KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 31 Julai 2011

Kisah Hati - Alyah

Sebelum aku tampal lirik lagu ni, aku nak minta maaf banyak-banyak pada korang semua andai sepanjang kita berkawan/ berkenalan/ bercerita ni, aku ada menyakitkan hati korang. Serius takde niat nak buat begitu. Tolong maafkan aku jika ada sebarang yang terlebih atau terkurang ye.

dan selamat berpuasa untuk semua. Moga puasa kali ni membawa lebih banyak rahmat untuk kita semua.

Tengah feeling lagu ni... Entahlah. Macam ada terkena sedikit di batang hidung (haha.. yo yo =p)

===============================================
Tajuk: Kisah Hati
Penyanyi: Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

====================================================
Ok, aku baru perasan, lagu itu sangat pendek (lebih kurang 2 rangkap je) tapi diulang-ulang sehingga cukup masa.. hahaha.. Macam tu pun boleh ek? Takpe lah, dah terlanjur minat..

p/s: aku tengah berusaha untuk mengenal pasti petua-petua yang best untuk ditaip.. Heheh.. penat woo baca buku tebal tu.. Tolong sokong niat aku yeh! Hehe..

Khamis, 28 Julai 2011

LAILATUL QADAR TAHUN NI PADA MALAM KE-21?

tahun ni, kita 1 Ramadhan pada hari isnin kan?? so, MUNGKIN Lailatul Qadar ni pada malam yg ke-21 tapi ni bukan jaminan la. Sekadar berdasarkan pemerjatian Imam Ghazali. Allah je yang tau bila waktu sebenar... Ambil lah peluang untuk berdoa sbb pada mlm ini ditulis taqdir kita utk 1 tahun yg akan dtg... siyes aku nyesal x amik peluang tahun lepas..
====================================================

Menurut Junjungan besar Nabi Muhammad, Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam (hari ganjil) pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan.


Petua Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar...

jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1- ahad/rabu- lailatulqadar dijangka pada malam 29 Ramadhan

2- isnin- lailatulqadar dijangka pada malam 21 Ramadhan

3- selasa/ jumaat- lailatulqadar dijangka pada malam 27 ramadhan

4- khamis- lailatulqadar dijangka pada malam 25 ramadhan

5- Sabtu- lailatulqadar dijangka pada malam 23 ramadhan


Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar tahun ini jatuh pada malam ke 21 ramadhan.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Selasa, 26 Julai 2011

Tiada topik tapi nak menaip juga

Esok subjek aku ada:
1 - Tingkatan 5 - Seminar teknik menjawab soalan di SMK Raja Abdullah. Aku bertugas sebagai fasilitator untuk slot ice breaking dan motivasi. Masalahnya aku takde mood langsung nak buat sebarang persediaan.. aish!!! serius.. nak cari slideshow lama pun malas. Nak cari yang baru lagi malas. Nak pikir apa nak cakap esok pun aku malas. Oh, bas, aku baru sms orang tu pukul 11.50 pm tadi

2 - Tingkatan 4 - Ujian Julai. Aku tak sure kertas mula pukul berapa tapi aku baru lepas siap taip.. hehe. Esok aku kena fotostat dan edarkan soalan pada cikgu yang terlibat. Aduh... Jangan bagitau pengetua aku ok. Soalan memang sedikit. 12 soalan je aku buat untuk 2 jam. Harap-harap budak aku boleh jawab.

Siang tadi pula, selepas menjawab soalan ujian, aku telah mengerah budak-budak aku untuk pergi buat amali. Sempat jugala merek buat 2 amali keropok. Cayalah!!! Padahal, memang patutnya kejap je. Hehe.. Aku suruh mereka buat kerja laju-laju dengan memberi alasan kononnya aku nak berjumpa dengan boyfriend.

Budak-budak aku memang teringin nak tengok cikgu dia happy (duh..). So, bila mereka dengar aku nak dating, tudung aku kena tepung pun, mereka beria tolong bersihkan.. Hahah.. style la korang... Semua anak murid aku begitu ye. sangat sporting. Tapi, janganlah mereka yang cerita pasal boyfriend masing-masing, semua aku kutuk balik. Hahaha

Dah la. cadang nak tulis pendek je tadi. Jumpa lagi

Isnin, 25 Julai 2011

Mencuri Masa di Makmal Komputer

Di sekolah ni. Tengah ajar budak-budak buat label. Hehe.. Budak buat label, cikgu buat blog. OK la kan? =p


Yeah!! Pencuri masa