KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 5 Disember 2011

writer's block

1 masalah aku dengan menulis blog ialah, aku mesti menulis secara beterusan barulah blog aku ni akan terus berisi. Kalau tengah aku bersemangat waja tiba-tiba muncul halangan dan menyebabkan aku terberhenti menulis, alamatnya, berminggu la blog ni tak ber update. penyakit mental block aku datang.

Hari tu (minggu lepas), aku rasa, aku banyak idea tapi streamyx pula buat hal. Terus tak boleh menulis. Terus tersekat. Terus takde idea. Terus blog kosong sampai sekarang.. (see???). Cuba kira berapa btanyak perkataan terus yang telah aku gunakan. Inilah yang dikatakan chain reaction atau tindakbalas berantai.. hahaha..

Apa-apa pun, streamyx dah ok balik. Mak suruh aku call tm bagitau kata dah ok tapi perlu ke? Haha.. Bukan maksudnya aku tak hargai usaha korang it's just that aku kena la rujuak report nombor berapa.. then korang kena check.. then after all the trouble.. aku just nak kata thanks.. tak ke hampeh?

Anyway, terima kasih kepada staf TM atas khidmat anda. Aku amat menghargainya.

Esok paper MPV termasuk la paper Pemprosesan Makanan. Harap-harap budak aku boleh buat. Lepas ni sudah merdeka ya!! yeehaa!!

Adakah ini bermakna akan ada entry yang lebih bermakna selepas ini memandangkan cikgu ni dah takde alasan untuk stress?

4 ulasan:

  1. :D sudah kena writer's block memang susah nak dapatkan kembali rentak menulis..

    BalasPadam
  2. kan??? trouble sangat rasa sekarang ni...

    BalasPadam
  3. kalau streamyx da ok x perlu call. sbb biasanya bahagian teknikal akan closed case kalau benda tu da settle. ada masa, dorg akan call tanya ok x kalau case tu masih open dlm tempoh lama. jgn bazir masa call TM yg slalu high call. hihi -pesanan penaja dari x-staff streamyx call centre ;-p

    BalasPadam
  4. haha.. baek bos.. memang tak bercadang utk kol.. tapi tu la.. bagi mak aku.. kita kena maklumkan supaya mereka tau kerja mereka dah terlaksana

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama