KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 20 Mac 2009

malam ni aku akan dengar taklimat MLM

MLM...

tadi aku jumpa org yg sgt xsuka MLM. malam ni lak, aku akan jumpa org yg sgt percaye dgn MLM...aku sendiri mcm mana?

aku sebenarnya mmg xsuka MLM ni tapi ada jugak yg ok sebenarnye..so, kalau org dtg kat aku, akan mintak dorang:
1st- tell me ur company name (saje nak tau pernah dgr ke x nama company tu)
2nd- u tell me ur product n the product price (aku nak tau sama ada produk tu leh caye ke x..kalau leh caye, nak gak tau, org mampu milik ke x)
3rd- aku akan tanya, kena cari org ke (of course la..nama pon MLM..tapi aku tanya gak sbb aku mmg xsuka pengaruh org utk join)
4th- aku akan tanya, kalau aku xleh cari org, camne? (sia2 la klu masuk pastu xdapat cari org, xdapat income langsung. modal dah kuar)
5th- berapa modal?(lebih je rm300, aku lemau..hehehe)

org MLM ni, ada beberapa jenis la yg aku dah jumpa..
masa belajar dulu, kwn aku gak la..join la MLM...modal besar tuh..tapi aku x ingat. n kalau dia dah capai sesuatu tahap, dia leh dapat income bulanan 3k...well....dia dah dapat n dia dah gi melancong pon atas jasa baik syarikat tu n hasil usaha dia..tapi, sebelum dia leh kaya tu, dia kena beli produk syarikat tu tiap bulan sebanyak rm300. kenapa? supaya upline dia leh dapat income rm3k tu...pas dia dah cukup downline, dia kena pastikan downline dia berbelanja rm300 spy dia leh dapat income..

kenapa aku xjoin?sbb aku xtau nak ajak sape join. aku xrasa, aku sanggup nak suruh org belanja duit supaya aku leh dapat duit..untuk benda yg xperlu..mcm kwn aku, adik dia yg jadi downline..adik dia pon student masa tu. cuba bayangkan..tiap2 bln, adik dia kena belanja rm300 utk benda yg kita leh dapat dgn rm50 semata2 supaya upline dia leh dpt 3k..xkejam ke?aku xsanggup buat kat sape2 begitu. mak aku pon pernah terbeli brg rm500 dr kwn aku tu..n x pakai lepas tu sbb...xsesuai dgn kulit?hahaha

pastu kat maktab, ada sorang kwn aku ni, agak aktif dgn MLM dia. tapi produk syarikat ni mmg org dah kenal la. cuma, aku tgk, xde untungnya jadi seller syarikat tu..untung terlalu sikit. klu nk untung byk, kena buat jualan byk la maknanya..kat tempat keje aku skrg, ada la sorang akak ni join sykt tu..tapi sbb dia baik sangat, dia bagi harga dia kat kwn yg beli. so, mmg dia x untung apa2...rugi minyak je la..n dapat pahala amal jariah tlg kwn2...

masuk keje ni..dah lama benda ni jadi sebenarnye tahun 2007..kwn masa kat u la..tiba hantar sms kata 'lama x jumpa..jom la kita get together..bercerita..sambil tu aku nak kenalkan ko kat sorang kwn aku ni.." masa aku dapat sms tu, aku terpikir, sama ada, kwn aku ni nk kenalkan laki ( bf dia) kat aku, ataupun org MLM..tapi bila kenangkan dia kwn, aku korbankan sesi detektif conan aku utk jumpa dia.

ye, aku betul! dia mmg ajak aku gi MLM. sampai je tempat tu, aku dgr org nyanyi 'kau boleh!'. huh, dah jangka dah..ni MLM yg jual penapis air mahal tu..mmg aku buat muka spjg sesi tu. masa org tu hulur mic kat aku pon, aku ckp je direct aku xpercaya n x yakin. pastu, aku buat perangai kanak2 aku bila xpuas hati. hentak kaki, berkalih tempat duduk..hentak2 kerusi depan...buat muka..n last2 aku ckp je 'aku kena balik skrg. aku ada janji dgn kwn'

masa dlm kereta, kitorang mmg xcakap byk. lepas tu lagi la xbercakap..sampaikan waktu dia kawin pon, dia lupa jemput aku padahal rumah dekat je. betapa kami xbercakap..sampai dia lupa..hehehe..

pastu ada kwn aku jon MLM sykt yg sama jual korset lak. yg ni kira dah berjaya la ni..dah sampai ke gold coast hasil usaha dia n kaki tgn lain sykt tu..kwn aku ni mmg la caye kat produk tu. tapi aku ckp terus terang, aku xkan jadi ahli..dia kata xpe la. dia jual produk je. aku tanya harga. dia kata ikut la nak bayar berapa, berapa banyak kali pon..sbb dia jual xde interest. tapi, sampai ke sudah, aku xdapat gak harga korset tu. kenapa ek?

aku cerita kat kwn aku insiden2 yg aku alami ni..kwn aku pon kata, dia dah xlarat nak tolak ajakan org MLM ni..tah baper org tah ajak dia jual korset n penapis air tu. modal bukan sikit. 23k! paling aku insaf, bila dia kata, aku x rasa aku sanggup untuk buat org berhutang 23k, semata2 supaya aku kaya. mmg sykt tu bayar income berdasarkan downline yg masuk sbb dia dah deal dgn bank..pastu, harga korset tu, aku rasa, murah je tapi sbb nak cover line2 atau piramid2 sekalian punya pendapatan, harga kena la melambung (bayangkan kalau ko org ke lapis 20, hrga tu adalah utk income ko dan 19 org atas ko!). aku setuju dgn kwn aku. aku nak kaya tapi..aku xsanggup berhutang n buat org berhutang sbb aku.

kat sekolah aku, ada gak akak yg jual korset tu..akak yg sama yg xamik untung jual barang yg aku citer tadi..tapi akak tu jujur bagitau, kalau bayar dlm 1thn (12bulan), dia cas rm2400 n harga asal korset tu bukan byk tu. dia kata, klu nak beli korset tu ok..produk mmg bagus. tapi jgn la jadi ahli..xberbaloi ko melabur duit byk2 melainkan ko pandai cari org n pandai jual brg..

td, aku jumpa kwn aku yg menjadi peg ekonomi yg aku kata tadi xsuka MLM..dia kata, dia pernah nasihat sepupu dia jgn join sykt penapis air tu..tapi sepupu dia degil. nak join jugak. sudahnye, skrg sepupunye itu berhutang dgn bank 23k n dia jual 10 penapis air tu dengan harga 1.2k. mana dia upline dia yg pastinya berjanji akan tolong dia bersama2 cari downline dan pelanggan?

aku ada soalan utk org2 yg kaya dgn MLM ni. kalau betul korang ni kaya giler..boleh membzir sana sini mcm yg korang war2kan, nape korang x tolong downline korang yg kantoi tu? nape biar dia tanggung hutang? korang yg buat dia berhutang. korang x rasa bersalah ke?

malam ni aku akan dengar taklimat MLM..tapi aku xtau sama ada aku akan absorb maklumat tu dgn cara +ve atau -ve...eh, korang perasa x, kalau org tu dah taksub MLM, camne cara sekali pun, dia akan ajak gak ko gi dgr taklimat MLM. kalau ko menolak, silap2 boleh putus kwn tau..dah jadi dah kat aku...

malam ni aku akan dengar taklmat MLM....

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum jutawan2. ada berita baik utk anda.

    Esok 8/9/2013 pada pukul 2 di HQ kami akan diadakan program keusahawanan bidang kecantikan.

    Peluang peniagaan akan dibuka utk semua org akan diumumkan esok.
    RM8 seorng. sape berminat boleh hubungi sy Aizuddin 0176423508. dibuka hanya 100 org yg betul2 berminat.

    BalasPadam
  2. Dunia akhir zaman..

    BalasPadam
  3. just nk berkongsi rasa..sy penah join mlm...dah dapt ramai downline..smua dah submit borang jadi ahli..tapi bile sampai mase aeon bank call diorang utk pengesahan pembayaran, sy ckp terpulang pada korang nk jawab apa..kalau rasa mampu nk byr bulan2, teruskan..kalau xmampu, baik tolak je..sy xsampai hati la..sbb yg kita ajk masuk tu, kawan2 kita jgk..kita nk dapt income besar, tp kwn2 kita plak jadi mangsa kene menanggung hutang..kesian kn..dan sekarang sy dah xjoin maner2 bisnes mlm ni lagi..sy dah jadi penjawat awam yg suci..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hbes cmne dgn modal yg awak laburkan mse join mlm tu? saya tnye sbb kwn saya ade join.saya kesian tgk dy cm kusut pk duit yg dy dah labur kt mlm dy join tu..

      Padam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama