KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 19 Disember 2009

bersedekahlah kepada yang masih hidup.. dan yang sudah tiada

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap. Sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur. Memandangkan waktu subuh masih lambat lagi, tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.


Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah dan sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan.

Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih. mengapa?" tanya Salih Al Mazy.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu.
"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya, dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.

Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda tersebut. Maka sedihlah si pemuda tersebut setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar dia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga.

Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari ke sana ke mari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.

Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al Maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut.

Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.

"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid Jamik untuk solat jamaah.

Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata, "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu."
"Apa tandanya ?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada Hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)" "

Jumaat, 18 Disember 2009

hilangkanlah segalanya

lama aku cari lagu ni.. akhirnya dapat jugak.. mcm best lak masa dengar lagu ni kat drama 'Kasih Iftitah' .. lama dah cerita ni.. ulang bulan puasa aritu.. k la.. nikmati la lagu ni

Sudah cukup hatiku dilukai
Sekian lama rasa tak di hargai
Sampai bila harus aku menanti
Saat indah setelah dikau pergi

Ingin ku hapus semua
Rasa mencengkam ini
Hanya pada Mu ku meminta
Aku pasrah

Hilangkan rasa gundahku
Hilangkan rasa dukaku
Hilangkan lah segalanya
Ku tak ingin sakit lagi

Hilangkan kekosonganku
Hilangkan keasinganku
Hilangkan lah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
Hilangkan lah segalanya

Ku menanti saat sinar mentari
Ku menanti cahaya dalam mimpi
Ingin ku gapai bintang yang gemerlapan
Agar terang jiwa yang kegelapan

by, Farah Wahida

Isnin, 14 Disember 2009

selepas 10 tahun.. akhirnya..

tarikh : 21/11/09 - 22/11/09
hari : sabtu - ahad
tempat : semsas - mercu beach resort, cherating

aku xtau baju sape.. tp gmbr fairuz punya xsilap

ya.. itu la tajuk post kali ni... reunion.. setelah 10 thn tinggalkan semsas, kami berkumpul juga (walaupon xsampai separuh) untuk meraikan persahabatan dan kenangan yg telah tercipta kat semsas ni...

well, at 1st, aku xsure nk gi ke x.. maklumla masih trauma dgn kenangan masa sekolah dulu. betapa aku dibenci oleh budak laki. kenapa? aku xtau. dan aku xberusaha utj tau, dah penat. tapi lepas diingatkan oleh sheila beberapa kali.. dan diajak oleh nana serta ditanya oleh aizura, elmi dan syikin, akhirnya aku ngalah..ok la... lagipon sheila sanggup drive. hehehe...

pagi sabtu, sheila sampai umah aku dalam kul 8.15. aku pesan kat nana jumpa kat lrt tmn melati kul 8.. (hehe.. sori nana..) tp ok la.. since nana pon x la sampai kul 8.. tapi dia kena tunggu setengah jam gak la..

nape aku suka sheila drive?well, dia bawa suzuki swift dengan kuasa 1800 cc.. dengan kelajuan xpernah kurang dari 100km/h di hiway.. aku suka naik kereta laju... hehe.. on the way, sempat gak sheila gi berhenti kat R&R kat nak pergi janda baik (xtau nama) beli air.. makanan, mak aku mmg dah stok kan kuih sebagai bekal.. dalam perjalanan, banyak gak yg kami update kan.. sempat gak la sheila tunjuk gambo bf dia.. nge..

sampai semsas dalam kul 11.30.. antara org terawal la kot.. mmg tul kata sheila.. byk tul benda yg dipacakkan kat semsas sekarang. persaingan antara rumah sukan pulak, bukan sekadar pada pencapaian sukan.. akademik pon dia tengok.. dari 1 sudut bagus la.. tapi sistem ni, ada gak kelemahan dia sikit. pada aku, ini akan menyebabkan budak terlalu terbahagi mengikut rumah sukan.. tapi, aku xnak komen lebih2.. aku xberada dalam sistem tu.. Alhamdulillah..

tapi kami (aku, nana n sheila) xamik gambar pape.. kami lupa bawa kamera sendiri.. waaaaa.. syahdu.. kena tumpang gambar org.. tapi dapat gak la curi gambar ni. x ingat sape punya kamera.. antara timah atau firuz.. sori la ye...

bangunan utama semsas.. tingkat bawah sekali 3 tabah, tingkat 1 pejabat, tingkat 2, 2 makmur (dulu la..sekarang xtau)


reunion kitorang mendapat kerjasama daripada cikgu2.. sanggup diaorang datang utk melayan murid2 lama diorang nih.. xtau sape tah yg hebohkan, cikgu2 aku ni tau la yg aku ni cikgu. sempat gak pengetua ni mempelawa aku ngajo kat semsas (dah xde org sudi nk jadi warden ye). aku menolak dengan comel dan berkata,"saya belom layak nak ngaja kat semsas nih.."

rata2, cikgu semua kata aku xberubah langsung dari zaman sekolah. suara, gaya, muka... hehe.. (xde sape kata saiz badan xberubah ye. 20kg beb.. kalau kata xberubah gak, mmg hebat la penyamaran aku.. huhu) tapi sheila potong stim bila dia kata, "tu ada 2 sudut.. mungkin positf, mungkin negatif.".. arghh!! ko ni sheila.. potong stim betul..tapi xpe.. aku amik yg positif je..tu bermaksud aku ni awet muda.. yg lain, aku xnak tau (atau buat2 xtau suda..)

sebenarnya, aku yakin, cikgu2 ni bukan cam sangat kat aku pon.. sbb aku rasa aku ni kategori low profile masa sekolah.. yup, aku bising dalam kelas (masih lagi sampai sekarang) tapi aku x la join itu, ini, masuk program, pgg jawatan grand2.. tapi aku hargai usaha cikgu2 utk buat aku rasa dikenali.. mana x nye, cikgu borhan (ajar TK-teknologi kejuruteraan) yg xpernah tegur aku masa sekolah pon, bukan main ramah dgn aku.. terima kasih cikgu2..

yg duduk tu cikgu2 kami.. bukan rakan sebaya ye..dari kiri: teacher Azwa (tudung hijau), Bonda, cikgu salasun (baju merah), pn. rohidah, ustazah kamariah, cikgu jafri (berdiri). xtau mana hilang ustaz J, cikgu borhan.. patut ada..


lepas makan, borak sakan, kami bertolak dari semsas ke cherating.. dah pukul 2.45 kot masa bertolak.. ikut kereta chap (faisal fikri). baru aku tau, jauh gak cherating dgn semsas ni.. aku ingat dekat je mcm gi TC.. haha.. geog aku teruk..

hebat x hebat penangan musim tengkujuh, jalan ke mercu (tempat penginapan) banjir ye.. bukan main2.. adala 3 inci banjirnye..terus check in, amik t shirt.. aku x igt bilik aku no berapa...352 ke? kena tanya balik ni.. boleh tahan la.. kecuali, tilamnye dah boleh rasa bilah springnye..

petang aktiviti bebas.. aku n nana bercerita je la.. lapar, aku mkn kuih yang mak bekalkan, buat air teh...xlama lepas tu, ai dtg, pastu salwa. pastu sheila.. pastu wayer n intan.. huhu... sakan kami borak sampai ke maghrib.

pukul 8, kumpul balik.. makan time.. sementara tunggu tetamu (cikgu) kami sembang lagi. nana sempat edar kad jemputan kenduri kawin dia.. nge...

mknn barbeque.. tapi semuanye disediakan oleh pihak mercu.. mana x nye, sejak sampai, hujan masih turun x henti2.. nk unggun api? berangan le.. dinner turut dihadiri cikgu borhan, cikgu jafri, cikgu hasan n abang tahir (super senior)..

macam biasa la... ada la karaoke.. cabutan bertuah.. kotak beracun.. n seperti biasa, aku cukup bertuah untuk kena kotak beracun..n aku tau, mesti tah pape idea yg budak2 ni letak coz emcee (arif fadhilah) beberapa kali terpaksa tukar kertas cabutan. akhirnya aku kena hukuman yg boleh melibatkan 1 meja.. haha..
makan time... BBQ ok.. sedap lak tu.. tapi limited edition.. huhu


lepas semuanya berakhir, kami mula bergerak ke kumpulan kecil..aku melepak dengan ai n pastu salwa join.. nana dgn tipah.. timah dgn fairuz.. intan buka kasino dgn della, sheila, wayer, faizal zain dll(ramai sgt) n budak2 laki (ke patut panggil orang2 laki?) dok 1 meja... masing2 sembang tah pasal apa..

bila aku tgk keadaan ni, aku sedar, keadaan kami x la berubah sangat. aku tetap x bertegur dgn budak2 laki// masih lagi duduk dgn budak pompuan je.. girl+guys yg ok, dok sekelompok, n budak laki, masih sesam mereka.. xde apa yg berubah.. tapi, x adil untuk aku buat penilaian.. sbb yg pasti, aku yg masih x berubah.

dorang tu... mungkin.. ye la.. dah kat sekolah dulu korang gaduh.. dah jumpa, apa yg nak recall kan?confirm la ko akan duduk dgn kwn2 yg ko ada memori bersama.. baru la syok nak cerita..xkn la tiba2 nk gi dekat budak yg ko xpernah tegur n pastu terus citer pasal diri ko kan?

pukul 2 lebih lebih, kami semua gi tido.. dengan 1 janji. esok lepas subuh, kita mandi kolam ye.. kul 5.30 pagi tau.. huhu.. iyo lah...!

seriously, aku suka gambar ni.. most girls (or ladies) yg dtg, ada dlm ni.. yg bawa anak je terpaksa balik bilik.. tp xtau cane salwa leh terlepas.. baik laki dia tuh..

hari kedua (ahad) aku telah subuh gajah dengan jayanya.. kul 7 lebih tu.. lepas subuh, aku jenguk ke luar, ada x bebudak ni yg gi mandi kolam.. xde.. hujan masih turun.. sambung tido.. kul 8 lebih.. aku jenguk luar.. ada budak kecik tapi bukan kwn2 aku.. sambung tido.. nak dekat kul 9, nana kejut aku.. hehe.. kang lepas pulak sarapan..

memang kami antara org terakhir yg sampai utk sarapan.. kul 9 lebih kot.. masa citer kartun jackie chan adventure.. tapi tu x bermakna aku makan paling sikit.. aku mkn 2 mangkuk bubur, 4 keping roti, n 1 pinggan nasi lemak.. huhu.. aku mmg pandai menikmati sarapan hotel dan chalet sekarang nih..

sambil mkn, salwa ajar plak ramalan metafizik.. dia kata aku keras hati.. huhu.. yg tu, tgk dr rambut pon tau... at last, kami bersurai.. sbb nak gak gi mandi kat kolam. lantak la hujan.. apa guna kolam klu xleh berendam kan?

hehe.. dah tukar baju.. aku masuk dalam kolam.. hahaha.. dlm gile.. aku terpaksa berjengket.. dah la aku xpndai berenang. sheila ada gak cuba nk ajar aku.. tapi xleh.. aku mmg penenggelam yg abadi.. tapi kejap je kat kolam.. bila budak laki start main polo air, aku blah.. aku takut bola da...

xbalik bilik pon.. aku, nana dgn ai gi main kat pantai plak.. ombak mmg kuat. laut tgh nk surut.. jadi ombak tetap tarik kitorang ke tgh.. tambah plak hujan. sbg langkah berjaga2, kitorang main kat kawasan separas lutut je (xpernah aku buat). tapi seronok gak.. ombak tetap boleh tolak kami ke pantai.. besar x besar ombak tu..

berusaha menyangkut tangan sbb xcecah lantai kolam.. n tak reti apung badan..


kul 12 kami kumpul balik. ada mesyuarat pelantikan AJK utk batch kami. sambil t, meja aku dok santap hamper.. pastu lunch.. masa ni la berborak pasal kerje dgn tipah (cikgu gak). pas mkn, aku ingat semua dah habis.. aku n nana mmg plan nk solat dulu. so, kami kemas brg, solat.. tiba2 dpt call dr sheila.. "dah siap x ni?".. huhu.."dah.. jap lagi" huhu..

rupanya sesi fotografi da... x ckp betul2...sori guys korang terpaksa tunggu aku.. ada gambar all boyz.. ada all gurlz... tapi ini gambar semua yg hadir (kecuali salwa sbb dia tgh kemas). gambar ni ehsan dr mizan. tanx bg sedut

kalau tere, cari la aku.. hahaha.. diam!

rasanya, kami bertolak balik kul 2.30 ptg... on d way, sheila singgah beli mcd kat karak.. hehe... dia hntr nana, pastu aku.. sempat gak dia sedekah biskut jacob 1 tin.. tanx sheila.. aku harap ko masih sudi menjadi supir utk kenduri nana dan sally...

anyway, to all ajk yg jadikan reunion ni reality, to all yg gesa aku gi, tanx. kpd semua yg lyn aku.. tan juga utk kamu semua.. ada jodoh jumpa lg ye..

Selasa, 8 Disember 2009

aku xtau apa yg aku nak

harus diingatkan sekali lagi.. aku ni adalah seorang yg bercelaru.. kejap, aku sangat tamak.. kalau boleh, aku nk kaya, nk suami hensem, nak jadi cun gile... nak segala2.. (biasanya, 90% waktu adalah begini)

tapi kdg2, aku jadi sangat... hurmm.. bersyukur dgn apa yg aku ada.. especially bila aku nmpk budak yg jual kuih frozen kat opis mak tapi x laku... aku rasa kesian kat dia.. aku kesian kat mamak yg jual roti.. kesian kat org yg jual gas.. kesian kat org yg buka kedai runcit yg makin xlaku sbb dah byk tesco dan carfour. kesian kat kwn madi yg jadi rider mcd tapi gaji kecik je (rm300 lepas tolak2 duit minyak tiap hari) padahal tempat keje dia jauh.. kesian kat madi yg pengsan sbb darah rendah sbb terlalu byk bekerja. terasa mcm apa yg aku ada ni rasa dah byk sgt dah.. ramai lagi yg melarat..

selalunya aku akan mengeluh, nape la org x perasan kat aku? huduh sangat ke aku ni? huhu.. org yg aku suka pon, aku dah melepas dah.. tapi bila baca dr. faeez x jadi dgn nurul syuhada, aku jadi happy... yeay! ada peluang.. yg penting, mesti doa.. tapi, sedetik lepas tu gak, aku terpikir, betul ke dia yg aku nk? cane kalau tiba nnti, bila dah dpt dia, aku dapati dia ada kekurangan gak (mmg patut la.. dia pon manusia biasa) terus aku x jadi nk berdoa minta dapat kawin dgn dr faeez.. iskk.. aku nih.. aku takut, kalau aku dah beria mintak, Allah dah bagi, tiba aku x bersyukur..

aku selalu merungut keje aku x best (ye la.. mmg aku xminat pon jadi cikgu ni). dah la gaji kecik, org pandang mudah, cuti payah.. byk cuti tapi masa tu la rate semua sky rocket.. siyes.. aku nk sgt jadi PTD.. tah apa yg aku nk sgt tah.. aku xtahu.. sbb gajinya kot? siyes aku nk keje tu.. tapi kdg2 aku terpikir, dah byk cara aku cuba lari dr jadi cikgu.. dulu dpt tawaran biasiswa KPM pon aku tolak.. last2 ke sini gak keje aku... agak2, kalau aku tukar keje lain, aku leh perform lebih baik dr sekarang ke? (percaya la.. performance aku skrg sgt teruk. aku xdpt byg'n betapa teruknya diri aku klu keje lain yg aku dapat aku xleh perform better)

hurmm.. boleh la dikategorikan aku ni mmg jenis manusia yg xtau apa yg aku nk dlm hidup.. secara pandangan jarak jauhnya, aku nk kaya (kaya pada aku = dapat beli rumah teres corner lot, kereta yg ok performance nye dan boleh nk jalan2+shopping+makan2 tanpa perlu berkira2 dgn kos) tapi, secara jarak dekatnya, aku masih x sure apa yg aku nk...

so, ada x sape2 yg sudi nk pimpin aku? bgtau aku apa yg aku patut kejar dalam hidup..