KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 8 Disember 2009

aku xtau apa yg aku nak

harus diingatkan sekali lagi.. aku ni adalah seorang yg bercelaru.. kejap, aku sangat tamak.. kalau boleh, aku nk kaya, nk suami hensem, nak jadi cun gile... nak segala2.. (biasanya, 90% waktu adalah begini)

tapi kdg2, aku jadi sangat... hurmm.. bersyukur dgn apa yg aku ada.. especially bila aku nmpk budak yg jual kuih frozen kat opis mak tapi x laku... aku rasa kesian kat dia.. aku kesian kat mamak yg jual roti.. kesian kat org yg jual gas.. kesian kat org yg buka kedai runcit yg makin xlaku sbb dah byk tesco dan carfour. kesian kat kwn madi yg jadi rider mcd tapi gaji kecik je (rm300 lepas tolak2 duit minyak tiap hari) padahal tempat keje dia jauh.. kesian kat madi yg pengsan sbb darah rendah sbb terlalu byk bekerja. terasa mcm apa yg aku ada ni rasa dah byk sgt dah.. ramai lagi yg melarat..

selalunya aku akan mengeluh, nape la org x perasan kat aku? huduh sangat ke aku ni? huhu.. org yg aku suka pon, aku dah melepas dah.. tapi bila baca dr. faeez x jadi dgn nurul syuhada, aku jadi happy... yeay! ada peluang.. yg penting, mesti doa.. tapi, sedetik lepas tu gak, aku terpikir, betul ke dia yg aku nk? cane kalau tiba nnti, bila dah dpt dia, aku dapati dia ada kekurangan gak (mmg patut la.. dia pon manusia biasa) terus aku x jadi nk berdoa minta dapat kawin dgn dr faeez.. iskk.. aku nih.. aku takut, kalau aku dah beria mintak, Allah dah bagi, tiba aku x bersyukur..

aku selalu merungut keje aku x best (ye la.. mmg aku xminat pon jadi cikgu ni). dah la gaji kecik, org pandang mudah, cuti payah.. byk cuti tapi masa tu la rate semua sky rocket.. siyes.. aku nk sgt jadi PTD.. tah apa yg aku nk sgt tah.. aku xtahu.. sbb gajinya kot? siyes aku nk keje tu.. tapi kdg2 aku terpikir, dah byk cara aku cuba lari dr jadi cikgu.. dulu dpt tawaran biasiswa KPM pon aku tolak.. last2 ke sini gak keje aku... agak2, kalau aku tukar keje lain, aku leh perform lebih baik dr sekarang ke? (percaya la.. performance aku skrg sgt teruk. aku xdpt byg'n betapa teruknya diri aku klu keje lain yg aku dapat aku xleh perform better)

hurmm.. boleh la dikategorikan aku ni mmg jenis manusia yg xtau apa yg aku nk dlm hidup.. secara pandangan jarak jauhnya, aku nk kaya (kaya pada aku = dapat beli rumah teres corner lot, kereta yg ok performance nye dan boleh nk jalan2+shopping+makan2 tanpa perlu berkira2 dgn kos) tapi, secara jarak dekatnya, aku masih x sure apa yg aku nk...

so, ada x sape2 yg sudi nk pimpin aku? bgtau aku apa yg aku patut kejar dalam hidup..

2 ulasan:

  1. -kejarlah benda yang kekal abadi.
    berkehendaklah kepada dunia dan akhirat tetapi utamakan yang akhirat.
    -Apa yang ada didunia ini memang sangat menarik dan menggoda.
    Kalau diduniapun dah tergoda, sepatutnya kita lebih tergoda dengan apa yang ada disisi Allah s.w.t.
    -sabar dalam perkahwianan 40 tahun, kekal dalam syurga selamanya.
    -pilihlah pasangan yang yakin kepada hari kiamat, respect kepada Islam, dan berprinsip.
    -Hensem tu akan hilang, tapi akhlak yang baik itu akan kekal.
    - kahwin tu sunnah tp wajib kalau tak boleh kawal
    - gunakan institut2 match making islamic yang ada kalau susah nak wat keputusan.

    BalasPadam
  2. tq atas nasihat tu.. aku akn cuba ingat. klu aku terlupa, tolong ingatkan balik (dan aku masuk dalm kategori manusia paling cepat lupa)

    cuma, nape paling byk citer pasal kawin? bukan aku xnk kawin cuma terasa diri ni x mampu lagi nk pikul tanggungjawab menjadi pasngan orang. takut x kekal nnti. sebab org xtahan dengan perangai aku (percaya la, aku sangat teruk)

    hurmm... kalau boleh, lepas ni, tolong la pakai nama.. apa2 nama pon boleh.. mudah nak keep track sapa yg sudi bagi nasihat ni.. boleh klik kat name/url..

    anyway, tq anonymous.. aku akan cuba ingat pesan awk.. klu aku terlupa, jgn la segan untu ingatkan aku balik (but plz.. klu bnda tu memalukan, guna pingbox eh? org lain xleh baca. hehehe)

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama