KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 9 Mei 2011

Nak daftar advertlets ke tak?

Haha...Kecelaruan melanda. Ini semua gara-gara perasaan tamak mula melanda..

Apa kes Rumaizah ni? Ok la.. Aku telah melakukan aktiviti senaman jari iaitu blogwalking. Bila pergi ke blog orang, mula la aku baca pelbagai benda. Termasuklah tentang pengiklanan di blog.

Seperti yang korang maklum, sekarang ni, aku dah letak banner Nuffnang di blog aku. Alhamdulillah, dah dapat pun cek pertama (Tak menahan ok! Cecah je RM50 terus aku claim! Haha) dan sekarang aku masih lagi dapat income (sikit-sikit)

Selain Nuffnang, aku tengok ada juga Advertlet. Syarikat pengiklanan ni pun agak glamour di kalangan blogger. Malah, ada beberapa blog mengatakan Advertlet ni lagi best dari Nuffnang. Jadi, aku agak bercita-cita juga la nak memasang banner Advertlet kat blog aku (duit mudah beb! Siapa tak nak?)

Abaikan perkataan part 2 tu

Cuma, ada 1 perkara melemaukan aku .Aku sekarang adalah ahli glitterati Nuffnang. Disebabkan aku ahli glitterati ni, aku dapat bayaran lebih sikit la kot.. dan aku boleh pasang widget yang boleh promot entry aku kat blog lain (walaupun hakikatnya orang takde pun datang blog aku sebab widget tu) Kalau aku pasang iklan lain, status glitterati akan terlucut. Dengan kata lain, kadar bayaran aku pun kurang.la.. Adakah bayaran dari pengiklan baru nanti semasyuk bayaran Nuffnang aku? Berbaloikah aku menggadaikan keglitteratianku?

Siapa yang arif tentang hal ini, tolong la respon. Ada je orang yang galakkan aku join Advertlet, aku terus daftar malam ni juga.. Aiceceh!!!

p/s: En. Anif, Mangga Ad tu ok ke tak ek?

12 ulasan:

  1. kalau trafik sangat tinggi. letak la advertlets. bole naik income kaw-kaw sket

    BalasPadam
  2. haha.. trafik sangat tak tinggi.. 1 hari lebih kurang 20-30 orang je..

    BalasPadam
  3. Daftar je mana-mana kempen iklan.. :)

    Blog kita, kitalah yang menentukan apa yang patut diletakkan.

    Berdasarkan pengalaman mengendalikan Anif.. Version 2.0, saya dapati pendapatan yang dijana melalui Advertlets lebih baik daripada Nuffnang. Mungkin sebab kesesuaian serta ciri-ciri blog yang lebih menepati kehendak pihak Advertlets.

    Mengenai Mangga Ads pula, saya tak boleh memberikan pendapat kerana baru sahaja menyertainya. Namun berdasarkan prestasi semasa, ia setaraf dengan Advertlets dan Nuffnang.

    BalasPadam
  4. ads tue iklannye tak senonoh baek awk pikir masak2 nk join.....ade satu kes sampai lah ni diorg tak byr pun claim yg dibuat! <---ini sumber yg tepat

    BalasPadam
  5. Anif, uchi: ada gak baca kat beberapa blog kata advertlets x bayar pun bila orang claim payment... betul ke?

    BalasPadam
  6. Tiada masalah dengan Advertlets.. Sudah 2 kali terima pembayaran. Cuma agak lambat berbanding Nuffang.

    BalasPadam
  7. oo.. ye ke?? ok la.. lega mendengarnya.. nk pasang iklan baru la lepas ni

    BalasPadam
  8. aku pasang dua2 tapi blog aku baru sebulan hehe...memang takde income pun ape aku kisah

    BalasPadam
  9. mnsar, Happy family: tq atas cadangan. haha.. sekarang aku kurang update blog. nanti bila dah rajin update, aku daftar advertlet tu

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama