KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 22 Mei 2013

Tanda-Tanda MATI... 100 Hari Sebelum KeMATIAN Berdasarkan Al-Quran


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

"WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

Isnin, 20 Mei 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!


Copy paste dari FB je..
==========================================================

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH 
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:


Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Sabtu, 18 Mei 2013

Jangan penat berusaha (khas untuk anak-anak muridku)

Apa yang aku nak cakap kali ni aku tujukan khas untuk anak murid aku. Walaupun aku rasa dorang tak baca blog aku. Walaupun aku rasa mereka dah tak nak dengar bebelan aku.

Hurmm.. Macam mana aku nak mula??

========================================================

Ok la. Saya tahu awak semua dah penat. Penat buat amali tak sudah-sudah. Ulang amali yang tak jadi. Kemas bengkel lepas masak. Masa tingkatan 4 dulu, masa excited, takde hal la. Tapi sekarang dah tingkatan 5, rasa dah penat. Dah bosan. Dapat-dapat cikgu asyik membebel. Menjerit-jerit marah.

Tapi, jerit saya tu tiap hari awak dengar. patutnya awak dah lali. Awak dah tak kisah sebab awak tahu, lepas tu bila awak tegur saya, saya tak marah pun. Jerit saya hanya tu hanya untuk pastikan yang awak dengar. Sebab entah kenapa, bila masuk bengkel, pegang alat sendiri, pendengaran awak semua macm terjejas.

Penat. Ya, memang awak penat tapi, kalau awak buat sama-sama, tak pentingkan diri, mesti semua kerja boleh siap kan? Dan, kalau dah tahu awak tak nak ulang amali tu, buat la betul-betul kali pertama awak buat. Jangan main-main. Takde la masakan awak tak jadi. Dan kalau ikutkan, saya lagi penat sebab tiap-tiap tahun saya kena ulang benda yang sama. Kena melihat anak murid saya yang makin malap bila naik tingkatan 5.

Saya tak tahu, bagaimana pula awak di kelas lain. Adakah awak tidak serius? Adakah awak main-main? Adakah awak dah berusaha sehabis baik? Ataupun, awak sekadar hadir di kelas tapi tak pernah belajar. Sebab, jujur, keputusan awak kurng memberangsangkan.

Kalau awak jenis tak serius dan main-main, berhenti la bermain. Masa depan awak bukan 1 perkara kecil. SPM tu 1 hal yang besar. Ya, gagal SPM tak bermakna hidup awak gagal. Tapi kalau awak lulus SPM, insyaAllah, mudah sikit jalan awak. Semangat awak pun akan melonjak. Perasaan ibu bapa awak, jangan cerita lah. Mesti kembang setaman.

Tapi, kalau awak rasa awak dah berusaha tapi masih dapat keputusan yang sama, jangan la berputus asa. Berhenti sekejap. Periksa balik apa yang tak kena. Betulkan kesilapan. Mungkin cara awak belajar tu tak sesuai dengan kemampuan awak. Mungkin ada kaedah lain yang lebih mudah dan sesuai. Itu yang awak belajar masa amali kan? Kenal pasti kesilapan dan jangan ulang kesilapan itu semasa amali ulangan.

Ataupun, mungkin kejayaan dah semakin dekat cuma awak yang tak tahu. Ya lah.. kejayaan kita tk dapat bau dari jauh. Saya yakin, kalau kita boleh bau dan anggar kejayaan, mesti awak takkan berhenti berusaha. Jangan berhenti. Dekat je garisan kejayaan tu.

Kalau la dia tak berhenti, mesti berlian tu milik dia kan? Sama juga dengan awak. Jangan berhenti. Kejayaan dah dekat sangat dah. Apa sangat 6 bulan banding awak dah sekolah 10 tahun?
Tengok contoh Tokoh Kokurikulum tahun lepas. Wan Nurshela. Dia berubah sikap setelah dapat jadi Tokoh Kokurikulum pada bulan Ogos. Hasilnya, dia lulus semua mata pelajaran masa SPM. Sedangkan selama ni, dia adalah antara pengumpul F paling cemerlang. Kalaulah dia insaf dan berusaha dari bulan Januari, pasti keputusan dia setara dengan murid kelas hadapan.

Saya tak tahu bagaimana awak semua melihat masa depan awak semua. tapi, percayalah, apa yang awak ada hari ini takkan cukup untuk masa depan awak. Sebab tu awak kena berusaha untuk jadi lebih baik supaya awak dapat lebih pasa masa depan.

Awak kata awak sayang cikgu itu, sayang cikgu ini. Jujur, saya ada sedikit cemburu. Apa yang cikgu tu buat yang saya masih belum buat sampai awak sayang mereka lebih dari saya? Tapi, bila saya fikir balik, biarlah awak tak suka saya sebab saya kuat marah atau suka membebel. Yang penting, apa saya buat semuanya untuk awak. Dan, kalau awak betul sayang cikgu-cikgu yang awak sebutkan tu, kenapa awak tak berusaha bersungguh-sungguh, dapat keputusan yang baik dan secara tak langsung, buat cikgu tu bangga gila dengan diri awak? Itulah sebenarnya bukti yang awak sayang mereka.

Seperti yang saya selalu kata, saya, ibu bapa awak, cikgu-cikgu, semua marah awak sebab kami ambil peduli untuk awak. Tak percaya, tanya mak awak, kenapa dia marah awak balik malam-malam? Kenapa tak marah anak jiran sebelah sedangkan dia lagi la tak pergi sekolah langsung?

Jawapan mereka sudah pasti sebab mereka sayangkan awak. mereka nak awak pergi sekolah sebab mereka nak awak berjaya. Sekurang-kurangnya lebih berjaya dari mereka. Anak jiran sebelah tu, biarlah. Mereka ada orang tua sendiri.

In case la awak semua tertanya-tanya kenapa cikgu pilih kasih. jawapa dia mudah je. Cikgu pun manusia macam awak. Awak ada ramai kawan. Tapi tak semua kawan awak suka kan? Kenapa awak suka kawan yang tertentu tu? Kenapa tak sayang semua kawan awak?

Boleh dikatakan jawapan kepada soalan tu sama la dengan jawapan kami. Cuma jawapan kami lebih sofistikated. Kami bukan pilih kasih. Tapi, kalau dah murid A dengar cakap kami, buat kerja kami, tak melawan, takkan kami nak marah mereka? Kalau dah murid B asyik main-main, suka menjawab, takkan kami nak belai mereka? Naik lemak la mereka nanti. Awak pun mesti menyampah kan kalau cikgu sayang orang yang suka main-main.

Paling penting, minta maaf banyak-banyak kalau saya dan cikgu-cikgu lain tak boleh nak puaskan hati awak semua tapi awak kena ingat, murid ada ramai (kecuali saya la kan. Anak murid 28 orang je tahun ni). Kami tak mampu nak ikut kepala sorang-sorang. Cikgu yang mengajar awak pula setiap tahun tak sampai pun 20 orang. Bolehkah awak jamin yang awak dapat puaskan hati 20 cikgu tu sepanjang masa? Tak juga kan?

Cukup la sampai kat sini. Tujuan entry kali ni hanya untuk ingatkan awak semua yang cikgu-cikgu dan ibu bapa awak semua sayang pada awak walaupun mereka tak peluk cium awak hari-hari. Kalau awak rasa nak buat mereka gembira dan nak yang terbaik untuk masa depan awak, berusahalah dan jangan berhenti.

Macam yang biasa saya cakap, kalau awak berjaya, kami (cikgu dan ibu bapa) juga tumpang gembira sebab bila awak semua berjaya itu tandanya kami berjaya.

'NEVER QUIT, NEVER SURRENDER'


Sabtu, 4 Mei 2013

Seorang pakcik dengan hasil khat

Semalam aku dan mak pergi beli makanan di Bukit Indah. Masa menunggu makanan, ada seorang pakcik datang menghampiri kami. Nak jual barang la tu.

Mula-mula aku nak buat toya je. Tapi aku tengok juga la apa yang pakcik tu jual.

"Assalamualaikum.. saya mahu jual ini tulisan atas daun.. Saya dengan keluarga saya tulis sindri juga.." sambil pakcik tu menghulurkan kepada aku sampel hasil kerja dia. Dia sedikit pelat tapi dia faham apa yang aku cakapkan.

Huhu.. agak cantik. Mengenangkan yang dia hanya menjual hasil seni dia dengan berjalan kaki. Aku minta dia tunjukkan yang lain-lain.. Ada kalimah Allah, Muhammad, selawat nabi, surah-surah 3 Qul. Aku sekadar beli  1 je ayat seribu dinar. Banyak kali aku offer mak kalau nak buat hiasan, mak kata tak perlu. Jadi, memang ayat seribu dinar sahaja la.

Murah dia jual benda tu. RM12 je. Sedangkan, kalau pergi beli masa ada pameran, koman-koman harga mesti RM30 ke atas.

Ambil dari blog orang. Aku tak rajin nak tangkap gambar dan upload

Aku try minta nombor telefon pakcik tu tapi dia gelak je. Dia ingat aku bergurau je kot. Kalau la dia tau betapa cikgu sekolah aku suka beli benda-benda seni macam tu.

Masa balik, nampak pakcik tu berjalan. Mak kata, dia nampak penat sangat. Menyesal pula aku tak tawarkan dia untuk beli minuman tadi.

Masa dah dalam perjalanan, sekali lagi aku menyesal. Kan bagus kalau aku beli je kalimah Allah Muhammad tu buat letak kat surau sekolah?

Hurmm.. pakcik, saya harap jualan pakcik laku. Maaf la sebab tak beli lebih banyak dan mudahkan urusan pakcik. Kalau jumpa lagi lain kali, saya beli lagi.. Moga Tuhan murahkan rezeki pakcik sekeluarga.

Khamis, 2 Mei 2013

Jom Main Buai

Pergi 9gag tadi. Jumpa gambar ni.


Huhu.. siyes mengimbau masa silam. Masa zaman aku kecil-kecil dulu, ini lah permainan yang paling aku suka. Ada lecak macam dalam gambar tu pun, try jugak naik. Cuma, buai yang aku main masa tu, ada tayar. Jadi, lagi senang la nak panjat walaupun jauh sikit.

Dahdapat naik buai, terus la pulak ayun tengok sape boleh buat paling tinggi. Kadang-kadang bantai nyanyi lagu macam cerita Bawang Putih, Bawang Merah.."buaiku laju... aku nak kahwin dengan anak raja.."

Sekarang taman permainan dah gaya lain dah. Buai pun dah lain. Kalau dulu memang konfiden je naik tak kira berat berapa sebab memang buai tu besar dan nampak teguh.. tapi sekarang, huhuhu..

Ala.. padahal, aku memang dah tak valid untuk naik mana-mana buai pun sebenarnya.. heheh

Rabu, 1 Mei 2013

Bla.. bla.. bla

Serius penulis blog ni fikir dia hot stuff. Tulis sikit-sikit lepas tu diam je dengan harapan ada orang datang blog dia.. Hurmm..

Ok, aku tipu. Aku tau, aku sentiasa nak bercerita kat blog ni tapi serius aku tak tau nak tulis apa. Nak tulis tentang rasa tak puas hati pada orang (aku berbalah kecil dengan orang kat ruangan komen youtube), macam tak best la pulak. Bak kata orang, 1 jari tunjuk kat orang, 4 jari tunjuk pada kita balik.

Nak cerita pasal politik, huhuhu.. aku sangat la tak tau apa-apa. Aku rasa aku pejam mata je karang masa tanda kertas undi. Boleh tak?

Nak cerita pasal kerja? hurmm.. apa yang best ye? Dah 2 minggu aku tak masuk kelas. Aku pergi mesyuarat. Takkan nak cerita pasal mesyuarat kan? Dan bermula esok, peperiksaan pertengahan tahun pun bermula.. huhuhu. Lagi la takde cerita.

Hurrmm.. mungkin lepas isyak nanti aku ada cerita. Tunggu ya!