KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 18 Mei 2011

Tiada Tajuk

Terlalu banyak benda yang nak dibuat, tapi terlalu sedikit masa. Terlalu banyak benda hendak dibeli tapi terlalu sedikit duit..

Haha.. Typical Rumaizah kan? Apa yang aku bebelkan ni? Aku sebenarnya tengah dok survey harga rumah. Sekali lagi.. Yup! Aku tak mampu beli rumah di kawasan tanah tumpah darahku ini. Aku kena tumpahkan darah kat tempat lain pulak (chup! bila pulak darah aku tumpah di KL/Ampang ni?)

Sememangnya kawasan Selangor dan KL tak layak diduduki oleh rakyat marhaen seperti aku yang bergaji bawah 3K. Apatah lagi jika rakyat marhaen itu bercita-cita nak beli rumah teres. Apatah lagi kalau dia nak bukaan rumahnya sekurang-kurangnya 20x60.. Hahaha!! Teruskan berangan wahai Rumaizah!

Aku juga mengintai-ngintai akaun bank aku yang seperti segan-segan sahaja nilainya.Haha!! Boleh ke dapat pinjaman perumahan penuh? Kalau dapat pun, macam mana aku nak hidup kalau duit di bank aku defisit nilainya? Nampak gaya terpaksa la aku ulangkaji segala potongan yang aku buat. Kurangkan atau hentikan terus potongan yang tak perlu (dengan kata lain, makin kuranglah saving aku)

Sambil tu, aku tengok-tengok juga makanan yang boleh membantu aku detox. Ye.. Aku terasa seperti diri aku sebuah span (bukan Sponge Bob Square Pant) kerana aku hanaya menyerap apa yang aku makan dan tidak membuangnya. Aku dah cuba kurangkan separuh dos makanan aku berbanding biasa. Tapi nampak gaya macam tiada apa yang berubah.

Kita serap semuanya ye adik-adik!!
Jadi, aku berharap selepas detox ni, lebih mudah la aku nak buang segala benda yang tak patut dari badan. Masalahnya, harga produk detox pun.. Wahh!! sangat mengancam jiwa dan raga aku. Kan seronok kalau aku ni memang ditakdirkan keding? Makan apa pun keding gitu je! Boleh la aku makan puas-puas dan beli baju macam-macam (eh, aku dah jumpa prospek baru untuk boros!)

Ah! Kusut betul! Kalau korang kenal mana-mana orang kaya yang tak tahu nak buat apa dengan duit dia, daripada dia duk bele kereta sport, baik korang cadangkan dorang melabur kat aku! so, cepat-cepat kenalkan dorang kat aku ye! Aku menunggu je orang nak sponsor ni! Hahaha!!! (Dah mula berangan jadi duta pusat pengurusan badan!!)
Bestnya kalau aku dapat jadi duta pusat pengurusan badan!!!

4 ulasan:

  1. Sabarlah.. Tangguhkan dahulu pasal nak beli rumah. Rasanya itu cuma kehendak.

    Lebih baik maksimumkan simpanan dahulu.. Cari jalan gandakan pulangan simpanan i.e. berkenal-kenalan dengan amanah saham atau industri pasaran saham itu sendiri.

    Bila sudah sampai masa yang sesuai baru beli rumah. :)

    BalasPadam
  2. tq.. ni 1st time orang bagi nasihat begini. biasanya orang lebih banyak suruh saya beli rumah cepat sebab harga rumah makin naik..

    saya dah cuba berjinak2 sikit dgn amanah saham.. tapi xde la banyak sangat. harap2 unit amanah yang saya pilih tu tepat =)

    BalasPadam
  3. alahai megeluh iyer?

    opss slmt hari guru cik rumaizah,oh suri terlewat 2 hari...maaf ye buk!!

    BalasPadam
  4. haha.. teruk kan saya ni?

    terima kasih awak..

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama