KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 1 April 2012

Penjualan Silang Saham Air Asia dan MAS Hanya Merugikan MAS Sahaja

Terima kasih kepada Khazanah Negara kerana menjual saham MAS kepada Air Asia. Niat suci murni kononnya nak pengurusan Air Asia yang hebat tu untuk kendalikan MAS.

Bawah pengurusan baru yang sangat dipercayai, pihak Air Asia telah berjaya:
1- Meletakkan anak buah mereka dengan banyaknya di dalam MAS. Keputusan-keputusan semua orang Air Asia yang buat. Ini menyebabkan ramai staf MAS dan yang berkaitan meletak jawatan.(Ye la... dah semua benda nak buat tak boleh. Asyik kena ikut cakap Air Asia.. tension kot)
2- Firefly dah tak boleh nak buat flight ke Sabah dan Sarawak. Hanya Air Asia (syarikat tambang murah) yang boleh
3- MAS atau Firefly dah tak boleh nak buat promosi jual tempat duduk murah. Kalau boleh pun, takde la murah sangat. Bab promosi bagi kat Air Asia jadi nampak macam Air Asia ni best.
4- Air Asia banyak hentikan penerbangan ke beberapa tempat sebab nak bagi peluang pada MAS? Ye ke?? Untuk pengetahuan, pelanggan yang telah beli tiket Air Asia ke Delhi telah dialihkan ke penerbangan MAS tanpa sebarang kos. Bagus untuk pelanggan tetapi kesian kot kat MAS sebab Air Asia tak bayar apa-apa pada MAS.
5- MAS mungkin xde duit banyak tapi MAS ada aset (bangunan dan lain-lain lagi) di banyak tempat. MAS dapat la juga duit dengan menyewakan ruang pejabat dalam bangunan tersebut. Pengurusan baru bercadang nak jual bangunan tu untuk cairkan aset. (dengar cerita untuk bawa masuk duit tu ke Air Asia untuk setelkan hutang Air Asia. Ye ke? Entah la)
6- Air Asia nak hak buat penerbangan lebih ke destinasi antarabangsa. Maka MAS terpaksa la kurangkan kekerapan penerbangan dia.. Waktu terbang yang diberi kepada MAS pun best menyebabkan orang tak berapa minat naik MAS.
7- MAS agak rugi dengan cara pengurusan baru. Ini menyebabkan MAS meniru dasar Air Asia yang paling bingai iaitu kalau dah beli, tak boleh tukar tiket. Ini bertujuan untuk kurangkan kerugian. Adakah pelanggan MAS suka keadaan ni? Tett!!!
Aku beli tiket Air Asia sebab tu yang aku mampu tapi aku tetap lebih sayang MAS

Oh, Air Asia telah 2 kali disaman oleh kerajaan sebuah negara ni sebab letak harga tiket dengan kos terlindung (maksudnya harga yang dia tunjuk tu bukan harga sebenar). Boleh baca DI SINI dan komen orang ramai DI SINI

Disebabkan Air Asia dah dapat banyak laluan, maka orang boleh travel dengan harga murah (kononnya), maka MAS hanya boleh berharap pada pelanggan yang mampu untuk bayar harga tiket yang mahal untuk keselesaan.

Pernah tak korang tengok harga tiket MAS dan Air Asia? Kadangkala, tiket MAS lagi murah dari Air Asia tapi jadi mahal sebab cukai lapangan terbang. Well, benda ni tak boleh elak sebab mereka adalah penegndali penerbangan yang berbeza. Jadi, cuba tengok harga tempat duduk tu, siapa punya harga lebih murah sebenarnya?

Dari dulu aku bengang dengan tindakan penjualan saham bersilang ni. Kalau betul nak naikkan MAS, suruh la Tony Fernandez tu jadi penasihat. Bagi dia gaji. Bukan jual saham supaya dia ada kuasa nak buat apa dia suka. Serius Khazanah Negara tak fikir panjang (sama la dengan isu tanah kat Singapura tu dulu)

Aku mungkin bukan sangat tere bab ekonomi. Tapi aku sayangkan MAS. Aku masih terasa yang dia milik Malaysia (walaupun dia swasta, tapi dia GLC kan? Kalau tak silap aku la). Jangan sampai nanti MAS dibaham oleh oleh Air Asia. Nanti jadi sama macam Bank Bumiputra dulu. =(

Bacaan lain:

p/s: Kalau aku ada kuasa ke atas syarikat besar, aku pun akan gunakan kuasa aku untuk kayakan syarikat aku. Ambil peluang selagi ada. Apa aku kisah dengan negara dan orang ramai? Yang penting aku kaya!!! Hahaha!!!!
p/p/s: Sedikit sebanyak aku rasa Tony Fernandes nak kenakan balik MAS atas apa yang Idris Jala buat kat dia dulu. Relax la.. baru kena sikit dah kecoh!

2 ulasan:

  1. Untuk uruskan perniagaan perlukan kecekapan. Nampaknya itulah yang MAS tertinggal jauh sekarang ini. Kalau dibiarkan lebih lama lagi ia akan memudaratkan pemegang saham dan negara.

    Kerugian melebihi 2 billion bukannya sedikit. Kalau diluar negara CEO, Board of Directors syarikat yang rugi tu dah lama letak jawatan atau mengambil tanggung jawab untuk mengaku ketidakcekapan mereka mengurus!

    Pemegang saham utama MAS adalah Khazanah, langkah memegang saham dikedua-dua buah syarikat adalah langkah strategik perniagaan. Cuma dalam hal ini tentunya MAS yang perlu dikorbankan.

    BalasPadam
  2. saya tetap rasa tak perlu penjualan silang saham. memadai kalau minta orang yg cekap tu utk berkhidmat dlm MAS.

    saya tak tau la tentang CEO MAS tapi mmg dah ramai exec n manager yg resign.

    boleh nk serahkan kuasa kpd pentadbiran baru tp kena la letak limit. apa yg AA buat hanya menambah parah pada MAS

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama