huhu..
akhirnya aku dapat gak urut refleksologi oleh org buta..impian aku tercapai di jaya jusco wangsa maju pada hari jumaat lepas.
nape aku suka diurut oleh org buta?well, org buta ni, deria dia yg lain lebih kuat banding manusia normal..so, dia punya tekan raba dan picit tu lagi betul dari org biasa..xde bias2..tu pendapat aku la..
hurm..mula2 aku nk diurut oleh org perempuan tapi mcm lama lak tunggu turn..so aku pasrah je la bila budak laki tu yg urut kaki aku..pakai sarung tangan pon..
urut2..pergh..sakit gak..salah aku gak. aku yg suruh budak tu buat kuat2 sbb kalau slow2 xkaw..haha..ambik obat rumaizah!!!
sambil tu borak2...
"akak umur berapa?"
"teka2?"
"40 lebih"
"Erk..? tuanya?"
"abis tu? 30 lebih?"
"akak..tuanya dorang teka.." aku mengadu pada kak yati yg jadi partner in crime aritu..
"umur akak awak agak2 berapa?" pancing kak yati lak.
"umur akak dalam 30 an.. umur akak ni berapa kak?"
" umur akak 27 la..huhuhu..st time org kata umur 40..."
" maaf la kak..kami org buta..bergantung sepenuhnya pada pendengaran kalau nak cam or..tapi biasanya kami teka betul..ni la 1st time silap.."
"suara akak tua sangat ke?"
" senang cerita la...saya ingat tadi 55..akak x perasan ke saya mula2 tadi tanya 'ye cik...nak apa2 ke?"
"huhuhu..sedihnye..."
"akak, xpe ke saya buat kaki akak ni dah macam kaki laki dah.."
"xpe dik..kaki bangku..xde apanye.."
"jangan camtu kak.."
hurmm...seriously, aku respek dorang..buta tapi boleh bergantung pada diri sendiri..bila aku tengok sopannya dorang treat org lain.. betapa bersyukurnya mereka ketika menerima bayaran, aku rasa terharu..mengingatkan aku bahawa kadang2 aku ni terlalu xbersyukur dan asyik meminta.. bila xdapat, aku asik merungut..
aku xtau apa lagi nak kata. yg pastinya, rasanya 1 bulan sekali, kalau xde aral, aku akan gi jumpa dorang untuk urut lagi..sakit..tapi syok..dan sekali2 elok utk aku merawat jiwa aku sendiri kot? tah la...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama