KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 31 Disember 2009

orientasi..derma darah.. dah kurus? yeay!!!

orientasi tingkatan 1 kat sekola.. aku terlibat.. persiapan dewan.. siyes.. ni la antara jwtn yg paling aku x buat pape.. bawa lari bunga rostrum je. dah la dtg lambat.. huhu...

kul12 lebih aku gi pusat darah. ada 2 tujuan...
1) nak timbang berat (mcm siot je.. tapi dah aku timbang b4 puasa kat situ..)
2) derma darah (of course..xkn kenduri kawin kan?)

sampai kat pusat darah,a ku menikmati pemandangan yg jarang2 sekali aku lihat sebelum ni.. bapak ramai org dtg derma darah.. seat menunggu hampir penuh ok.. pastu, ada plak parents yg yg tanya kalau2 ank dia umur 14 thn leh derma gak.. isk.. dasat...

hurmm.. masuk ni dah 6x aku derma...2x sblm ni, aku pitam sikit before sempat penuh 450ml.. so, kali ni, pegawai yg bertugas, bg aku beg kecik (350ml. utk mereka yg 45-50kg). pegawai tu pon amik bacaan darah aku sampai 3x.. katanya darah aku agak rendah. dan aku disuruh mkn dahulu b4 derma sbb dah lama sgt aku mkn.. kena isi perut lagi...

adeh... td dh mkn biskut.. masuk pantry tu, dpt biskut lagi.. n air milo.. betapa aku xsuka milo panas.. mmg nk buat aku termuntah.. dan mengantuk.. nk kata xcukup tido.. rsanya, keje aku membuta je semalam. haha..

sekali lagi, bila aku masuk tempat derma, semua katil pendermaan penuh.. biar betul?? lepas katil dah kosong, baru aku dapat derma..

huhu.. betapa lajunya darah aku memenuhi beg kecik tu.. menyesal lak rasa x minta beg besar sikit. isk.. bila nurse tu dtg sbb nk amik beg tu, terasa mcm darah tu lmbt lak nak penuh. adoii... buat malu aku jek..

lepas dah penuh, dia potong wayar, dia amik darah, dia cabut jarum... aku dah batuk... betul2 pon ada.. buat2 pon ada (bengong).. yeah.. insiden biasa berlaku.. aku nk pitam... nurse berkejar ke katil... tarik, turunkan katil..

wah... best giler bila terasa darah mengalir ke otak... mcm tekak yg kering dibasahi air sejuk.. perghh... xlama lepas tu, datang air kotak tebu kat aku.. hehe..

keputusan:
1) berat sebelum bulan puasa (3 jam selepas mkn soto)=> 67.8kg
berat siang td (selepas 4.5jam makan bihun sup) => 61.3kg..
yeehaa!!!!

2) darah sempat diambil sebanyak 350ml.. dan dpt air kotak.. dan air milo lg.. (siyes nk muntah masa tu gak)

tgn aku masih lagi lebam.. nk manjakan diri xnk angkat benda berat.. tgk la thn depan.. eh, dah thn ni.. klu rajin, aku derma lagi.. leh tgk berat naik ke turun.. hehehe

p/s: pas dah derma, baru aku tau nape ramai org gi derma.. rupa2nya aritu ada iklan merayu org derma darah sbb bekalan darah x cukup.. bagus la.. sambutan mmg hangat.. prihatin gak sesetengah rakyat malaysia nih.. terima kasih malaysia!

5 ulasan:

  1. beraninye dia derma darah!!!!
    ape syarat2 nak derma darah?

    BalasPadam
  2. syarat mudah je:

    1- berat lebih 45kg
    2- x mengandung atau peod
    3- cukup tido (5 jam)
    4- umur 17 thn ke atas (minta kebenaran parents) atau 18 ke atas
    5- tidak melakukan hubungan sex x sihat
    6- sihat
    7- x amik antiobiotik
    8- xmenjalani sebarang pembedahan dalam masa 6 bulan (badan x cukup darah
    9- x pergi ke UK (sbb klu gi uk, darah kaler pink => )
    10- tekanan darah dan zat besi dalam darah cukup (akan diperiksa oleh pegawai kat situ)

    tah.. nak derma organ takut.. darah je berani... tapi xtau tul ke x, org kata, lepas derma darah, badan naik.. sebenarnye ikot kita gak..

    kalau teringin, gi la try... kalau suka, derma lg, serik, xyah dah..

    err..sebenarnya x berani sgt.. rasanya pitam tu sbb tgk darah tu la kot.. hahahah

    (komen pon berjela2... duh..)

    BalasPadam
  3. hehe.. xpe la klu gitu.. jgn pksa diri..

    BalasPadam
  4. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama