Huhu.. Sahaja aku mula menulis kerana tak sampai hati blog ini kosong... hehe
Minggu ni aku tak dapat online dari Isnin sampai la Rabu. Kenapa? Sebab aku ada kerja di Melaka. Dan, walaupun aku berpuas hati dengan hotel yang aku duduk tu, aku amat terkilan sebab internet dia sangat la tak berfungsi.. Signal full bar tapi nk buka google pun cam harem... Buat penat je aku angkut netbook adik aku. mujur la berat dia 1kg je.. huhuhu...
Kisahnya, walaupun dah beberapa kali aku datang Melaka, aku tetap la tak merasa lagi naik night cruise.. orang kata best! Coconut Shake pun aku tak rasa lagi.. mana dorang jual ek?
Kebetulan, sandal yg aku pakai untuk kerja dah lunyai, maka aku pun beli la kasut baru di Melaka. Macam la kat KL takde jual kasut kan? Ada.. tapi saiz aku payah nak cari. Kebetula dah jumpa, beli la..
Yang buat aku tak syok ialah, pada keesokan harinya, aku beli lagi 1 kasut. Aku ulang sekali lagi... Aku beli lagi sepasang kasut! 1 pencapaian hebat dari aku!
Dulu, aku sangat bangga sebab aku bukan kaki shopping. Aku bangga tak berbelanja macam sesetengah orang. Aku bangga sebab tak mudah terpengaruh untuk beli sesuatu barang. Tapi.. apa dah jadi pada aku?
Aku harap, takat tu je la keghairahan aku bershopping. Ngeri kot tengok aku bersikap begitu..
Oh, kalau korang ke Melaka, benda pertama korang kena beli adalah kupon parking ye.. Kalau rasa nak parking kejap-kejap, beli la kupon ikut jam. RM0.60/jam. Kalau rasa lama, beli la kupon harian.. RM5/hari. Sebenarnya, jimat lagi beli ikut jam.. Tapi nanti kereta korang macam gambar di atas tu la.
Kalau korang tak letak kupon tu, korang akan disaman RM30. Tapi kalau bayar dalam 1 minggu di pejabat MBMB, kena bayar RM10 je. dulu aku bayar dalam 1 hari, kena RM5 je. Sekarang aku tak sure. Dan, kalau dah kena saman tu, pamerkan je la saman korang.. Korang boleh parking tanpa beli kupon.. ekekeke...
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Sabtu, 26 Mei 2012
Isnin, 21 Mei 2012
Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay
Aku dengar lagu ni di Astro. Ok, mungkin ada juga dengar di radio tapi aku feeling masa dengar di Astro.. Tiba, lagu ni terngiang-ngiang plak kat telinga aku. Asyik jadi nyanyain aku pula dalam kelas. Sampai budak aku tanya la kan.. Dan aku hanya nyanyi bahagian yang aku ingat je. Jadi, ni aku ambil inisiatif untuk simpan lirik dia.. Hurmm.. simple.. lagu dia.. suara dia.. itu yang aku suka dalam lagu ni.. Simple!
Tajuk: Cinta Bersatu
Penyanyi: Liyana Jasmay
Di matamu
Ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu
Ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau
Sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku
Sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh (jatuh..)
Cinta padamu
Rabu, 16 Mei 2012
Selamat Hari Guru
Tahun lepas, aku rasa sangat kesian kepada diri aku sebab ucapan Selamat Hari Guru yang aku terima kebanyakannya adalah dari kawan-kawan cikgu aku sendiri. Tak kira la kawan maktab atau kawan 1 sekolah mengajar. Dan jujur, ucapan tu tak la sebanyak mana.
Kenapa aku rasa kesian? Sebab, cikgu yang mengucapkan Selamat Hari Guru pada 1 sama lain, pada aku tak ubah seperti mengucapkan Selamat Hari Jadi pada diri sendiri. Ye la.. Cikgu yang beria ucap. Budak, orang lain, takde la heran sangat nak bagi ucapan tu pada cikgu-cikgu.
Tahun ni, aku masih tak berapa nak ucapkan Selamat Hari Guru pada rakan-rakan sejawatan aku terutama di sekolah. Cuma aku wish cikgu-cikgu yang ajar aku masa sekolah. Ucapan dari seorang murid kepada cikgu.
Yup, aku akui, aku tak berapa minat jadi cikgu. Bukan sebab aku tak suka mengajar. Tapi sebab aku tak suka kerja selain mengajar tu. Huhu.. Tapi, menjadi seorang cikgu, sedikit sebanyak membuatkan aku makin menghargai apa yang cikgu aku dah buat untuk jadikan aku hari ini..
Aku tak nak sebut nama-nama cikgu aku. Bukan sebab aku tak hargai dorang tapi sebab mereka terlalu ramai dan jasa setiap 1 dari mereka sangat banyak. Aku yakin, aku akan benci diri aku kalau aku terlupa 1 nama. Jadi, lebih baik aku tak sebut. Tak adil buat mereka. Jasa mereka semua sama tara beratnya. Beratus kot cikgu dari zaman tadika sampailah ke maktab.
InsyaAllah, aku rasa, masa sekolah, aku bukanlah pengumpat/pembenci tegar cikgu (dengan kata lain, aku takde la anti mana-mana cikgu yang spesifik). Yup, aku pernah bengang dengan mereka (terutamanya lepas aku kantoi dengan masalah disiplin yang ringan) tapi rasanya aku takdela benci atau umpat cikgu aku. Aku rasa la. Sebab aku tak ingat diri aku membenci mana-mana cikgu aku.
Tapi, aku rasa Hari Guru tahun ni agak bermakna sepanjang aku jadi cikgu sekolah menengah ni sebab:
1- Ucapan pertama yang aku dapat adalah dari Pakcik tempat aku selalu hantar En. Ken -Pengurus ACT Pandan Indah
2- Tahun ni, ada budak-budak yang berinisiatif untuk masuk Bilik Guru dan jumpa cikgu-cikgu, bersalam dan ucap Selamat Hari Guru tanpa mengira cikgu tu ajar dia atau tak
3- Ejen takaful yang aku beli MLTA En. Firdaus pun ucap Selamat Hari Guru (wife dia cikgu.. tu dia ingat tu.. hehe)
Akhir kata, sekali lagi diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang mengajar saya dari Tabika Kemas Kg. Tasik Tambahan, SKTT, SRATT, SEMSAS, Matrikulasi KPM Bangi, UPM, MPTKL, SMK Seri Tapah (praktikal), SMKPT (ye, banyak yang saya belajar masa kerja ni) dan lain-lain institusi yang saya lupa sebut.
Semua orang yang mengajar orang lain adalah guru. Tak kisah di mana tempat dia mengajar. Dan guru mesti dihormati tak kira berapa banyak / sikit ilmu yang dia beri. Tak kiralah kalau dia kawan sekali pun, kalau dia beri ilmu berguna, hormatilah dia..
Tak salah pun menghormati dan menghargai orang lain kan?
Update: aku dapat 2 hadiah. 1 dari Tan Cia Chi murid tingkatan 4 dan 1 lagi dari Farhanah Nadia murid tingkatan 5... tq girls!
Update: aku dapat 2 hadiah. 1 dari Tan Cia Chi murid tingkatan 4 dan 1 lagi dari Farhanah Nadia murid tingkatan 5... tq girls!
Ahad, 13 Mei 2012
En. Ken lagi!!!
Jom cerita tentang Encik Ken..
Serius, aku rasa, pada akhir tahun ni, En. Ken boleh dikatakan sebuah kerta baru. Cuma, setiap bahagian dia tak sebaya.. Hahahaha..
Tadi aku hantar En. Ken ke ACT Pandan Indah sebab ada bocor kat minyak hitam. Mula-mula aku nak hantar ke bengkel yang dekat rumah ni tapi dia perlukan 1 minggu nak repairdan dia sediakan kereta untuk kegunaan aku. ACT kata 1 hari boleh siap. Jadi, aku pergi ACT la (aku tak sanggup berpisah dengan En. Ken lama-lama. Huhu)
So, sebenarnya takde apa-apa yang bocor, cuma getah yang tutup tempat minyak tu dah keras jadi dia tak mengembang semasa panas. Jadi, kena tukar baru. tak mahal pun.. RM42 je.. TAPI disebabkan Kenari ni lebih kurang Kancil), bahagian minyak hitam dia kat bawah) maka yang mahal adalah kos upah sebab nak angkat keluar enjin tu yang payah.
Semuanya dah selesai. 1 lagi pula masalah timbul. Ekzos pecah/bocor sudah.. kena beli baru. Kena riki harga la. Mungkin bulan 6 baru beli sebab bulan ni aku dah beli tail lamp dan repair enjin sikit. Oh, tail lamp aku dapat RM100/pasang ok. Aku bangga dengan pencapaian aku. Hahaha...
Bulan 6 juga aku akan cat semula En. Ken.. hurmm.. aku rasa, beli ekzos bulan ni la kot. Uh uh.. serius bulan ni bajet main kejar-kejar.. Dah la Isnin ni nak renew insurans dan cukai jalan. Aish!!!! Cukup ke duit nak pergi Singapura nih?
Takpe.. tak salah melabur sikit untuk keperluan... huhu
Rabu, 9 Mei 2012
Jangan terikat dengan kenangan
9gag jugak... serius aku nak nangis tengok gambar tu.. huhuhu..
Korang pernah bercinta? Pernah putus cinta? Lepas korang putus tu, mesti agak susah korang nak menerima cinta baru kan? At least untuk beberapa ketika la. Terutama kalau perpisahan berlaku dalam keadaan menyedihkan.
Aku tak pernah bercinta. Yang banyaknya, aku suka orang. Dan aku melepas. Hahaha... (aku gelak dalam kepedihan ye) =p
Jadi, maafkan aku kalau aku tak faham kesedihan apabila cinta tak kesampaian. Cuma aku percaya, jika Tuhan tak satukan kau dengan dia, bermakna, dia bukanlah yang terbaik untuk kau. Ada sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan.
Kadangkala, yang kita nampak simple, tak setanding dengan yang lama, tu yang sesuai untuk kita. Ada kelebihan dia yang kita belum nampak lagi. Yang penting, kita bagi peluang untuk diri kita dan diri dia untuk mencuba.
Jangan takut untuk kehilangan kenangan lalu sebab dia takkan hilang selagi kita mahu mengingatnya (lain la kalau ko kemalangan dan hilang ingatan). Bila kita berkenalan dengan orang baru, kita bukan buang ingatan pada yang lama. Kita cuma nak menghasilkan memori baru yang diharapkan akan berkesudahan baik.
Berapa kali korang cuba bawa basikal tapi terjatuh? Berapa kali pula korang gagal ujian memandu? Prinsip dia sama je. Korang tetap ingat semua kegagalan. Belajar dari pengalaman tu dan cuba lagi. Bagi peluang pada diri. Tak kira la dalam aspek apa pun. Kerjaya, cinta, pelajaran dan lain-lain lagi.
Apa yang penting, kalau tengah asyik bercinta tu, tolonglah ingat pesanan Ana Rafali, Suhaimi Meor HAsan dan Altimet
Boleh pandang-pandang,
Jangan pegang-pegang,
Duduk renggang-renggang,
Bertambah sayang
p/s: Nape 2-3 menjak ni, entry macam motivasi je? hahaha
Lokasi:
Ampang, Selangor, Malaysia
Selasa, 8 Mei 2012
Hidup mesti mahu mencuba
Aku pau dari 9gag... Aku nak tambah satu lagi..
If you do not try, you never know...
Tolonglah wahai murid-murid sekalian... Bila cikgu tanya, cubalah jawab. Kalau jawapan kau betul, kau dapat duduk. Kalau jawapan kau salah, kau berdiri. Tapi kalau kau tak cuba jawab, kau memang kena berdiri sampai ke sudah (ini apply untuk budak kelas aku sebab aku memang suruh diorang berdiri untuk jawab soalan. Kalau tak, sampai ke sudah aku bercakap dengan meja).
Sama juga dalam peperiksaan. Janganlah hantar kertas kosong. Cubalah menjawab dengan apa pengetahuan yang ada. Mana tahu, betul jawapannya. Daripada kau hantar kertas kosong, konfem kau dapat 0 markah.
Kalau ikut skema penandaan matematik, ada markah jalan kerja, ada markah jawapan. Markah jawapan 1 je. Markah jalan kerja yang banyak. Sebab, dia nak bagi kredit apa pengetahuan yang kita ada. Takpe salah kira asalkan dah cuba jalan kerja yang betul.
Sebenarnya, hidup kita ni sama je macam jawab soalan matematik. Kadangkala, bukan hasil yang ibu bapa, guru, dan kawan kita harapkan sebaliknya mereka ukur kita berdasarkan usaha kita. Kalau kita dah berusaha, orang yang dekat dengan kita takkan marah sekalipun kita tak cemerlang. Sebab mereka dah tau yang kita dah cuba sedaya upaya.
Jadi, tolonglah, berusaha dapatkan markah jalan kerja pengiraan tu. Berusaha buat sebaik mungkin. Percayalah, Tuhan akan bagi ganjaran buat mereka yang berusaha. Kalau ganjaran tu bukan dalam bentuk kejayaan yang AMAT CEMERLANG, ia mungkin datang dalam bentuk kepercayaan dan kasih sayang dari orang sekeliling kita.
Ingat, kalau kita tak nak dikecewakan, janganlah kecewakan orang.
Jumaat, 4 Mei 2012
Entry orang lemau dan malas
Pernah tak korang rasa lemau gila? Nak tulis blog pun malas. Nak buat karangan pun malas. Nak buat soalan pertengahan tahun pun malas. Aku pernah. Silap. Aku sedang. Lemau gila. Malas nak buat semua. Seris aku salahkan budak-budak aku sebab buat aku makin lemau. Hahaha..
Aku ingatkan tahun lepas merupakan tahun paling lemau aku. Aku siap mengadu dengan kawan yang aku tak puas hati dengan diri aku sebab malas gila. Kawan aku kata, memang ada tahun tertentu, kita akan malas gila... Ada tahun tertentu kita akan rajin gila.
Err.. dah 6 tahun kerja. Mana tahun rajin aku? Tak nampak pun? Mana ek? Mana? Mana? Zzzz...
Aku ingatkan tahun lepas merupakan tahun paling lemau aku. Aku siap mengadu dengan kawan yang aku tak puas hati dengan diri aku sebab malas gila. Kawan aku kata, memang ada tahun tertentu, kita akan malas gila... Ada tahun tertentu kita akan rajin gila.
Err.. dah 6 tahun kerja. Mana tahun rajin aku? Tak nampak pun? Mana ek? Mana? Mana? Zzzz...
Langgan:
Catatan (Atom)