KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 18 Januari 2012

Aku kemalangan lagi.. Huk3!!!

Aku sangat tak minat cerita Gemersik Kalbu dan yang seangkatan dengannya. Aku rasa aku dah bagitau dulu kan? Kenapa?? Sangat la tah hapa-hapa.. Heroin konon perfect gila sampai semua laki yang ada kat alam sekitar dia, nak kat dia. Hinggakan kawan keliling dia pun orang tak perasan.. Tah pape kan?

Ok.. itu sekadar selingan. Aku sebenarnya nak bagitau perkara yang agak latest la (ok.. tak latest sangat.. semalam)

Aku kemalangan kecil. Aku yang salah. Aku langgar orang depan aku. Dan untuk mengekalkan rekod aku yang sangat baik, Sekali lagi aku langgar benda yang tak bergerak. Kereta tu tengah berhenti nak tunggu turn keluar simpang.

Kejadian berlaku dekat simpang dari AKLEH ke Jalan Tun Razak. Aku tengah tunggu turn nak keluar simpang. Ada kereta depan aku. Entah macam mana, tiba-tiba aku tertekan minyak. Bila aku sedar yang aku langgar orang, aku pun tekan brek. Yang rupa-rupanya adalah pedal minyak. So, sekali lagi, aku hit orang tu. Aku berhenti di tepi (rumah flat) supaya jalan tak sesak.

Setelah dimarah oleh penunggang motor yang kata aku tak sabar dan ditanya oleh akak tu (pemandu kereta yang aku langgar) kenapa aku nak laju-laju (susah aku nak cakap.. aku memang beratur belakang dia kot? Akak tu tak perasan ke? Tak timbul isu aku bawa laju-laju), aku beri nombor telefon kepada akak tu untuk tujuan tuntutan ganti rugi.

En. Ken? Hurmm... kemik sikit badan dia. Bumper pun dah renggang. Tapi aku tak bawa lagi pergi kedai ketuk. Yang akak tu punya, bumper pecah sikit. Anggaran dalam RM300. Alahai.. melayang duit..

Aku sekarang dalam usaha menyorokkan kejadian tu dari pengetahuan ayah (walaupun ayah sebenarnya mungkin dah perasan tapi buat-buat tak tau). Ye la.. mak ayah aku sangat peka bila tengok benda berubah bentuk ni..

Inilah rupa Kenari yang sempurna. En Ken? Dah bertanda sana-sini. Yang terkini, kemik kat atas  tayar depan.. hurmm.. sayang En. Ken!!!
Hurmm.. Doa la kos membaiki tak mahal. Banyak nak pakai duit bulan ni. Bila nak repair pun tak pasti lagi. Esok dah nak angkut budak pergi Pertandingan Merentas Desa.. Aishh!!!

Berikut adalah senarai benda yang aku langgar sepanjang aku memandu:
1- Pagar rumah aku
2- Pagar jiran aku
3- Teksi yang tengah parking
4- Kereta yang tengah parking
5- Pagar sekolah
6- Lubang-lubang di atas jalan
7- Kereta yang tengah berhenti sebab nak keluar simpang

See??? Aku suka langgar benda yang tak bergerak. Huhu.. aku cuma harap lepas ni aku tak de langgar apa-apa lagi. Aku kesian kat En. Ken dan tuan dia (aku la tu).. Aisshh!!!

7 ulasan:

  1. :D Kena lebih berhati-hati ketika berada (berhenti) di persimpangan.

    BalasPadam
  2. fuyoo!!!
    siap de record melanggar lagi tu..
    ehehheee

    BalasPadam
  3. Encik anif: baik la... terima kasih atas nasihat...

    BalasPadam
  4. Mie: jeles tak? jeles tak?

    Apa kabo?

    BalasPadam
  5. hidup hanya untuk berlanggar...sempoi...

    BalasPadam
  6. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama