Langkah Berjaga-Jaga Semasa Nak Mendapatkan Kereta di Tempat Letak Kereta:
a. Kadang-kadang, orang jahat ni bersembunyi di sebelah penumpang. Bila awak buka je pintu, dia pun luncat masuk dalam dan.. uhuk! uhuk! Dan kalau ada yang lagi tegar, dia menyelinap masuk siap-siap. Dapat-dapat kalau kereta tu senang nak kena hack.
b. Di tempat yang takde orang.. Kalau tiba-tiba nampak ada van atau kenderaan besar yang mencurigakan (terutamanya kalau dia tinted habis), masuk dari pintu sebelah lagi satu sebab ada kes, penculik tangkap masa terus bawa masuk kenderaan dia (ala.. macam dalam drama tu..)
c. Adalah sangat pelik sebenarnya kalau orang duduk dalam kereta di tempat letak kereta (terutamanya pusat membeli-belah). Ye la.. kot ye pun tak suka teman awek shopping, tunggu la kat dalam. ada air-cond. Jadi, kalau nampak orang yang saje je duduk dalam kereta bersebelahan kereta anda, maka, sila la cari teman untuk balik kereta (pak guard pun boleh jadi teman. takde hal lah kan? Dan yang lebih baik paranoid daripada mati.)
Peringatan-Peringatan Lain
1. SENTIASA memilih lif bukannya tangga. (Terowong adalah tempat yang dahsyat untuk bersendirian dan tempat jenayah yang sempurna). Kalau tak konfiden nak masuk lif berdua je dengan lelaki yang tak dikenali, jangan masuk. Tunggu ada geng!
2. Jika pemangsa mempunyai pistol dan anda bukan di bawah kawalannya, LARI!!! laju-laju!! Kemungkinan tembakan pemangsa terkena anda (sasaran berjalan)hanyalah 4 dalam 100 kali; dan kemungkinan besar TIDAK AKAN terkena organ penting. Jadi?? LARI!!!!
3. Sebagai wanita, kita memang mudah bersimpati pada orang lain. Hentikan! jangan terlalu mudah percayakan orang. Ada wanita dirogol di rumah kosong. Umpan yang digunakan oleh perogol ialah budak kecik yang kata dia kehilangan ibu bapa dan wanita tersebut diminta untuk menghantarnya pulang. Sekali bila hantar balik... hah ko!! Hurmm.. aku sebenarnya tak suka bila benda macam ni terjadi. Buat kita jadi manusia takde hati perut. Langkah terbaik, bawa budak tu gi balas polis, minta polis je hantar dia balik.
Tapi, sebenarnya, selain dari Perogol-perogol yang memang tunggu peluang nak cari mangsa ni, ada gak perogol yang mencari mangsa cara lembut. Dia ayat baek punya... belanja minum.. sedar-sedar, ko dah....
Jadi, para wanita sekalian, sila la jangan jalan sorang-sorang.. Sila bawa teman (tapi kalau takat nak pergi tandas dalam sekolah atau pejabat, tak perlu la nak berduet jugak) terutamanya jika nak pergi ke tempat/berjumpa dengan orang yang anda tak biasa. Nak mudah, ikut je cara yang disyariatkan agama.. ok?
obviously, gambar ini disedut di blog INI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama