tesco (MRR2)
Ok, pertama sekali, sila ingat bahawa Taman dagang dan Taman Dagang Permai tak sama ye.. Sila Google untuk kedudukan yang tepat. Jangan lupa Google Taman Melur terus. Ok, jadi, pada pendapat aku,
1. 99 Speedmart
Pada aku, ni kedai paling murah. Beras basmathi ko boleh dapat RM25 tanpa perlu ada promosi.. Tu adalah harga sepanjang tahun. Pewangi Downy dan peluntur Vanish juga lebih kurang RM1 lebih murah dari kedai-kedai lain. Ais dia pun murah dari 7Eleven punya.
Kelemahan dia ialah dia tak berapa besar. Jadi, barang tak berapa banyak pilihan dan dia tak asingkan kaunter tak halal. Kesian budak-budak Muslim yang kena layan orang beli arak tu.. huhuhu.. Harap Speedmart lebih peka dengan perkara ini
2. Carrefour/ Aeon Big
Aku memang dari dulu suka Carrefour sebab dia sponsor team Perancis. Aku sokong Perancis sebab ada Zidane (aku adalah bukti otak pompuan macam spageti.. semua dia campur adukkan). Dan aku suka Carrefour sebab pada aku, cara dia berfikir utk letak barang lebih kurang sama dengan layout dalam kepala otak aku. Harga pun pada aku agak murah. Bahagian tak halal diasingkan. Tu aku suka. Harap yang bukan Islam la yang jaga. Aiskrim sherbet dia terbaek wok!! Foodcourt dia memang kegemaran aku. Sizzling dia sedap.. Little Wok pun sedap.. nyum! Nyum!
Tapi orang kata kalau barang jenama dia tak berapa best. Tah la.. peluntur dia dan pes cuci pinggan dia ok je bagi aku. Skuasy (betul ke eja) mangga dia pun terbaek!! kalah Sunquick. Yang lain aku tak try pulak.
3. Giant
Pada aku, barang dapur dia menarik!!! Dan mak aku suka beli anggur kat situ (Giant Ampang point). Jujur, aku baru sekali pergi Giant Bandar Baru Ampang ni. Aku lagi selalu pergi Giant Pandan. Aku suka Giant Pandan sebab bahagian makanan panas dia agak murah la.. Dan mungkin dia tak terlalu ramai orang, aku suka gak la tengok Giant ni.. Paling aku suka, bahagian RM0.99 dia. hahaha...
Tapi pada aku, secara keseluruhan, harga barang dia agak mahal. Tapi ok lagi la...
4. Hero
Huhuh.. Aku suka pergi Hero. Pada aku harga dia murah (mahal sikit dari 99 Speedmart) tapi barang dia pelbagai. Siap ada bahagian barangan bakeri dia sendiri. Sebab tu Fadh selalu pergi untuk beli barang pavlova dia. Sebab tu aku selalu pergi. Cuma, barang letrik kat sini kurang la.. parking pun agak cam Harom!!!
5. Tesco
Tak kira la bila aku jejak kaki kat Tesco ni, sentiasa aja ramai orang. Pada aku, barang jenama Tesco agak ok la prestasi dia. Paling aku suka beli, air yogurt dia. RM2.20 je. Sedap gak. Dan aku paling suka beli pada hari biasa ialah dia punya pastry. dia jual RM1 je.. dan markah bonus untuk Tesco. Kat luar tu ada orang jual air jambu RM1.50 yang best!
Yang aku tak suka ialah dia susun barang langsung tak sama dengan layout dalam kepala otak aku. Sabun kat sini. Pewangi kat sana. Mi segera kat sini, kicap kat sana. Langsung tak tally susunan dia. Dan serius, harga dia tak semurah mana. Susu tin marigold 6 tin dia berharga RM15.90. Jatuh harga RM2.67/tin sedangkan kalau g speedmart, ko boleh dapat RM2.25. Beza gila ok? Mak aku kata, Tesco biasa murah hari Jumaat. Ye ke? Tak tau la pulak
==========================================================
So, secara peribadi, aku akan rankingkan hypermarket-hypermarket ni kepada kedudukan berikut:
1- Hero (harga murah dari Carrefour mahal dari 99 Speedmart tapi barang banyak)
2- 99 Speedmart (murah)
3- Carrefour (aku suka susunan barang dia, parking dia banyak, harga boleh compete dengan Hero)
Tesco dan Giant aku letak sama rank. Tapi Giant lebih banyak dekat rumah aku ni. Lagipun, Giant ada banyak kedai lain kat luar dia. Jadi, aku lebih suka pergi sana. Tesco tu aku suka ayam panggang dia (kalau murah), pastry dan orang lebih suka jumpa kat sana sebab dia duduk tepi MRR2..
Cuma, aku sangat gemar untuk menyeru kepada korang semua, selagi berpeluang untuk bershopping di kedai runcit, sila la shopping situ. Sokong la peniaga kecil.. =)
cik sally suka tesco coz sabun baju dia 5kg baru rm10.90..mmg jumaat murah gak...ni sbb tesco dkt dgn HSI tpt keje c.sally ler.giant umall tpt c.sally barang lama n x segar
BalasPadamoo.. Tesco jauh gak dari rumah ni.. dia dah dekat2 dengan opis mak. Dan along tak hafal lagi kedudukan barang dia.
Padam