KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 9 Mac 2010

Crazy For This Girl

tiba2 je teringat kat cerita Dawson Creek. padahal aku x tengok pon cerita tu.. dan lagu ni plak kalau x silap aku, adalah lagu tema drama tu.. enjoy!!

Crazy For This Girl
Evan & Jaron

She rolls the window down
And she
Talks over the sound
Of the cars that pass us by
And I don't know why
But she's changed my mind

Chorus:
Would you look at her
She looks at me
She's got me thinking about her constantly
But she don't know how I feel
And as she carries on without a doubt
I wonder if she's figured out
I'm crazy for this girl

She was the one to hold me
The night
The sky fell down
And what was I thinking when
The world didn't end
Why didn't I know what I know now

Chorus

Right now
Face to face
All my fears
Pushed aside
And right now
I'm ready to spend the rest of my life
With you

Chorus 2x

Isnin, 8 Mac 2010

xde pape.. saje nak cerita =p

cerita 1

aku ada pengakuan..

hari ini, aku adalah pemandu yg teruk. kenapa? aku keluar rumah kul 6.33 pagi sebab nak hantar ika dan mak. pastu kena gi sekola. tapi, jalan jem.. ahh.. ni yg menjadi baran di hati ni.. bajet kul 7 sampai sekola. tengok2, kul 7.15 baru sampai. serupa aku keluar kul 6.45..

xtau la.. nape kereta banyak kat jalan hari ni walaupun sebelum kul 6.40. adakah kerana hari ini hari isnin? bila dah banyak kereta, mula aku buat perangai selit sana, selit sini. pantang ada peluang.

hurmm.. maaf kerana menjadi pemandu yg reckless..

=============================================

cerita 2

haha.. aku jez jadi pengiring bebudak olahraga je.. tapi punya la penat berdiri kat tepi padang tu menunggu giliran.. sampai sekarang aku masih x larat.. panasnye.. penatnye.. siap leh balik sekolah ajar balik lak tu.. tapi bila aku dah penat.. duduk je la banyak.. wawawa

bekal nasi dengan telur masak kicap pon makan masa kul 3.45 ptg.. punya la setia aku tunggu tepi padang
=============================================

cerita 3

hurmm.. balik tadi, mak singgah kedai runcit utk beli agar2. aku macam biasa, tunggu dalam kereta je. tiba ada pakcik cina naik moto bawa bakul parking depan aku.

rupa2nya, pakcik tu kumpul tin dan kotak untuk recycle. alahai.. sayunye rasa. hurmm.. patutnya, pada umur mcm dia, dok umah je dah. anak2 yg patut bagi dia duit belanja. aku harap, mak ayah aku x perlu la buat keje masa dah tua nanti. tolong ingatkan aku, andai aku jadi seorang yg lupa diri nanti k? ingatkan aku utk mudahkan hidup mak ayah aku.

tapi mungkin gak pakcik tu bosan dok umah kan? tah la.. aku harap mmg sebab tu la.
=============================================

Ahad, 7 Mac 2010

aku dan pemandu lain 2

sabtu lepas (eh, semalam la..) ada LDP kat sekola.. xde pape nk cerita. tapi nak cerita pasal perjalanan balik.

pada aku, sabtu mmg hari jem ampang. susah aku nak jawab kenapa. tapi mak aku kata, ini berkaitan dengan pasar malam hari sabtu kat jalan tar. semua orang nk gi kl. logik gak. sebab kami perbah gi kl ari sabtu. mmg sesak giler. tapi ari ahad, lek je.. cuma 1 je aku musykil. pasar malam mula lebih kurang lepas asar. perlu ke dorang gi lepas zohor?

ada 1 lagi kemungkinan. kenduri kawin. ok.. aku xkan komplen. memang logik la. xsabtu, ahad. xkan nak buat hari keje lak kan?

aku balik dengan looi. cikgu cina sekola aku. huhu.. sangat sopan orangnye. aku siap mintak dia teman aku gi tesco dulu sebab nak beli air utk budak bendahara.

masa kat jalan ampang (yg x berapa jem) ada 1 kereta merce dok depan aku.. huhu.. dah nampak dah gaya dia yg sikit berlagak tapi aku buat toya je. sampai kat 1 tempat, kereta kat depan nak membelok ke kanan, jadi, kereta kat belakang mmg la kena tunggu.

nampak je situasi gitu, aku pun tukar la lane. aku pon memandu dengan anggun. aku mula2 slow gak. mana tau tiba2 si merce tadi nak masuk depan aku.. tapi driver merce xde wat pape tanda yg dia nk tukar lane. aku pun, tingkatkan la kelajuan.

tiba, xde signal, xde apa, merce tu masuk depan aku! gile! mmg aku nak menyumpah je. tapi looi ada.. aku kena kontrol ayu. huhu.. tapi aku marah gak la.

looi: kenapa awk x hon?
aku: nk hon tapi hon kat tepi. selalu x jumpa masa perlu. bila hon, dah lambat sangat
looi: xpe.. kita tengok sape.

kebetulan, depan ada lampu isyarat. kami dapat tengok sape pemandu. sebenarnye, aku tau dr awal sape pemandu tu. dan tekaan aku betul. lelaki cina! tapi depan looi aku jez cakap lelaki je la. xnak la nanti dikatakan racist. tapi siyes aku dah tau sape pemandu merce tu dari awl lagi.

korang caye x yg aku dah tau sape pemandu tu dari awal?

Sabtu, 6 Mac 2010

aku dan pemandu lain 1

huhu.. ni citer semalam. masa balik sekola. petang la. dah nak sampai rumah dah pun. di simpang menghala ke rumah aku. kawasan tu adalah kawasan rumah kedai. ada pusat tuisyen segala..

alkisah..
mak bapak budak2 yg gi tuisyen ni, masing2 dok menunggu anak.. parking di kedua2 belah bahu jalan, tinggal lorong yang cukup untuk sebuah keta je lalu. well, actually boleh 2 keta lalu.. tapi ada sorang parent ni, dengan bijak bistarinya telah park di tengah2 jalan.. elok je centernye..

bila aku dok depan dia, nak lalu, boleh plak dia soh aku reverse.. dia lak yg ke depan. punya la jauh aku kena reverse.. masa ni mmg dia dah kena maki giler2 dgn aku..

aku lak dengan bingainye, ikut je.. reverse.. padahal, belakang aku ada kereta (kereta ayah aku yg kebetulan balik pada masa yg sama n kereta lain yg turut parking kat tgh jalan.. mmg dol la.. aku pon dol.. dia plak double dol.

padahal, kalau dia yg reverse, xde la susah pon. bukan ada keta belakang keta dia. kalau xreti bawa keta, jgn la pakai kereta besar kan? mmg dol.. siyes dol.. aku reverse.. tapi msa tu tgn aku dah naik2 tunjuk kat dia. lantak ar apa ko nak kata..

ko memang dol!