KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 8 September 2010

jangan terlalu menyayangi seseorang

sedar atau x, org yg paling banyak kita lukai ialah org yg rapat dengan kita. x caye? contoh paling senang la.. andaikan ada 2 org yg buat jamuan raya.. sorang org yg rapat dgn korang.. sorang tu x la rapat sgt. kalau korang x gi kedua-dua majlis tersebut tanpa alasan yg best, sape lagi sentap? mesti yg rapat dengan korang kn?

ataupun, korang pergi mana2 pastu bawa ole-oleh tp x semua org dpt.. org tertentu je, berani la x bagi pada org yg rapat.. mesti dia sentap..

kenapa? sebab kita dah ada 1 tempat khusus (parking bernombor plat) dalam hati dorang. berbanding dgn org lain, ada tempat gak, tp xde parking khusus.. kalau lambat, sila parking jauh sikit. jadi, apa je yg korang buat, kesannya lebih terasa berbanding daripada kalau org lain yg buat. ini termasuk la dalam bab melukakan hati mereka..

mesti korang kata, "xde la.. dia rapat dgn kita.. dia paham kita.. dia dah tau kita mmg gitu. xde terasa punya" bullshit la statement tu.. ooppss!! maaf.. baru minta maaf dah guna bahasa kasar lagi. ok.. cow dung!! sopan sikit x? poin aku ialah, statement tu xleh pakai.. org yg paling kenal korang ialah mak ayah korang, tp, cuba tanya, adakah mak ayah korang xpernah terasa hati dgn korang? tiap kali korang naikkan suara (dah mmg cepat sentap), tiap kali korang lupa belikan barang.. lambat amik.. mesti terasa woo..

aku masih x sampai lagi ke poin aku.. rasulullah pernah berpesan yg maksudnya lebih kurang gini.. "Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya". lagipun, benda yg paling korang sayang biasanya akan menjadi kelemahan korang yg paling utama.. so, sila la berpada-pada..
ye, menyayangi sesorang dengan keterlaluan sama la seperti menyerahkan hati korang utk dijaga olehnya.. dia buat apa je pd hati kita termasuk meramasnya hingga hancur luluh.. so, jgn serahkan hati korang sepenuhnya.. simpan separuh.

pernah x korang tgk, kawan yg dulu kamceng gile, tiba2 bergaduh, lepas tu terus berkerat rotan berpatah arang? nape jadi gitu? well, bila dah terlalu rapat, masing2 memegang rahsia.. tiba, disebabkan sesuatu perkara, timbul perbalahan.. terluka, maka terlepas la rahsia yg dipegang, terasa dikhianati.. sudahnya.. tiada maaf bagimu..

tu senario biasa.. org yg plg korang sayang juga boleh jadi kelemahan korang sbb kadang2 disebabkan org yg kita terlalu sayang tu, korang jadi buta dengan benda lain. apa yg dia cakap, itu la yg betul. apa pendapat dia, tu yg tepat sekali. nasihat org lain semua salah. kalau korang kehilangan dia pula, rasa dunia ni mcm dah nk kiamat padahal mmg telah tertulis, setiap yg ada permulaan pasti ada pengakhiran..

moral: "Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya" cukup la sekadar bersederhana..

* sape nk jadi kawan baik aku sila angkat tangan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama