KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 18 Mei 2013

Jangan penat berusaha (khas untuk anak-anak muridku)

Apa yang aku nak cakap kali ni aku tujukan khas untuk anak murid aku. Walaupun aku rasa dorang tak baca blog aku. Walaupun aku rasa mereka dah tak nak dengar bebelan aku.

Hurmm.. Macam mana aku nak mula??

========================================================

Ok la. Saya tahu awak semua dah penat. Penat buat amali tak sudah-sudah. Ulang amali yang tak jadi. Kemas bengkel lepas masak. Masa tingkatan 4 dulu, masa excited, takde hal la. Tapi sekarang dah tingkatan 5, rasa dah penat. Dah bosan. Dapat-dapat cikgu asyik membebel. Menjerit-jerit marah.

Tapi, jerit saya tu tiap hari awak dengar. patutnya awak dah lali. Awak dah tak kisah sebab awak tahu, lepas tu bila awak tegur saya, saya tak marah pun. Jerit saya hanya tu hanya untuk pastikan yang awak dengar. Sebab entah kenapa, bila masuk bengkel, pegang alat sendiri, pendengaran awak semua macm terjejas.

Penat. Ya, memang awak penat tapi, kalau awak buat sama-sama, tak pentingkan diri, mesti semua kerja boleh siap kan? Dan, kalau dah tahu awak tak nak ulang amali tu, buat la betul-betul kali pertama awak buat. Jangan main-main. Takde la masakan awak tak jadi. Dan kalau ikutkan, saya lagi penat sebab tiap-tiap tahun saya kena ulang benda yang sama. Kena melihat anak murid saya yang makin malap bila naik tingkatan 5.

Saya tak tahu, bagaimana pula awak di kelas lain. Adakah awak tidak serius? Adakah awak main-main? Adakah awak dah berusaha sehabis baik? Ataupun, awak sekadar hadir di kelas tapi tak pernah belajar. Sebab, jujur, keputusan awak kurng memberangsangkan.

Kalau awak jenis tak serius dan main-main, berhenti la bermain. Masa depan awak bukan 1 perkara kecil. SPM tu 1 hal yang besar. Ya, gagal SPM tak bermakna hidup awak gagal. Tapi kalau awak lulus SPM, insyaAllah, mudah sikit jalan awak. Semangat awak pun akan melonjak. Perasaan ibu bapa awak, jangan cerita lah. Mesti kembang setaman.

Tapi, kalau awak rasa awak dah berusaha tapi masih dapat keputusan yang sama, jangan la berputus asa. Berhenti sekejap. Periksa balik apa yang tak kena. Betulkan kesilapan. Mungkin cara awak belajar tu tak sesuai dengan kemampuan awak. Mungkin ada kaedah lain yang lebih mudah dan sesuai. Itu yang awak belajar masa amali kan? Kenal pasti kesilapan dan jangan ulang kesilapan itu semasa amali ulangan.

Ataupun, mungkin kejayaan dah semakin dekat cuma awak yang tak tahu. Ya lah.. kejayaan kita tk dapat bau dari jauh. Saya yakin, kalau kita boleh bau dan anggar kejayaan, mesti awak takkan berhenti berusaha. Jangan berhenti. Dekat je garisan kejayaan tu.

Kalau la dia tak berhenti, mesti berlian tu milik dia kan? Sama juga dengan awak. Jangan berhenti. Kejayaan dah dekat sangat dah. Apa sangat 6 bulan banding awak dah sekolah 10 tahun?
Tengok contoh Tokoh Kokurikulum tahun lepas. Wan Nurshela. Dia berubah sikap setelah dapat jadi Tokoh Kokurikulum pada bulan Ogos. Hasilnya, dia lulus semua mata pelajaran masa SPM. Sedangkan selama ni, dia adalah antara pengumpul F paling cemerlang. Kalaulah dia insaf dan berusaha dari bulan Januari, pasti keputusan dia setara dengan murid kelas hadapan.

Saya tak tahu bagaimana awak semua melihat masa depan awak semua. tapi, percayalah, apa yang awak ada hari ini takkan cukup untuk masa depan awak. Sebab tu awak kena berusaha untuk jadi lebih baik supaya awak dapat lebih pasa masa depan.

Awak kata awak sayang cikgu itu, sayang cikgu ini. Jujur, saya ada sedikit cemburu. Apa yang cikgu tu buat yang saya masih belum buat sampai awak sayang mereka lebih dari saya? Tapi, bila saya fikir balik, biarlah awak tak suka saya sebab saya kuat marah atau suka membebel. Yang penting, apa saya buat semuanya untuk awak. Dan, kalau awak betul sayang cikgu-cikgu yang awak sebutkan tu, kenapa awak tak berusaha bersungguh-sungguh, dapat keputusan yang baik dan secara tak langsung, buat cikgu tu bangga gila dengan diri awak? Itulah sebenarnya bukti yang awak sayang mereka.

Seperti yang saya selalu kata, saya, ibu bapa awak, cikgu-cikgu, semua marah awak sebab kami ambil peduli untuk awak. Tak percaya, tanya mak awak, kenapa dia marah awak balik malam-malam? Kenapa tak marah anak jiran sebelah sedangkan dia lagi la tak pergi sekolah langsung?

Jawapan mereka sudah pasti sebab mereka sayangkan awak. mereka nak awak pergi sekolah sebab mereka nak awak berjaya. Sekurang-kurangnya lebih berjaya dari mereka. Anak jiran sebelah tu, biarlah. Mereka ada orang tua sendiri.

In case la awak semua tertanya-tanya kenapa cikgu pilih kasih. jawapa dia mudah je. Cikgu pun manusia macam awak. Awak ada ramai kawan. Tapi tak semua kawan awak suka kan? Kenapa awak suka kawan yang tertentu tu? Kenapa tak sayang semua kawan awak?

Boleh dikatakan jawapan kepada soalan tu sama la dengan jawapan kami. Cuma jawapan kami lebih sofistikated. Kami bukan pilih kasih. Tapi, kalau dah murid A dengar cakap kami, buat kerja kami, tak melawan, takkan kami nak marah mereka? Kalau dah murid B asyik main-main, suka menjawab, takkan kami nak belai mereka? Naik lemak la mereka nanti. Awak pun mesti menyampah kan kalau cikgu sayang orang yang suka main-main.

Paling penting, minta maaf banyak-banyak kalau saya dan cikgu-cikgu lain tak boleh nak puaskan hati awak semua tapi awak kena ingat, murid ada ramai (kecuali saya la kan. Anak murid 28 orang je tahun ni). Kami tak mampu nak ikut kepala sorang-sorang. Cikgu yang mengajar awak pula setiap tahun tak sampai pun 20 orang. Bolehkah awak jamin yang awak dapat puaskan hati 20 cikgu tu sepanjang masa? Tak juga kan?

Cukup la sampai kat sini. Tujuan entry kali ni hanya untuk ingatkan awak semua yang cikgu-cikgu dan ibu bapa awak semua sayang pada awak walaupun mereka tak peluk cium awak hari-hari. Kalau awak rasa nak buat mereka gembira dan nak yang terbaik untuk masa depan awak, berusahalah dan jangan berhenti.

Macam yang biasa saya cakap, kalau awak berjaya, kami (cikgu dan ibu bapa) juga tumpang gembira sebab bila awak semua berjaya itu tandanya kami berjaya.

'NEVER QUIT, NEVER SURRENDER'


3 ulasan:

  1. ada anak murid yg tahu tak akak ada blog?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu dia muka x malu, tampal kat fb, tag murid suruh baca.. hahaha

      Padam
  2. wohohooo...kerlassss~~ ღ(。◕‿◕。)ღ

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama