KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 5 Mac 2010

kemarahan di hari jumaat 1

dah lama aku x marah orang.. malah, kat facebook, aku katakan yg hidup ini begitu ceria.. well, aku tetap tengking orang.. tu cara aku melaksanakan tugas. hehe!! tapi aku rasa hidup aku ceria sangat. xde masalah besar.. xde apa nk runsing..

tpi, lain lak jadinya pada hari yg menjadi penghulu hari nih.

bermula dengan seorang rakan sejawat aku.. hurmm.. dia adalah bendahari kelab guru.. hurmm.. yuran mahal giler.. rm200.. siyes aku malas nk bayar. dapat lak waktu tu, aku mmg sengkek.. even kereta aku yg perlukan perhatian pon aku terpaksa buat pekak sbb xde duit.

tapi last2 aku bayar gak, walaupun dengan hati yg panas. dengan gentle lagi, aku bayar full.. sebab aku dah malas nk pikir pasal yuran tu. pada dia, aku katakan, aku x salahkan dia, tapi aku mmg x puas hati dengan yuran tu..

tu kisah bulan lepas.. sekarang ni plak musim sukan. sebagai penolong ketua, aku diarahkan untuk kutip duit sumbangan sebanyak rm20 dari guru2 rumah sukan utk sponsor rumah merah (hidop bendahara!). dijadikan cerita, kawan aku yg menjadi bendahari kelab guru ni adalah guru rumah merah gak. so, aku kena minta duit dari dia gak la.

aku x jumpa dia before CNY, so aku sempat jumpa dia semalam. aku minta la duit tu dari dia. dia kata dia x bawa duit. esok la.

arini, dia datang bayar duit pada aku. ni perbualan kami:
dia: nak bayar duit bendahara
aku: ok..
dia: ha.. tengok.. cani la.. kita mudahkan tugas orang.
aku: akak, saya dah kutip dengan cikgu lain lagi awal tau.
dia: x la.. maksud akak, kita yg cari org utk bayar.. xyah la orang tu kena minta duit kat kita.
aku: akak, kira saya pon dah mudahkan akak la.. saya dah bayar habis, akk xyah lagi susah2 cari saya mintak bayar lepas ni. x cukup ke?
dia: tapi akak kena mintak banyak kali
aku: akak, tolong la jangan samakan.. akk minta saya rm200, saya minta rm 20. boleh x akak bezakan?
dia: tu bukan salah aku. tu salah cikgu2 semua sebab x bangkang
aku: sori.. kitorang dah bangkang dah masa dia kata rm250. yg rm200 tu, dia x bincang, akak tiba2 kutip.
dia: ada la tanya
aku: xde. saya dah tanya orang dah. dia mmg x bincang pon. (tangan aku dah mula naik dah.. tunjuk2 depan). tolong la.. jangn la samakan rm20 dengan rm200.. berbeza betul. kira ok la tu akk xyah minta lagi duit kat saya..

yup, aku kurang ajar.. mmg dah lama aku x naikkan suara kat rakan sejawat aku. tapi, siyes aku tension org mengungkit. bukan aku sorang yg liat bayar. sendiri mau ingat la.. ko mintak duit bape hb? konfem la masa tu lom gaji lagi. kira bersyukur la aku bayar habis.

aku tau aku salah. tapi aku xde kekuatan lagi nk minta maaf kat dia.sbb aku rasa dia pon ada saham. malah, masa aku tolong kawan aku, tangan aku masih menggigil tahan marah.

tapi, biasa la.. jap je aku marah.. pastu ok la.. cuma, aku lom lagi minta maaf kat akk tu sebab berkasar..

sori.. aku memang loud orgnye.

Khamis, 4 Mac 2010

tentang madi

ingat madi?

aritu, aku teringat balik yang aku kenal dia kat myspace.. so, aku jenguk balik myspace.. tiba aku tengok, eh, dia online la semalam.. maknanya dia ok la kan? aku pun tegur la dia.. hantar mesej, nape lama x kontek aku..

hurmm.. selepas beberapa hari, since xde balasan dari dia.. aku tengok lagi myspace dia.. tgk dia baru je online lagi.. ahh!!! ini dah menjadi baran di hati! aku punya la risaukan dia.. cari dia bagai nak rak, siap dah plan nak gi tpg.. dia plak boleh online, x balas mesej aku.. aku hantar lagi 1 mesej kat dia.. memberitahu dia betapa aku kesal dengan sikap dia.

mmg aku frust giler.. rasa sia2 je, kerisauan aku.. malam tu aku tido dengan rasa kecewa dan sedih

esoknya, bila aku pikir balik, aku rasa syukur sangat dia masih hidup.. x kisah la kalau dia dah xnak kawan dengan aku pun.. asalkan segalanya selamat.. sejak dari tu, aku dah x risaukan dia lagi.. kalau aku teringat kat dia, aku jez harap yg terbaik utk dia

tapi, xtau nape, kadang2 hati aku berkata gak, x mungkin madi buat gitu kat aku.. tapi, aku pikir, x pe la..

tiba tadi, aku dapat mesej dari madi. dia hantar mesej malam tadi (pagi actually). dia explain la apa yg sedang berlaku.. siyes, aku x suka apa yg aku baca..

dia kata, kwn dia yg online guna akaun dia sbb kawan dia nk main game dalam myspace. kwn dia yg gitau dia aku mesej. surat yg aku kirim dia dapat tapi xdapat nk balas sebab x terpergi ke pejabat pos kerana motornya rosak..(kg kuala trong sangat jauh dari pekan kot? tah la..)

sakit dia makin teruk.. mudah demam. nak keluar pun xleh.. takut jadi pape.. henset rosak (aku dah kata, jangan pakai hp CSL).. hurmm..

kalau aku ditipu, aku xtau la..aku rasa, x kot. ke aku yg terlalu bersangka baik pada org? tp hati aku siyes kata dia x tipu aku. bukan dia untung pape pun kalau dia tipu.. aku x pernah bagi dia duit ke apa..

arghh!! aku risau!! aku lebih suka kalau dia ok.. yg dia blah camtu jek sbb dah malas dengar aku bebel..

Rabu, 3 Mac 2010

pengajaran dari drama chuck sekejap tadi


xtau apa yg buat aku penat sangat, lepas asar, aku tertido (padahal mmg dah nk dekat maghrib dah) aku maghrib kul 8 lebih (dan sambung tido balik. jap lagi nak isya')..

yg buat aku terbangun ialah, aku terbau makanan.. err.. tolong jangan pandang serong pada aku, biasanya, kalau aku bau makanan, tu tandanya mak aku dah masak. dah pagi la tu. seriau jap.. sempat x isya'? sempat x?

capai hs, oo.. baru kul 12.16mlm.. aku buka tudung saji (pada pukul 12 lebih) dan capai sayur kacang. makan sambil tgk citer chuck. siyes aku xleh makan kalau x tgk tv.

1st time tgk citer chuck (tu pun separuh jalan) tapi aku suka dengan episod kali ni. aku x peduli.. aku bagi gak sinopsis dia..

.................

chuck ni CIA.. dia dapat tau, roommate dia kat stanford u (juga ejen CIA) telah menceroboh ke dalam sistem CIA (kira mengkhianat la ni) dan telah dibunuh (xtau oleh sape. tgk separuh jalan). so, dia sangat sakit hati la bila kena siasat kes ni sbb melibatkan 1-stanford u 2- lecturer u dia 3-roommate dia (bryce).

apa yg buat chuck sakit hati dgn bryce? ye la.. roommate. kira kwn baik la tu. tiba chuck kena buang sekola (u), oleh lecturer dia kerana dia dikatakan mencuri kertas soalan (padahal dia ni geek.. xperlu curi soalan). bila dia tanya sape yg laporkan dia, dia dapat tau, bryce punya keje.
sejak dari tu, dia benci bryce. bryce pon x kata apa.

ok.. sampai ke stanford u, dorang dapat amik balik benda yg bryce simpan. rupa2nya dalam tu ada maklumat semua student stanford u yg jadi ejen CIA. termasuk la chuck tu sendiri. terperanjat la chuck. padahal, dia join CIA lepas kena buang U.. isk.. kaget2..

di akhir cerita, chuck dapat tau, yg bryce sengaja buat dia dibuang U, sebab xnak chuck dilantik sebagai ejen pengintipan ketenteraan.. bryce tau yg chuck x mampu.. ye, chuck bijak tapi dia bukan seorang yg tangkas. demi nak selamatkan chuck dr ditugaskan ke jawatan yg sangat hyper tu, dia sengaja buat chuck diberhentikan u, dengan harapan chuck x jadi ejen cia..

siri ini diakhiri dengan flashback chuck mula berkenalan dgn bryce.. chuck cari balik kenangan manis dia dengan bryce.. dia dah sedar yg bryce sebenarnye nk tolong dia. dah xde lagi dendam dalam hati dia..
......................

huhu.. sakan aku bagi sinopsis.. dah x mcm sinopsis pon.. mcm kisah penuh.. tp korang paham x poin aku?

kita kadang2 x paham kenapa sesuatu benda tu jadi kat kita. x paham nape org buat sesuatu kat kita. dapat lak, org tu buat pastu senyap je.. xnak explain kat kita.. kita lak, rasa kita yg mangsa, so, kita xnk jumpa org tu buat penjelasan sebaliknya kita demand jawapan dalam diam. kita tau, org tu tau kita nk jawapan tapi dua2 belah pihak xnak buka mulut.

bila dalam situasi gini, mmg mudah la nk berlaku salah paham.. silap2 leh putus kawan (mcm dalam cite chuck ni la) hingga la kita tau kebenarannya.

kalau kita tau kebenaran sebelum terlewat, xpe la.. kita leh cari balik kawan kita tu, cakap kita dah tau hal sebenar, demand penjelasan dari dia.. pelok 2-3 das.. dan semuanya kembali seperti sedia kala.. persoalannya, cane kalau kita tau kebenaran tu lambat? bila dah xde ruang utk kita buat pembetulan?

aku suka pengajaran dalam citer chuck kali ni. apa pengajaran dia? jgn terlalu menghukum org mungkin? atau kita mesti sedia memaafkan org? atau kita mesti sentiasa mendapatkan penjelasan? atau, kita jangan terlalu mudah lepaskan sesuatu yg amat berharga pada kita? tah. terpulang la cane korang nak tafsirkan..

Isnin, 1 Mac 2010

facebook- siapa pantau siapa?

facebook.. kebanyakan org ada facebook. termasuk aku. xde apa pon.. jez nak update dengan kawan tiap2 hari.. (saje menggedik!) dan kontek balik dengan kawan lama.. kawan sekola rendah (skrg tgh mesej dgn budak sekola agama), kwn sekola menengah, kawan u, n kawan kepada kawan2 tadi.

lupa plak nak cakap.. termasuk gak kawan2 kat sekola sekarang dan ANAK MURID aku sendiri. mula2, aku nak berpegang seperti kawan2 aku kat u (lecturer) or sekola (cikgu) lain. bagi dorang, dorang xkan add student yg masih belajar di sekolah. kalau add pon lepas budak dah habis sekola.

tapi, cikgu2 kat sekola aku yg lembut hati ni, belasah je terima budak2 sebagai kawan dalam FB.. n aku termasuk dalam golongan yg lembut hati tu.. nge... :D

nape aku terima? haha.. yg add aku ni, budak2 cina.. so, apa je planning dorang aku leh tau.. dorang nak merayap masa cuti ke.. dorang bergambar x senonoh ke, semua aku sound direct kat FB tu (anak murid cina aku spesis x cepat sentap! mungkin sebab vocab dorang yg x berapa byk tu menyebabkan dorang x mudah sentap. sindir bagai nak rak pon, dorang terima saje. budak melayu x ramai yg ada komp kot.. jadi xde la terlalu beria fb..)

tiba siang tadi aku sakit kepala (x makan padahal dah tgh hari).. sikit je la.. tapi cukup la utk buat aku terdiam dan pegang kepala, tiba datang la ketua bengkel dan sound aku direct, "cikgu, lepas ni you kena kurangkan main Fb la cikgu.. you stay up lama sangat sampai mengantuk."

adeh! aku plak kena sound! siot ko!
"mana ada saya tido.." jawab aku membela diri
"tu tadi awak pegang kepala pejam mata..you tido la tu.."
"saya sakit kepala la.. saya x makan lagi.."
"oo.. ye ke cikgu?"

huhu.. nampak gaya, aku plak yg kena perati dengan budak.. pasni, kalau nk shout out apa2 pon kena hati2.. dorang memang la x paham.. tapi tetap kena hati2..

p/s: disebabkan payah sangat nak dapatkan perhatian daripada budak+ penat berdiri kat padang+sakit kepala, aku cakap, "tolong la.. saya x makan dari pagi ni.."
x sempat abis ayat, sorang budak melayu menjawab, "sama la dengan saya cikgu!" aduh.. ada je menjawabnya.
tapi aku tambah lagi, " kalau awak x nak tengok saya makan orang, baik awak semua senyap!" baru la kelas senyap sikit.. payah dengan budak tingkatan 5 ni..