KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 8 Disember 2009

aku dan handphone

aku gi LIMA kat langkawi minggu lepas. before nk gi, pengajur (wan azizan) beria la telefon aku.. alahai.. rasa bersalahnya la buat org terpaksa telefon aku.. aku ni mmg jenis suka sms melainkan dah terdesak or nk cepat. selagi bnda tu leh sms, baik la sms bagi aku...

mujur la.. handphone aku ni, betrinya mmg xthn lama. betri tipu katakan.. huhu..bila dia call je, cepat la matinya.. terus la aku buat alasan, "sbb tu suka sms.. kalau call, cepat je putus...".

the next time wan call aku, dia kata, " leh cakap x ni? kalau xleh, bagi wan phone tu.. biar wan campak dalm longkang..".. (err.. betul ke wan? x ingat la plak.. tapi lebih kurang gitu la..)

=====================================================================

daripada stimulasi di atas, ada 2 bnda aku nk cerita dalam post ni.
1- kenapa aku suka sms dari call
2-kenapa aku masih pakai handphone aku sekarang ni..

====================================================================

1- kenapa aku suka sms dari call

mudah je.. sms memberi aku masa untuk berfikir sebelum menjawab. umum yg kenal aku, rata2 tau aku ni mempunyai 1 tabiat buruk yg suka blurt out apa je yg terpikir kat kepala otak aku tanpa pikir pjg.. sometimes bnda tu betul.. tapi bila keadaan memerlukan diplomatik, aku rasa, sms lagi baik.. kalau x, lagi la emo aku menguasai sesuatu perbincangan tu.. huhu

wan kata, dia suka call sbb boleh dengar suara dan tau keikhlasan sesorang.. yup.. sbb tu aku suka sms.. sbb aku leh lindung perasaan aku yg sebenar.. aku xde masalah untuk meletakkan emosi dlm sms aku.. sms aku sangat colourful (aku rasa la) kalau aku nk..

call mahal la.. mmg sangat sesuai untuk sesuatu yg memerlukan jawapan yg segera... tp klu setakat nk flirt2 tu.. sms sudah la.. lagi la.. sms ada 160 karakter.. gunakan sepenuhnye... banyak yg kita leh cerita (hehe.. aku mmg kedekut sikit dlm sesetengah hal)



2-kenapa aku masih pakai handphone aku sekarang ni.. hurm...actually, ramai lagi kwn aku yg pakai handphone yg lagi kuno dari hp2 aku ni.. yup.. aku pakai 2 hp.. 1 nokia 1100 (beli kat mines dengan yan tahun 2004..untuk mak) dan satu lagi nokia 2600 (x ingat beli thn bila.... 2006 kot..untuk mak sbb aku nk rampas handphone 1100 mak).




nokia 1100



hp 1100 tu dah pernah jatuh longkang depan toilet budak kat sekola aku.. terperanjat punya pasal, terus aku amik dan basuh hp tu bawah air paip.. hahaha.. ada ciri2 bodo di situ.. tapi sape yg sanggup pakai hp jatuh kat longkang depan toilet tanpa membasuhnya dulu? hasilnya, skrin dia hilang sbb aku tertekan kuat sangat masa nk merenjis air dr hp tu.. kena hantar gi kedai betulkan sound.. rabak rm 50 gak la..



nokia 2600




hp nokia 2600 ni aku dapat sbb mak aku teringin nk pakai hp ada kamera..bukan apa.. senang la anak2 dia nk conquer hp dia.. mmg ye pon.. adik aku buat mcm hp dia.. mcm2 dia buat kat hp tu.. bila aku tgk2 kat tenet, didapati, nokia 2600 ni antara hp nokia paling tahan lasak. patut la.. mcm2 berlaku, dia tetap maintain..

aku sebenarnya seorang yg mata keranjang dan rambang mata... aku dah lama teringin nk beli hp yg ada kamera.. ye la.. baru la up to date dgn org lain.. tapi.. aku ada 1 masalah besar... selain drpd masalah bateri, kedua2 hp aku ni xde masalah langsung. apa alasan aku nk tinggalkan mereka dan mendapatkan yg baru? nk trade in? aku berani jamin, aku xkn dapat RM20 pon utk kedua2 hp aku ni..

aku ada gak survey kat mudah .my kalau2 hp aku ni ada value.. mmg ada org jual dalam rm50 gak la utk 1 hp ni.. tapi.. sekali lagi.. kedua2 hp ni xde masalah selain dr betrinya yg kong. xkn la besar betul hukuman yg aku nak jatuhkan atas mereka? lagipon, aku xsampai hati nk jual mahal2 hp tu.. ikutkan, klu ada org nk, aku nk je bg free.. sekali lagi aku x sanggup.. lagipon, ada ke yg nk? budak sekarang..hp lg hebat2 dr aku punya.

lagipon, radhi masih lg pakai 330.. aku berani bet, padil pon masih pakai 3310 dia... so, biarla aku belajar menjadi org yg setia seperti mereka....

fenomena facebook. perlu ke?

akhirnye... datang gak mood aku nak mencoret 1-2,3,4,5.. tah berapa byk perkara kat dalam blog aku nih.. bukan senang mood nk dtg.. kdg2 sibuk dgn kedai mkn.. kdg2 sibuk mencari harta karun.. kdg2 sibuk jaga rimau.. semua ni gara2 facebook..

so, aku rasa, biar la aku membebel pasal facebook ni.

hurmm.. boleh dikatakan, facebook (fb) ni dah jadi mcm fenomena lak kat mana2.. dah lama sebenrnya facebook ni tapi aku baru je aktif. well, ada la dalam 5-6 bulan kot.. aku join fb ni sebab kwn2 aku ramai yg join.. nizar kot yg suruh aku aktif.. dia tegur aku aku kat dalam friendster (fs) soh aku join fb coz dia nk kumpulkan balik budak2 darjah 6 raya...

mula dr situ, aku aktif sikit la fb.. kwn2 aku, aku pon xsure cane leh bertambah. yg aku tau, most ialah budak 6 raya, n kwn2 semsas aku la..

tapi, bila aku tgk betapa fenomenanya fb ni sampai aku selalu baca post dorang ni, tgh keje pon main fb.. mak aku pon citer pegawai kat opis dia pon main fb.. yg paling aku terkejut bila aku tgk ada cikgu sekolah aku sanggup bawa laptop untuk dapatkan wirelee sekolah utk main fb.. tu belom lagi campur penyampai2 radio yg dok pomot fb.. byk lagi la..

hebat sgt ke fb ni? aku pon x pasti.. yg pastinya aku surf fb utk game.. (silly game actually. but still, i'm addicted to it). kdg2 aku tgk feed dr kwn2.. (kelebihan fb ni banding social network yg lain ialah kita leh respon pada feed@ update kwn2) dan kita leh mcm berborak beramai2..

tapi perlu ke sampai jadi 1 fenomena? yg game dia pon, aku rasa, aku nk stop dah.. dulu main yakuza lord, sampai hujung aku benti la.. ni, main zoo, cafe dan treasure madness, tah bila baru nk abis.. maybe aku xkan habiskan. terlalu byk komitmen diperlukan.. kdg2 terasa bodo sbb sanggup buka komp semata2 nk pastikan mknn aku x basi..

adik2 aku, alhamdulillah, lom lagi addicted to fb.. ye la.. muda remaja.. masih sibuk dgn myspace.. myspace aku lak dah kena blok sbb byk kali kena phish.. siot la phisher sekalian..

pape pon, incek rosli pernah forward kata fb ni menyokong yahudi. ye ke? klu ye, cepat2 la org kita lak tubuhkan social network sendiri.. aku mesti daftar punya la... hahaha.. siyes.. aku x sure tah bape byk dah akaun social network aku skrg..

kepada semua yg terlalu addiced dgn fb tu.. dah2 la.. termasuk aku la nih.. blog lagi best!

Rabu, 18 November 2009

senang giler jadi cikgu..

kerja guru sering dianggap mudah oleh org lain. maklumla, balik setengah hari. cuti banyak... kan? tapi, sedar x korang, keje ni pon lebih kurang sama je tension mcm keje2 lain. maybe lagi tension kot sebab kami mmg deal dengan manusia sahaja. kiranya, sama tahap la dengan pengurus artis.. bezanya, pengurus artis jaga sorang, kami jaga ramai org.

malah, kelemahan jawatan guru yg paling besar ialah walaupun kami adalah pegawai grd A(41 dan ke atas) kami x layak untuk sahkan sijil2 org. hanya pentadbir kami yg layak. ini berbeza berbanding dgn pegawai A di tempat lain.. punya la kami punya cop pengesahan ni xde nilai.

sekolah juga merupaka institusi yg mempunyai paling banyak pegawai berjawatn 41 dan ke atas tetapi paling banyak dikecam.. mungkin kerana kami xde lif kot?atau mungkin kerana bilangan komputer di sekolah tidak banyak seperti di pejabat lain. kami cikgu ada 80 org.. komputer 4.. semuanya digunakan untuk tujuan key in markah peperiksaan (hujung tahun) dan merancang serta membuat kertas kerja program.

tahukah korang, bahawa tugasku sebagai guru menuntutku:
1- menyiapkan buku rekod
2- masuk ke kelas. mengajar dan memastikan anak muridku menyiapkan segala kerja pentaksiran dan kemudian menandanya
3- menyediakan kertas soalan
4- menanda kertas soalan
5- memberi markah dan menentukan kedudukan pelajar dlm kelas
6- menyediakan analisis peperiksaan
7- sekarang, aku perlu menjaga peperiksaan SPM sehingga 9 Disember

oleh kerana aku adalah ketua panitia (panitia sebatang kara iaitu aku seorang). aku perlu:
1-menyediakan 12 buah fail pengurusan
2- menyediakan 4 minit mesyuarat setahun
3- menguruskan segala stok panitiaku (dan harta bengkel aku sgt banyak)
4- menguruskan perbelanjaan panitia
5- membuat kertas kerja bagi segala urusan baik pulih untuk bengkel
6- merancang segala program untuk tahun depan dan memberi alasan serta sebab musaba kejadia tahun semasa

itu belum ditambah dengan tugasku sebagai s/u 3K sekolah (inilah jawatan paling aku xlarat). di mana aku perlu:
1- memikirkan tentang ke'cun'an sekolahku
2- menjaga fail2 keceriaan

aku juga adalah guru kelab. aku perlu:
1- mengisi buku laporan koko kerana s/u kelab sekarang sgt hampeh.. nama je s/u tapi semua cikgu buat
2- merancang segala aktiviti kelab. tambahan lagi, waktu perjumpaan kelab adalah serentak dengan waktu amaliku
3- mengiring pelajar serta memastikan mereka selamat semasa mengikuti program sekolah

itu belum lagi dikira dengan khidmat pelanggan kami iaitu:
1- melayan kerenah ibu bapa yang terlalu percaya dengan kata2 anak mereka.
2- membentuk mereka yang bernama pelajar remaja (yg obviously berada dalam keadaan keliru) untuk menjadi insan berguna.

untuk cikgu2 lain yang menjaga kelas. mereka perlu:
1- menjadi akauntan kelas. semua bayaran yuran mereka yg kutip, tulis resit, rekodkan, kejar klu ada budak x bayar.. tu belum lagi jadi bendahari koperasi atau PIBG.. lagi la
2- menjadi pegawai HR. segala maklumat pelajar perlu di update. dah la budak suka auta no tepon mak ayah. takut dihubungi kalau buat hal.

aku yakin, ada cikgu lain yg mempunyai penglibatan yang lebih dahsyat dari aku.. tolong la jangan anggap keje kami ini mudah dan banyak waktu senggang.

aku tau keje lain pon susah.. (lagi susah la kot kan..? sebab tu gaji jauh lagi besar dr gaji cikgu)..sebab tu aku x pernah anggap mana2 jawatan yg dipegang oleh korang sebagai mudah.

selain daripada apa yg korang baca, paling utama tugas cikgu ialah menjadikan seseorang itu insan yg berguna.. tu yg paling besar.. bukan takat pandai je.. cikgu gak kena tolong mak ayah utk pastikan yg budak2 ni menjadi anak yg diharapkan.. senang cerita, bak kata Usman Awang, adanya semua org yg berjawatan grand arini, semuanya kerana seorang cikgu.

aku bukan nk korang sanjung giler2 jawatan cikgu ni.. cukup la sekadar korang buang2 jauh2 dari kepala otak korang tu anggapan yg kerja cikgu ni mudah. seriously, kalau aku dapat elak jawatan ni, mmg aku elak.. berat tanggungjawab cikgu ni.. aku xtau berapa byk yg aku hutang kat budak2 ni sebenarnye.. ye la.. kalau dorang xpandai, mmg sebahagiannya adalah salah aku. kalau dorang jahat, ada la silap aku tu..

kepada semua anak murid aku... GUDLAK SPM ye!

p/s: padan muka korang. hahaha.. baca la sampai bosan.

Selasa, 17 November 2009

masa kecederaan

haha.. xde kaitan dgn bola. tambah plak, aku mmg dah x minat nak ikut pasal bola sejak zidanne dah pencen ni.. hahah... apa yg aku suka pasal dia? jatuh cinta ppandang pertama beb tengok dia gelecek bola! aww....awww...

esok dah start dah mesyuarat/ taklimat mengawas SPM dan juga melawat kawasan (macam YB plak! haha..) kepada cikgu2 lain, aku jamin, dorang xnak dah jejak sekolah balik. tapi aku kena gak balik ke sekolah. kenapa? sebab....
1- mak aku balik kul 4.30 petang. so, mcm biasa, aku akan asar kat sekolah, baru amik mak
2- stok barang2 bengkel aku masih xsiap lagi. bayangkan la.. mangkuk ada 5 jenis... periuk 7 jenis kot... tepung.. gula.. garam.. baking powder.. bla..bla..bla..
3- fail2 panitia xsetel langsung.. walaupun anitia aku adalah panitia sebatang kara, aku tetap ada 12 eh 13 fail macam orang lain
4-kerja 3K.. hahaha.. kerja senang je.. taip usul dari semua org kalau ada idea nk tambah baik 3K sekolah..

lagipun, rasa mcm kekurangan plak kalau x pergi sekola.. yeehaaa!!!! kata2 dari rumaizah yg dah mula mengeluh melalui jalan yg sama setiap hari untuk balik ke rumah.

yela.. yela... meja aku x mcm meja.. biar la aku kemas dulu.. cikgu2 lain yg dh setel, xyah la dtg sekola.. aku ni byk lagi yg x siap.. biarla aku menikmati masa kecederaan aku ni... heheh

1 je.. tolong doa aku x tertinggal kunci kereta lagi boleh x? kang xpasal2 aku nangis lagi kang