Pernah tak korang sebarkan cerita buruk tentang sesuatu atau seseorang dan lepas tu dapat tau yang kisah sebenarnya tidak la seperti yang korang dah sebarkan. Pernah tak? Pernah tak?
Aku ada pengakuan. Aku pernah buat kerja tak baik tu. Dan aku sangat menyesal dengan akibatnya (walaupun orang tu pun ada silap dia - hahaha.. tetap nak salahkan orang lagi tu.)
Pernah tak korang tengok gambar di bawah ni? Gambar ni sangat banyak tersebar di FB minggu lepas. Kononnya masa tengah testdrive, tiba-tiba spring patah.
Aku rasa, ramai maklum yang memang ada sesetengah rakyat Malaysia ni yang nyampah betul dengan Proton. Bila mereka nampak je gambar ni, maka pelbagai la kata kutukan yang mereka hamburkan. Siap tolong buatkan tagline baru lagi. Kalau tak silap aku, dari 150 komen, 135 la komen yang mengutuk (anggaran je la.. bukan aku kira satu-satu pun komen tu). Tu tak kira lagi yang dok kongsi dan kutuk gambar tu di dinding FB masing-masing.
Hinggalah beberapa hari lepas, kawan aku beritahu yang ejen jualan mengaku yang dia pandu uji kereta tu dan dia cuba mengelak kereta lain menyebabkan kereta yang dipandu langgar pembahagi jalan, melambung dan akhirnya spring dia patah.
Itu pun, masih ada lagi yang pertikai. "Ye ke?" Itulah yang mereka tanyakan. "Takde nampak kesan pun??" "Boleh percaya ke?" "Saje cover line la turr.." Macam-macam la pula statement tak puas hati mereka. Dan aku percaya, tak banyak la orang-orang di FB yang berusaha nak sebarkan pula cerita baru tu. Hakikatnya kawan, kereta mana yang tak rosak kalau kemalangan?
Sekali lagi aku nyatakan, aku memang sokong proton. Tak kira la apa orang kata, aku sokong proton sebab proton memang hasil kerja rakyat Malaysia sendiri. Biarlah design dia curi orang punya ke, pick up dia bengong ke, tu tetap hasil bangsa aku sendiri.
Sekali lagi sila ingat Malaysia hanya pemilik Perodua Marketing ye. Kilang tu milik Jepun.
Nanti ada la kata yang mereka kutuk bukan sebab benci tapi sebab nak Proton menjadi lebih baik. Come on la!!! Aku cikgu beb! Aku tau bila korang punya statement tu ada niat nak mengutuk, ataupun niat teguran membina. Tiap hari, kerja aku adalah menegur, mengutuk dan memuji budak supaya mereka jadi lebih baik. Kalau sesuatu tu layak dipuji, pujilah dia walaupun dia ada kelemahan. Lepas puji tu, ko tegurlah. Bukan kutuk, kutuk dan kutuk!
Situasi menyebarkan keburukan orang tanpa usul periksa ni bukan hanya berlaku kepada Preve di atas. Hal ini turut berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Katakanlah, ada la sorang minah/mamat ni buat kita sakit hati. Kita berdendam dengan dia. Kita pun dok kutuk dia depan kawan-kawan kita. Ini menyebabkan kawan kita turut menyampah pada minah/mamat tu padahal minah/mamat tu takde salah pun pada kawan kita. Lepas tu, kawan kita yang sangat percaya pada kita tu turut pulak menyebarkan cerita buruk pasal mamat/minah tu pada orang lain.. Maka makin hebatlah kebencian berantai tu.
Yup, memanglah kalau orang tu tak buat salah, orang takkan nyampah dengan dia. Tapi, korang macam la tak pernah buat salah kan? Dan setiap orang boleh berubah. Macam mana kalau orang tu nak berubah tapi dia tak dapat sokongan / tetap dibenci semata-mata sebab cerita yang korang dah sebarkan dalam keadaan marah korang tu? Boleh dikatakan, korang la punca orang tu tak boleh nak berubah jadi lebih baik.
Akhir kata, kita semua ada kelemahan. Namun, kita juga ada kekuatan. Janganlah kerana kelemahan yang sedikit tu, kita jadi buta terhadap kekuatan seseorang. Kita kena bagi peluang pada orang. Seperti mana kita pernah dapat peluang dari orang lain.
Dan kepada mereka yang pernah jatuh disebabkan cerita orang, kuatkan semangat korang. Janganlah kalah dengan mereka yang seperti parasit yang hanya tahu ambil nutrisi dari perumahnya. Korang jauh lebih hebat dari tu. Takkan disebabkan mulut 1-2 manusia korang kalah? Masih ada 100-200 lagi manusia yang boleh terima korang.
Sokonglah Proton!
Hahaha... tiba je!