Serius, kalau doraemon tu betul-betul wujud, aku memang nak bela dia. Sebab? Dia baik, comel, dan yang paling penting, dia ada poket! Ok.. kanggaru pun ada poket tapi poket doraemon ada macam-macam barang yang best!
Aku memang membesar dengan komik Doraemon. Dulu tajuk dia Tora Aman. Serius dalam Bahasa Indonesia (ye, rakyat Malaysia suka terbit buku sahaja tetapi tidak alih bahasa). Aku takkan lupa aku dipanggil sebagai munafiq dek ustaz aku sebab curi-curi baca Doraemon masa kelas al-quran. Huhu.. Trauma tak hilang lagi nih! Haha
Berbalik kepada poket Doraemon. Aku memang sangat berkenan dengan barang-barang dia. paling aku berkenan dengan Pintu Suka Hati (Pintu Ke Mana Sahaja). Gila seronok kalau aku ada pintu tu! Tak perlu la aku menempuh kesesakan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak. Tak perlu la aku risau harga minyak makin naik. Tak perlu la aku bangun tidur dan bersiap awal-awal ke tempat kerja.
Aku janji takkan pergi tempat yang tak patut pergi dengan pintu ni! |
Hoho!! jangan la ingat aku ni pemalas gila ya! Aku cuma akan guna untuk pergi kerja dan balik kerja je. Aku dah tak tahan dengan kesesakan di Kuala Lumpur ni. Semalam je aku stuck di jalan lebih dari 2 jam! (Sampai aku sempat terfikir la nak jadi Puteri Gunung Ledang minta Sultan Mahmud bina flyover dari tempat kerja aku ke rumah). Sampai aku bercita-cita nak sewa rumah di Kg. Baru dan berjalan kaki pergi kerja. Jimat duit minyak! Sampai aku terfikir nak minta tukar tempat kerja ke tempat yang takde masalah kesesakan jalan raya (ada ke?)
Sebenarnya, semua barang doraemon pun aku minat. Aku suka juga lampu pengecil. Senang aku nak buat jamuan. Buat makanan sikit, lepas tu kecilkan semua tetamu supaya kami boleh makan puas-puas.. dah kenyang, besarkan la diri balik kan?
Aku juga nak mesin masa. Boleh la aku undur waktu dan ubah/ betulkan kesilapan yang aku perna buat. Aku juga nak pergi ke masa depan dan nak tengok adakah aku kaya kalau terus hidup macam ni. Hahaha!!! Ok, aku tipu, aku sebenarnya nak tengok, bakal suami aku handsome ke tak.
Nak bertemu bakal pengantin lelaki.. lalala.. |
Suka juga kain pembalik masa, Boleh la aku baharukan balik semua benda yang buruk di rumah aku ni. Lepas tu jual balik kalau barang tu aku dah tak perlu lagi. Tak pun, bagi kat orang pun takpe. Asalkan tak perlu buang dan membazir.
Tapi, kalau aku hanya boleh pilih 1, aku akan pilih Pintu Suka Hati. Itu yang paling berguna di zaman yang mencabar ni. So, kepada sesiap yang ada Doaremon, sila beritahu aku ok?
1 ekor Doraemon sudah baik. 3 ekor Doraemon? Memang kekayaan berganda! Kalah Prosperity Burger |
mesin masa laa best... nak betulkan semua salah silap, pastue beli emas bnyk2 masa zaman dulu2... jual masa sekarang... goyang kaki jer dah kaya...
BalasPadamhaha.. ada poin di situ! ok la.. nak 2 benda. Pintu Suka Hati dan Mesin Masa..
BalasPadamNak juga Pintu Suka Hti. Bayangkan berapa banyak kita boleh jimat kalau tak payah beli kereta dan petrol.
Tapi idea beli emas tu pun menarik gak!