KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 28 April 2009

kenali diri dan pasangan melaui jenis darah

SI DIA BERDARAH “A”….
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’, ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri. Umumnya, golongan ini amat baik terhadap pasangannya. Dia akan menyayangi pasangannya sepenuh hati.. Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd kekasihnya. Bahkan setiap kali keluar rumah, dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah. Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab. Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’. Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu. Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna. Si dia mungkin naik angin sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus. Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi kekasih yg baik. Dia cenderung bertindak selaku ketua. Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan, dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu…

SI DIA BERDARAH “B”…
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’. Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja. Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung. Contohnya, ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan, tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam. Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu. Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga. Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan. Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg. W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu. Kamu perlu ingat, pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan. Si dia juga boleh timbul rasa iri hati dengan kawannya yang rapat biarpun terhadap adik beradik sendiri…

SI DIA BERDARAH “O”…
Sekiranya calon pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’, kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental. Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah menjalinkan hubungan yang erat nanti. Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu. Namun setelah lama berkasih, biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja. Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa. Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi pasangan yg baik.. Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia. Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras. Berhati-hati dalam komunikasi korang. jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!…

SI DIA BERDARAH “AB”…
Beruntung kamu. Individu ini adalah seorg yg prihatin. Ketika kamu sedang sakit, si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms. Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu. Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya. Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini. Setelah mendirikan rumah tangga, kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya. Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri…


ANDA BERDARAH “A”…
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh menjadi kekasih yg baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara.. Kamu akan berusaha untuk menjadi seseorang yg sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi. Baik kamu ubah sikap sebegini…

ANDA BERDARAH “B”….
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial. Kamu masih belum bersedia utk menjadi kekasih hati. Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman-teman dan bijak membawa diri. Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik. Kadangkala, kamu agak egois, namun krn kamu sangat mempersona, teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu perkara lagi, kamu adalah individu yg boros. Awas!!!…

ANDA BERDARAH “O”…
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat penyayang. Setelah berpasangan kamu bertindak selaku insan yang rapat kepada kekasih kamu.Sekiranya pasangan pulang lewat malam, kamu tidak marah dan ini akan membuatkan pasangan kamu menganggap diri kamu sebagai ratu hatinya. Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah. Bila sudah lama berpasangan, bercinta dan berkasih, kamu terus mengabaikan penampilan kamu. Ingat! itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita. Kamu tidak mahu kehilangan kekasihmu bukan…?

ANDA BERDARAH “AB”…
Kamu wanita cerdas. Mampu menjaga pasangannya dengan baik. Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional. Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru. wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Ini menjadikan pasangan kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu. Sifat “cool”adalah milik kamu. Biasanya orang seperti kamu ditakuti lelaki…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama