KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 20 Julai 2013

Sebelum ke Korea (bahagian 1)

Bahagian Ke 2 di SINI

Setelah ditegur oleh, En. Anif sebab tak menepati janji (hok3), maka hari ini aku akan cuba menulis serba sedikit tentang perjalanan aku ke Korea. Tapi disebabkan ni adalah bahagian 1, maka korang takkan dapat cerita aku di Korea. Sebaliknya aku akan ceritakan kisah sebelum perjalanan bermula.(sejak bila la aku buat preview post ni?)

Semuanya bermula pada tahun lepas. Aku tak pasti, kenapa aku nak sangat pergi Korea. Mesti ada sebabnya kan? Tapi aku dah lupa. Beberapa kali jugak la aku try ajak kawan pergi tapi selalu la, kalau bukan masalah masa, masalah tambang agak mahal.

Entah macam mana, pada pertengahan / akhir tahun 2012, ada la AirAsia buat promosi pergi ke sana. Aku terus tak fikir panjang, terus tempah tiket. Bila aku kata aku tak fikir panjang, sila la percaya ye. Sebab aku sedang membayar harga tindakan terburu-buru aku tu sekarang.


1- Tiket

Dipendekkan cerita, aku telah menempah tiket untuk pergi ke Korea pada 2-12/6/2013 (11 hari ya! Jangan tak tau).. Agak tersedak juga aku dengan ketamakan aku ni. Siap terlajak dari tarikh cuti sekolah. Tapi nak buat macam mana? Nasi dah jadi bubur. Kalau tukar tiket, aku kena bayar denda dan beli tiket baru. Tak mampu aku.. huhu.. Patutnya aku boleh la gunakan CRK aku yang tak pernah berguna lagi. Tapi aku silap, Pengetua nak juga aku ambil CTG. Dengan kata lain, perkhidmatan aku pada bulan 6 tidak dikira kerana aku telah mengambil cuti selama 3 hari. Jangan tanya perasaan aku. Frust tak terkira.

Disebabkan kami ada 11 hari di Korea, maka aku pun buat keputusan nak ke Jeju. Tempat cerita My Girl tu!!! Aku tempah tiket dari syarikat Eastar Jet. Mujur la syarikat tu ada web bahasa Inggeris. Mula-mula aku nak minta tolong dengan orang yang boleh cakap Korea tapi dia minta duit servis RM100 (huk3!! mujur dia balas email lambat, aku dah beli dulu!)

Ada banyak syarikat penerbangan yang pergi ke Jeju tapi kalau dari Seoul, syarikat penerbangan bajet yang ada ialah Jeju Air, Eastar dan T'ways. Aku mula-mula macam minat t'ways sebab dia paling murah (kot?) tapi disebabkan web dia dalam hangul, aku pun riki Jeju Air dan Eastar Jet je. Harga kedua-dua syarikat ni lebih kurang je tapi kebetulan, tiket Eastar lagi murah masa tu, maka, Eastar la yang kami pilih.



Sebenarnya, aku tempah bilik dulu baru tempah tiket flight. Nak dijadikan cerita, aku boleh pulak tersalah beli tiket dekat Eastar Jet. patut aku pergi Seoul 5 Jun tapi aku terbeli tiket 4 Jun. Akibatnya, aku kena bayar denda tukar tiket. Mujur Eastar ni tak cekik darah macam AirAsia. Kos tukar tarikh hanyalah RM15. Malah, kalau aku tukar tiket dalam 24 jam, aku tak payah bayar denda. Tak macam AirAsia. Pantang ada peluang, nak cekik darah je.


2- Tempat Penginapan

Setelah menempah tiket ke Korea, maka aku pun mula la menempah bilik di sana. Seperti biasa, partner in crime aku mesti la si Fadh. Maka, berlaku la beberapa malam kami dok mencari bilik untuk tidur sepanjang kami di sana. Macam-macam kaedah carian kami guna. Akhirnya kami guna khidmat Booking.com untuk menempah bilik di Seoul dan Hostels.com untuk menempah bilik di Jeju. Pada aku, website-website ni sangat memudahkan. Harga dia pun berbaloi-baloi.. cuma, korang kena rajin survey la..Ingat tak masa aku pergi Singapura dulu pun aku guna khidmat AsiaRooms.com?


3- Mencari Maklumat

Percayalah bila aku kata, Korea adalah negara paling mudah kalau korang nak pergi berjalan secara backpacking. Ada sangat banyak blogger yang cerita pasal pengalaman mereka ke sana (oh, aku pun akan jadi salah seorang dari mereka!! Wow!!) Tetapi, maklumat yang paling best, kami dapat dari forum cari.my. Perghh.. ada berbelas-belas 'rumah' di bawah tajuk melancong ke Korea. Apa maklumat korang nak? semuanya ada. Terima kasih kepada ahli-ahli forum cari.my. Semua maklumat yang mereka letak di situ adalah dari hasil pengalaman dan pembacaan mereka dari blog-blog lain. dan mereka meletak maklumat tersebut dengan sangat tersusun. Mudah kerja korang.

Sambil-sambil tu, kami buka juga website Korea Tourism. Saja gatal.. Cari no telefon bagai.. buat apa cari no telefon? Aish... Nanti aku cerita ye.


4- Pengangkutan.

Disebabkan sistem tren di Seoul adalah sangat awesome, maka korang yang berjimat dan muda, haruslah naik tren sepanjang berada di Seoul. Kalau korang ada tablet, sila la download aplikasi sistem subway dia. sangat membantu korang untuk begerak semsa di Seoul.

Tak seperti di Seoul, Pulau Jeju takde train. Baca punya baca, kebanyakan backpackers sewa teksi (dengan pemandu) tetapi harganya agak mahal (kira-kira 130,000 won = RM390 untuk khidmat selama 8 jam). Sebenarnya ok harga tu, tapi kata nak jimat.. cari la cara lain.. Tapi, aku sempat la jugak kontek driver teksi tu. Dan mereka membalas dengan sangat pantas! Seperti la internet tu sentiasa kat tangan, tak lepas-lepas. 

Dan memang itu maksud aku. Sebab, driver teksi tu balas email aku guna iphone ye.. ada pulak sorang driver ni, siap add aku dalam fb lagi. Tak ke hebat tu?

Setelah, berfikir dan membaca blog-blog orang, kami buat keputusan untuk menyewa kereta sahaja. Kami sewa kereta dengan KT Kumho. Tak la mahal sangat terutamnaya kalau korang jadi ahli. Kami sewa kereta yang paling murah iaitu Kia Morning/Picanto. Kos sewa kereta kami selama 4 hari 3malam hanyalah KRW58,500 (RM175.50). Cuma, kami kena la mohon permit memandu antarabangsa. Orang yang terpilih ialah Fadh. Harga permit ialah RM150/tahun.



Panjang sangat dah.. sambung bahagian 2 nanti ye.. huhu..

Gambar? Eh, tak berlepas lagi kan? Gambar apanya??

12 ulasan:

  1. Nampaknya dah ada kemajuan.. :D Tak sabar nak tunggu bahagian 2 pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..aritu tak menulis sebab x transfer gambar.. ni pun, guna komp yg xde gambar.. tu gambar sedut je banyak

      Padam
  2. Assalamualaikum,

    Saya nak tumpang bertanya, camne akak beli tiket eastar jet ye? sebab saya cuba beli juga tapi tak berjaya bila dah sampai part payment page tu akan tuka keluar ayat korea yang saya tak faham..harap akak dapat tolong saya sebab saya nak book tiket untuk bulan 10 ni..

    Terima kasih,

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..

      err.. rasa aritu masa book, semua dlm english.. xde hangul. tapi akk jadi ahli la. xtau la klu web dia dh bertukar.. xleh eh copy ayat hangul dan patu translate

      Padam
    2. Easterjet cmna nk ltk contact num ek,sy try ltk 60 dpn still xdpt..n 1 lg hrga tiket msa choose dh cmpur tax sume murah tp bila smpi payment hrga lain.jdik double..tahu x knapa?

      Padam
    3. Easterjet cmna nk ltk contact num ek,sy try ltk 60 dpn still xdpt..n 1 lg hrga tiket msa choose dh cmpur tax sume murah tp bila smpi payment hrga lain.jdik double..tahu x knapa?

      Padam
    4. Errr... Dah lama.. Xsure plak.. Dah tgk bilangan pax x? Mana tau terbuat 2? Yg psl no fon... Try letak + mungkin?

      Padam
  3. salam...

    sy nk book tiket ke jeju tok bln nov ni...plan nk book EJ tp xde time yg sesuai..just nk mntk pandangan, u rase air busan ok x? lagi satu mse nk wat online book tu die kn ade mntk given name n surname, so kite kena include BINTI skali ke?

    BalasPadam
  4. 1- air busan ok.. saya pilih EJ sbb masa tu, tix dia plg murah utk trip saya.. jeju air dh tgk?
    2- x payah pun xpe..

    BalasPadam
  5. Mudah x memandu di seoul? Saya nak travel backpacking ke seoul pd bln 12 ni tp ada anak kecil umir 4 tahun. Tgh berfikir sama ada nak sewa kereta atau naik tren. Takut anak penat la berjalan dari satu tren ke satu tren. Ada apa2 cadangan yang baik tak?

    BalasPadam
  6. dekat seoul kami naik tren je. jangan risau, biasanya dorang bagi org mcm awak duduk.. xpernah drive kat situ. tapi ada tourist guide malaysia yg bawa dgn kereta.. lgi mudah dgn kereta sebenarnya.. tp kena gerak awal la kot sbb situ jem sikit

    BalasPadam
  7. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama