KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 10 Disember 2008

tanah runtuh di bukit antarabangsa

1st sekali, aku nak ucapkan takziah kepada semua yg terlibat. xde sape yg nak benda tu terjadi kat diri mereka.

cuma, bila semua org dah dok marah mpaj, aku jadi muak. ni bukan kejadian pertama. dlu, citer highland tower pon, terjadi kat situ gak. tapi, tetap ada pemaju nak buat rumah kat situ. tetap dapat kelulusan PBT n tetap ada org nk beli.

pemaju.. dah tau tempat tu ada sejarah hitam, nape nak gak buat umah kat atas bukit? nape tarah bukit x ikut spesifikasi? nape x kaji dulu tanah tu? biar la makan kos lebih sikit. at least, x jadi mcm sekarang.

mpaj.. camane la leh lepas pemaju yg buat keje xikut syarat?camane la dorang leh tarah bukit tinggi2?

pembeli.. dah tau dulu ada rumah tumbang kat kawasan tu, nape nak beli gak rumah atas bukit? nak pemandangan cantik? sejuk? senyap? mmg la leh dapat tapi kena terima hakikat, kita kena bayar utk semua benda yg kita nak.

sebenarnya, plat2 bumi memang sentiasa bergerak. sebab tu kita ada benua sekarang ni. pergerakan plat bumi ni sama ada secara tegangan or mampatan. sebab tu kita ada fenomena tanah runtuh, gunung berapi, lurah.... sape yg belajar geografi mesti tau ni

mungkin, sekarang ni, pergerakan tu jelas. tu sbb bukan kat ampang je, tempat lain pon ada tanah runtuh. senang citer..umah aku pon ada retak..pasrah je la..

aku paling terkilan bila tengok dalam berita, ada sorang org ni marah YB yang melawat kawasan tu. sian org tu.. dia baru nak jengah, ko dah tengking2... x baik la gitu.. kita mesti respek org..tah2, awk x undi pon YB tu. kalau awk undi, awk patut respek pemimpin yg awk pilih.

dia marah sebab ada anggota rela n mpaj yg x tolong dorang angkut barang...humm...encik...encik angkat barang untuk keluarga encik je...mpaj n rela tu kena tolong semua orang..mereka pon tau penat... kalau betul mereka curi tulang, pergi la tegur dorang cara baik...kalau dorang x gerak gak, bagitau ketua dorang. kalau dia x gerak gak, ha, bagitau YB. nak tengking, silakan. tapi bukan dalam TV yang 1 malaysia leh tengok. respek tu penting..

apa yang terjadi, sikit sebanyak sebenarnya salah kita gak-manusia.. kita sebenarnya selfish (termasuk aku). kita x pernah terfikir nak buat baik dengan alam.. kita tanam pokok, dalam kawasan umah kita je. kita bersihkan taman, taman umah kita je. kalau bersihkan longkang, longkang kita je.. tul x? so, start dr skrg, kita kena mula alert..gotong royong ye..

p/s: kagum dgn rakyat kelantan n terengganu yg tetap tabah walaupon saban tahun banjir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama