KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 5 Mei 2011

Ini Bahasa Indonesia, bukan Bahasa Malaysia

Baru-baru ni ada penjual buku datang ke sekolah aku untuk menjual Atlas Anbiya' (lebih kurang begitulah tajuknya). Hurm.. Atlas ni menunjukkan peta di mana terletaknya tempat-tempat yang terlibat dalam kisah pengembaraan para rasul, misalnya, tempat lahir, tempat perang dan lain-lain lagi.

Aku dan kawan aku memang la excited sangat nak beli sehinggalah cikgu perpustakaan (cikgu yang aku dan kawan aku desak supaya beli) membelek Atlas tersebut dan menegur. " Ni kenapa ejaannya begini? Ini bukan buku Bahasa Malaysia kan? Ni bahasa Indonesia" hujah cikgu perpustakaan (CP) kami.


Dipendekkan cerita, walau apa pun hujah yang diberi oleh penjual buku tersebut, CP kami tidak membeli buku tersebut. Hujahnya mudah: Kami tidak mahu membeli buku yang diterjemah ke dalam Bahasa Indonesia kerana tidak mahu murid keliru dan mungkin terikut-ikut semasa menulis karangan. Aku setuju dengan pendapat beliau.

Ini mengingatkan aku kepada perjalanan aku ke China dahulu. Apabila kami pergi ke kilang krim anti lecur, makcik yang membuat tunjuk cara itu juga menggunakan Bahasa Indonesia. Pemandu pelancong juga bertutur menggunakan Bahasa Indonesia.

Semasa emak aku menunaikan haji di Mekah, dia juga memberitahu yang jika orang Arab hendak bertutur dalam Bahasa Melayu, mereka akan bertutur dalam Bahasa Indonesia.

Di TV sekarang pun tengah hangat iklan pertandingan Pidato Bahasa Melayu. Bila aku teliti betul-betul pertuturan mereka, nah! Ini bukan bahasa Malaysia sebaliknya Bahasa Indonesia.

Hurm.. apa yang aku cuba sampaikan ialah, negara kita beria nak mempunyai rakyat yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris (hinggakan pensyarah aku pernah secara halus menggelar aku bodoh kerana tidak bertutur Bahasa Inggeris dengannya). Begitu risau dengan rakyat yang tidak dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris lantas tidak dapat kerja (lalu diwujudkan PPSMI yang nyata tidak memihak kepada hampir sebahagian murid berbangsa Melayu- aku cakap sebahagian! Aku tidak bercakap tentang engkau yang bijak! tetapi tentang sebahagian yang begitu berusaha untuk pandai mengira tetapi tertinggal kerana masalah bahasa. Yang berusaha memahami teori sains tapi gagal sebab ibu bapa di rumah tidak bercakap dalam bahasa inggeris!)

Padahal, pada pendapat aku, para cerdik pandai ini sepatutnya berusaha untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia. Sepatutnya, mereka berusaha untuk menterjemahkan buku-buku ilmiah ke dalam Bahasa Malaysia dan menjadikannya lebih menarik untuk dibaca oleh golongan kanak-kanak dan bukannya sekadar mencetak semula buku dari terjemahan Bahasa Indonesia. Barulah budaya membaca dan berilmu dapat diterapkan dari awal. Ini tidak, semuanya sekadar cetakan semula.

Tapi, mana mungkin kan? Semua para cerdik pandai sibuk membuat kajian dan hendak menulis hasil kajian mereka dalam Bahasa Inggeris. maklumlah, Bahasa Inggeris kan bahasa ilmu (Arghh!! ini lagi satu penyataan yang aku sangat tidak setuju! Kalau betullah ada bahasa yang merupakan bahasa ilmu, maka Bahasa Arab la yang patut dapat gelaran tu! Al-Quran kan sumber ilmu?)

Sekian. (Aku berhenti macam ni sahaja sebab tak tahu nak tamatkan macam mana. Hehehe)

17 ulasan:

  1. setuju dengan anda. kalau nak menguasai ilmu yang mantap, kena la terjemahkan ilmu ke dalam bahasa malaysia. baru la takde yang ketinggalan akibat gagal menguasai bahasa inggeris

    BalasPadam
  2. yeay!! akhirnya ada juga yang setuju.. terima kasih.

    biasanya kalau saya utarakan isu macam ni, ramai yang kata belajar math dan sains dalam BI adalah lebih baik.. tapi saya tetap tak setuju

    BalasPadam
  3. bahasa nusantara kanns.. ehehe

    BalasPadam
  4. Akak setuju ngan adik. Orang2 Jepun, China dan Korea sangat mendaulatkan bahasanya sehingga mereka tidak segan silu untuk mempromosikan bahasa ibunda mereka. Kenyataannya, negara mereka lebih maju daripada kita tanpa mewajibkan rakyatnya bertutur dalam bahasa Inggeris. Memang benar, kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa sangat menguntungkan tetapi ia bukanlah kayu pengukur untuk kejayaan seseorang atau sesebuah negara. Tepuk dada tanya selera. Bahasa menunjukkan bangsa. Budaya mencerminkan keperibadian.

    p/s: orang kita sekarang ni bukan je dah pandai cakap orang putih, malah dah pandai berbudaya orang putih sampai lupa batas agama.

    BalasPadam
  5. en_me: bahasa nusantara tu 1 hal.. tak kisah pun sebab melayu memanglah sebenarnya 1 rumpun.. tapi bahasa kan melambangkan identiti sesebuah negara? yang saya frust ialah apabila kita sendiri tak berusaha nak memartabatkan sendiri bahasa kita. heboh dengan bahasa lain, bahasa sendiri diabaikan

    BalasPadam
  6. kak hidayati:
    memang gitu.. mula-mula kita terima la ilmu dia. lepas tu kita terima bahasa dia. lepas tu kita terima falsafah dia. lepas tu cara hidup dia. lepas tu badaya dia (termasuk la gaya hidup, berpakaian dan segalanya)

    memanglah kita selamanya dijajah mereka

    BalasPadam
  7. sangat setuju. dan sekarang apa yang aku nampak bahasa melayu bukan lagi bahasa melayu tapi kebanyakan perkataan dalam bahasa melayu seolah-olah di ambil dari bahasa indonesia. contohnya lagu-lagu melayu sekarang.

    BalasPadam
  8. yup. dalam sesetengah keadaan bolehlah kita ambil bahasa luar untuk melapik bahasa kita terutama bagi tujuan puisi tapi amatlah tidak sesuai bagi tujuan komunikasi..

    BalasPadam
  9. aku pernah bace kat internet, internet kate bahasa indonesia akan sebagai bahasa penyatu arr kat ASEAN. pe pendapat awak errkk ?

    BalasPadam
  10. huhu.. what to do?? kebanyakan negara lebih familiar dengan bahasa indonesia dari bahasa malaysia. Pergi Mekah pun, orang Arab sana, reti bahasa Indonesia dari BM.. Pegi China pun sama.. Susah nak kontrol benda di luar..

    Lagipun, patut ok la kot since walaunpun bangsa dan negara kita berbeza tapi kita masih dalam rumpun yang sama..

    Tapi kita boleh kontrol yang dalam negara kita. Jangan biarkan bahasa luar lebih berleluasa dari bahasa kita sendiri. Sebab bahasa menunjukkan bangsa. Jangan sampai nanti kita keliru bangsa kita sendiri sudah.. Perbezaan mungkin tak nyata.. tapi masih berbeza kan?

    BalasPadam
  11. yup saya sangat setuju dengan penulis... Tetapi, persoalannya, adakah penulis sendiri memartabatkan bahasa Malaysia... Cthnya, komputer penulis di dalam bahasa Malaysia atau telefon bmbit adik dalam bahasa Malaysia. Jikalau tidak, saya hanya menyatakan bahawa penulis hanya bercakap kosong, tidak serupa bikin. Sedangkan kita sendiri orang Malaysia pun tidak mahu mendaulatkan bahasa Malaysia dalam diri kita. Kononnya, kalau pakai komputer atau telefon bimbit di dalam bahasa Malaysia, dikatakan bunyinya pelik. tetapi sedarkah kita bahawa yang pelik itu adalah bahasa kita? hmmm... renung-renungkan...

    BalasPadam
  12. pengakuan jujur dari saya,
    untuk henfon, menu memang dalam bahasa inggeris. bukan kerana BM dia lawak tapi kerana kita sudah biasa dengan terma BI. lagipun, terjemahan BM tu memang kelakar sebab saya percaya itu bukan terjemahan sebenar.

    untuk mesin ATM, saya guna BM walaupun saya faham BI kerana terjemahannya lebih logik dan tepat

    BalasPadam
  13. Ini bahasa indonesia !!! Mana bahasamu ??

    BalasPadam
  14. oh, sila baca semula penulisan saya, terima kasih

    BalasPadam
  15. pidato yang kat tv tu bukan bahasa indon . tu bahasa melayu baku .yang kita guna ni bahasa melayu pasar !

    BalasPadam
  16. pidato yang kat tv tu bukan bahasa indon . tu bahasa melayu baku .yang kita guna ni bahasa melayu pasar !

    BalasPadam
  17. Pidato tu ckap indon lah
    Sbab ckap nan bisa

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama