Seiring dengan pertukaran skim gaji penjawat awam, kami juga ditawarkan untuk menukar usia berpencen. Sebelum aku kerja dulu, tawaran dia ialah 55 tahun. Masa aku masuk kerja, kami mesti pilih 56. Tak lama lepas tu wajib pilih 58 dan yang terkini boleh kerja sampai umur 60 tahun.
Korang pilih umur berapa? Aku pilih 56. Dari dulu aku tak tukar pilihan tu. Sebab? Sebab aku baru 5 tahun kerja dan setiap hari aku berfikir "kan best kalau tak payah pergi kerja?" dan "Kalau la aku boleh pencen esok dan dapat duit pencen, aku pencen je" atau "Bila la laki kaya nak pinang aku? Aku dah bosan kerja".. ye aku masih belum cintakan kerja aku. Sebab tu aku belum rasa nak tambah tahun perkhidmatan aku. Mungkin kalau aku dah tak perlu buat faildan laporan, aku akan suka untuk bekerja (haha.. ada ke kerja tak perlu buat fail dan laporan? OK, aku memang malas.. hehe)
Tapi, rupa-rupanya, kebanyakan kawan aku ambil 60 tahun. Chup, kebanyakan ke semua ek? Semua kot.. Aku tak pasti. Yang pastinya ramai. Antara alasan mereka ambil 60 tahun ialah:
1- Kalau kau pilih 60 pun, menjelang 55/56/58 (umur pilihan lama) kau boleh pencen, so, pilih je la yang baru.
2- Nak cukupkan 30 tahun supaya dapat pencen penuh (60% dari gaji masa pencen). Kalau ikut umur lama ada 29 tahun, ada yang 28 tahun.
3- Kalau nak buat loan, dia tengok juga kita kerja berapa tahun lagi. So, kalau anak nak tumpang nama kita (tumpang nama je, bayar sendiri) untuk loan, senang
4- Kau tak tahu lagi masa depan macam mana. Mana tahu kau nak ambil cuti tanpa gaji ke.. tiba kau tak cukup 30 tahun. So, ambil je lebih untuk back up.
5- Kalau pencen umur 60, sempat naik DG52.
untuk alasan 1, seriously aku tak faham, kalau kau dah memang plan nak pencen umur 55/56/58, kenapa kau serabut nak tukar? Serously, adakah pembuat polisi ini sangat tak berfikir sampai kata ko boleh sign 60 tp boleh pencen 56? Macam main-main je.
untuk alasan 2 dan 3, huhu.. ok, aku faham. Tapi, kalau laki aku kaya, aku tak heran la dengan duit tu. Kalau laki aku tak kaya, mungkin aku kena tanda tangan cadangan pencen umur 60 kalau dia ada offer lagi.
untuk alasan 4, mula-mula aku tak terfikir pun yang aku akan ambil cuti tanpa gaji (ye la.. kalau tak dapat gaji, aku nak makan apa kan?). Tapi bila mak aku kata "kalau laki kau PTD, g oversea, ko tak nak ikut ke?" aku mula was-was.. ala.. nak g oversea jugak... soalannya ialah, dah umur nak masuk 30 ni, ada lagi ke PTD yang nak ngorat aku? Hahaha.. Ok, poin mak aku ialah, mungkin ada perkara menuntut aku minta cuti.. bukan cuti sebab nak rilek.. Huhu.. aku akan fikirkan nanti macam mana.. betul jugak kata mak.
Untuk alasan 5, respon aku ialah aku harap mereka tak naik sampai DG52. Sebab apa? Sebab, sebagai pembayar cukai, aku lebih suka nak bagi gred 52 tu kepada orang yang buat kerja betul-betul instead of mereka yang kerja semata-mata untuk pangkat. Sorry tapi cikgu ada ramai. Ramai yang bagus dan ramai juga yang suka ngelat. Lebih-lebih lagi kalau dia naik DG sahaja tanpa jawatan khas. Kerja dia sama saja dengan cikgu lain. So, baik bagi jawatan 52 tu pada yang layak. Bukan pada yang tua dan tamak.
Tengoklah macam mana. Kalau ada petunjuk yang suruh aku tukar ke umur 60, aku tukar la. Tak pun, aku tunggu je offer lain (offer ubah umur pencen). Paling penting, aku kena suka dulu dengan kerja aku sebelum aku tanda tangan nak kerja sampai 60 tapi lepas tu menyusahkan orang.
Buat masa ni aku tanda tangan kerja sampai 56. Aku rasa, kalau aku sorang-sorang sampai tua, cukup kot duit pencen tu untuk aku sorang. Kalau aku kahwin, aku harap laki aku la yang sara aku.
Kalau korang termasuk dalam orang yang bagi 5 alasan tu, korang tak yah terasa dengan aku. Ni pendapat aku sekarang. Nanti mungkin aku tukar pendapat sebab pendapat boleh bertukar ikut situasi. Mungkin bila aku boleh faham situasi, aku boleh terima alasan korang (well, aku dah boleh terima pun alasan 2 dan 3 kan?).
Oh, aku juga rasa kalau korang adalah berjantina lelaki dan masih kuat, aku galakkan korang pencen umur 60. Bukan apa, takut korang bosan duduk rumah takde apa nak buat (Bukannya korang nak kemas rumah, basuh baju, masak semua kan? Ala.. tak yah tipu la.. kalau ada pun, tak ramai kot). Kalau korang adalah perempuan yang suka berkerja dan selama ni bekerja, aku juga galakkan korang ambil pencen umur 60. Takut nanti korang juga bosan duduk di rumah.
So, korang pencen umur berapa? Korang rasa aku patut pencen umur berapa?
Bila aku taip perkataan 'pencen' di Google Image, gambar ni yang keluar. Mesti sangat berkaitan kan? kan? |
update pada 2/1/2012 - Ayah suruh sign umur 60... huhuhuhu
aku tak nak kerja ngan orang, jadi aku tak kisah nak pencen umur brape hehe..
BalasPadamtahniah la utk ko.. malangnya ada ramai org lain yg mkn gaji.. cyhnya aku =)
BalasPadam*salah eja.. patut cthnya
BalasPadamsalam tt... best baca ni
BalasPadamermmm... aku dah selamat 'pencen' umur 40... keje bank... dpt vss... laburkan...
sekarang enjoy dividen return yg lagi byk dari pencen (kalau keje lebih 30 tahun)
alhamdulillah... rezeki di sebalik sedih lepas kena vss
huhuhu... keje bank gaji mesti besar kan? makcik saya vss dpt sikit je.. kesian gak kat dia..
BalasPadamorg yg bekerja selepas umur 55 ada sedikit kerugian,, kerana anda bekerja dengan gaji separuh sahaja, kerana separuh lagi atau 60% dari gari tersebut adalah pencen yg sepatutnya mrk dpt.
BalasPadamhaha.. betul gak.. tapi, lagi lama kita berkhidmat, lagi naik gaji mati kita.. mungkin orang nak kejar tu..
Padam