aktiviti lepas PMR.. macam biasa la. taklimat tentang mata pelajaran tingkatan 5. aku dah muak buat benda ni. tiap akhir tahun (lepas PMR) dan awal tahun, aku kena buat benda ni. tujuan dia adalah untuk bagi penerangan dan secara tak langsung menarik minat budak2 terhadap subjek elektif yang disediakan.
aku dah malas nak promote subjek aku. saban tahun aku promote, budak2 tetap x nak masuk kelas aku. punca? sebab mereka xnak dianggap bodoh.
kat sekolah aku ada 2 kelas yg dianggap lemah iaitu kelas ERT dan MPV. ye. semua org pandang rendah kat 2 kelas ni, hinggakan budak2 yg x berapa bijak pon nak masuk kelas prinsip akaun. hah! matematik pon x lepas, ada hati nak ambil akaun. cikgu mengajar pun x nak dengar, bercita2 nak buat akaun.
aku mulakan taklimat aku dengan menunjuk lagak segala keputusan peperiksaan aku dari sekolah rendah (UPSR) sampai la aku punya ijazah dan KPLI. masa mula2 aku cakap siap ada budak macam perli aku.. dia buat bunyi "waa..." ke "uhh.." tah.. aku x ingat. yg aku ingat, aku jegil mata aku kat budak tu dan berkata, " macam ni ke cara awk bercakap dengan orang tua?" terdiam la budak tu.
aku akhiri sesi promote diri sendiri dengan ucapan, " saya rasa saya pandai". hahaha... siyes dah lama x keluarkan ayat cikapot (perasan) gitu. kenapa agaknya aku buat gitu? sebab budak2 sekolah aku ni.. tah la.. pandang cikgu yg x ajar dorang sebelah mata. dan of course la aku yg sekadar ajar kelas belakang ni, hanya mereka kerling dengan bulu mata.
lepas tamat sesi masuk bakul, aku pun mula la citer tentang MPV. aku explain nape MPV diwujudkan.. aku explain apa yg dorang akan lalui kalau masuk MPV. aku pesan kat dorang, pilih ikut kemampuan.. bukan ikut kawan.. aku ada selitkan lawak2 sikit tapi budak x gelak. aku hepi. tu menunjukkan aku berjaya gertak dorang.. hahaha!!
aku x kisah sape masuk kelas aku.. aku rasa kak anita pon mcm tu. kami cuma nak budak buat betul2 je. tapi, tengok je la tahun depan, budak yang macam mana yang akan masuk.. kalau budak rajin, alhamdulillah.. kalau budak malas... hahaha.. u r in my domain.. i can do whatever i wish to..
erk!! maaf.. sekarang bulan bahasa kebangsaan.. sila cakap BM ye..
p/s: xde gambar. ok.. xtau nak letak gambar apa sebenarnye..
sy nk masuk kls MPV boleh ?
BalasPadamboleh... nak amik apa? katering, baiki aircond? grafik berkomputer? landskap?
BalasPadamkelas masakan! sbbkn sy mo jadi chef two..u know chef wan? i don't know him..bhahaha
BalasPadamlalala..=)
kalau awk chef 2, biar la sy jadi chef4
BalasPadam